LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

kembara Hadi

kembara Hadi

Semasa

Sukan

Informasi

Terkini

Mesut Özil Derma RM1.9 juta  untuk Gaza

Mesut Özil Derma RM1.9 juta untuk Gaza

Pemain tengah pasukan Jerman, Mesut Ozil, mendapat liputan banyak media setelah berita tentang penolakan Ozil berjabat tangan dengan salah seorang anggota tinggi badan bola sepak FIFA. Ozil di katakan enggan berjabat setelah mengetahui anggota tinggi FIFA tersebut menyokong pencerobohan Israel terhadap Gaza.


Dalam perkembangan berkaitan,bintang sensasi Jerman, Mesut Ozil juga dilapor akan mendermakan bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta (350,000 pound) kepada kanak-kanak Gaza selepas membantu negara itu menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil. 

Menurut Middle East Monitor, pemain berusia 25 tahun itu mendermakankan wangnya sebanyak 355 ribu poundsterling  untuk (RM1.9 juta )anak-anak korban konflik di Gaza.

Ozil menerima 118 ribu poundsterling ketika pasukan Jerman menang di semifinal dan ditambah 237 ribu poundsterling ketika Jerman berjaya menjadi juara.

Ozil, yang memiliki darah Turki dan juga beragama Islam, terdetik hatinya untuk memberikan bantuan kepada saudara-saudaranya di Gaza.

Ini bukan kali pertama pemain bolasepak mengambil berat tentang apa yang berlaku di Gaza. Sebelum ini, Pasukan  Algeria sepakat menyerahkan seluruh bonus yang diterima selama penampilan mereka di Piala Dunia 2014 untuk masyarakat Gaza.
Algeria sumbang semua hadiah Piala Dunia untuk Palestin

Algeria sumbang semua hadiah Piala Dunia untuk Palestin

Di saat para pemain negara-negara Afrika seperti Ghana dan Cameroon mempersoalkan masalah bonus penampilan di Piala Dunia 2014, pasukan Algeria melakukan langkah terpuji. 


Pemain-pemain Algeria memutuskan tidak mengambil keseluruhan hadiah yang diperolehi dari penampilan di Brazil. Sofiane Feghouli dan kawan-kawan akan menyumbangkan wang tersebut untuk rakyat Gaza di Palestin.

Penjaga Gol Algeria : Rais M`Bohli

Di peringkat 16 pasukan bertanding, Algeria mampu memecahkan benteng pasukan Jerman. Jerman dipaksa berjuang hingga berpanjangan waktu sebelum berjaya mengalahkan Algeria dengan keputusan 2-1. Namun,apa yang amat di kagumi sewaktu perlawanan,majoriti pemain Algeria sedang berpuasa dan masih mampu memberikan tentangan yang hebat buat pasukan Jerman.

Seperti dilapor dari Bleacherreport,pemain penyerang pasukan Algeria Islam Slimani memastikan seluruh anggota skuad Algeria setuju memberikan seluruh hadiah yang diperoleh di Piala Dunia 2014 untuk warga di Gaza yang masih menderita akibat serangan Israel. "Mereka lebih memerlukan wang ini berbanding kami," kata Slimani.

Jumlah wang yang disumbangkan skuad Algeria untuk rakyat Gaza cukup banyak.Berjaya sampai 16 peringkat kumpulan, Algeria menerima hadiah berjumlah USD 9 juta.

Langkah ini membuat rakyat Algeria semakin bangga dengan pasukan kendalian Vahid Halilhodzic. Ketika kembali ke negaranya, para pemain Algeria disambut seperti pahlawan. Mereka diarak keliling kota dengan bas bertingkat yang atapnya dibuka seperti sambutan kelab-kelab besar Eropah saat menjadi juara.
Titah Penuh Sultan Brunei Tentang Pengisytiharan Penguatkuasaan Hukuman Jenayah Syariah

Titah Penuh Sultan Brunei Tentang Pengisytiharan Penguatkuasaan Hukuman Jenayah Syariah

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Mari lah kita sama-sama merafa’kan syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita berkumpul di pagi yang indah ini.

Pada 22hb Oktober, 2013 yang lalu, Beta telah mengumumkan pewartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013. Maka pada hari ini, setelah berlangsung enam bulan, Beta dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta bersyukur, mengisytiharkan bahawa esok, hari Khamis 1hb Rejab, 1435 Hijrah bersamaan 1hb Mei, 2014 Masihi adalah tarikh, mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013, fasa pertama, yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya.

Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkannya, sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan : “enam bulan selepas Akta digazetkan”, dimana sehingga kehari inipun ia masih lagi dalam lingkungan enam bulan tersebut.


Alhamdulillah, dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah diamalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugama-Nya. Ini pasti berlaku sebagaimana firman-Nya dalam Surah Muhammad, ayat 7, tafsirnya:

“Wahai orang-orang yang beriman jika sekiranya kamu menolong (ugama) Allah, (nescaya) Allah akan menolong (dan membela kamu untuk mencapai kemenangan) serta menetapkan pendirian kamu (dalam membela kebenaran).”

Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah, maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua dihadapan-Nya dalam perkara perundangan, sudahpun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing, terutama agensi-agensi yang berkaitan, hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berhemah.

Ingatlah, fokus kita hanyalah kepada Allah jua, untuk mencari redha-Nya semata-mata, bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak.

Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kacamata yang buruk, kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita, tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja, sebagaimana kita juga menghormati mereka.

Ada pun andaian-andaian berupa pelbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang kepada teori yang statusnya tidak lebih daripada teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori, tetapi “hukum wajib” yang tidak ada keraguan padanya.

Kalau teori mengatakan Undang-Undang Allah kejam dan tidak adil, tetapi Allah sendiri telah menegaskan undang-undang-Nya itu adil. Maka dimanakah harga teori itu disini berhadapan dengan wahyu Allah?

Dengan ikhlas kita tegaskan, bahawa keputusan untuk melaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, 2013 ini bukanlah untuk suka-suka, tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith.

Beta amatlah bangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi, termasuk daripada kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di dalam sidangnya yang berlangsung baru-baru ini.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Imam Besar Al Azhar Berucap Di Piala Dunia Di Brazil

Imam Besar Al Azhar Berucap Di Piala Dunia Di Brazil

Mesir – Imam besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb telah dijemput untuk berucap pada pembukaan kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil yang dijadualkan bermula 12 Jun hingga 13 Julai.

Sheikh Ahmed telah dijemput oleh duta Brazil ke Mesir, Marco Brandão semalam untuk mengambil bahagian dalam upacara pembukaan sukan berprestij itu.

Brandão menegaskan bahawa Al-Azhar memainkan peranan penting dalam menyebarkan prinsip-prinsip Islam.

“Jemputan ini mewakili pengiktirafan dunia kepada peranan yang dimainkan oleh Al-Azhar dalam menyebarkan Islam, di sebalik peningkatan pengganas,’’ kata Brandão.

Dalam pada itu, penasihat Sheikh Ahmed, Mohammad Mehanna,berkata, jemputan berkenaan menunjukkan bahawa konsep keserderhanaan diiktiraf oleh dunia.

“Islam menggalakkan sukan bagi tujuan kesihatan. Berjuta-juta orang akan menontonnya kejohanan ini dan mereka dapat mengetahui mengenai Islam melalui ucapan Sheikh Ahmed.

Sheikh Ahmed al-Tayeb
Sheikh Ahmed sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beliau menyokong pemberontakan menentang bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi.

Malah ulama Sheikh Yusuf al-Qaradawi sendiri mengkritik Sheikh Ahmed dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai salah dan tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
Jaguh Tinju Muhammad Ali Menasihati Anak Perempuannya Agar Berhijab

Jaguh Tinju Muhammad Ali Menasihati Anak Perempuannya Agar Berhijab

Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.

Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah. Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu.

"Hana, segala-galanya yang dicipta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "

Dia memandang saya dengan mata yang serius.

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. "
Pemenang MTV Europe Music Awards 2006 Peluk Islam

Pemenang MTV Europe Music Awards 2006 Peluk Islam

Lahir di Nicosia, Cyprus pada 30 Julai 1980, Diam's atau nama asalnya Mélanie Georgiades merupakan rapper Perancis yang terkenal.

Album pertamanya "Premier Mandat" diterbitkan pada tahun 1999 semasa usianya 19 tahun. Sepuluh tahun kemudian, lima album telah berjaya dihasilkannya.


Sekurang-kurangnya lapan anugerah muzik dimenanginya sejak tahun 2004 hingga 2007. Paling berjaya adalah ketika Diam's meraih MTV Europe Music Awards pada tahun 2006.

Namun, di puncak kerjayanya itu, Diam's mengalami kemurungan. "Di puncak kerjaya, saya mengalami kemurungan yang teruk. Saya telah berjumpa ramai ahli psikologi, tapi tidak ada seorang pun dari mereka yang boleh membantu saya, " kata Diam's.

Diam's mengaku mula mencari jawapan atas segala kekacauan jiwanya ketika melihat seorang rakan Muslimnya menunaikan solat. Sejak saat itu, dia mulai mempelajari Islam dengan membaca terjemahan kitab suci Al-Quran.

"Memeluk Islam adalah hasil renungan peribadi saya setelah mempelajari agama ini dan membaca Al-Quran," kata Diam 's yang memeluk Islam pada 2008.

Setelah masuk Islam Diam's memakai tudung dan lebih fokus pada kegiatan-kegiatan sosial. Diantaranya, membantu anak-anak yatim.

sumber: bersamadakwah.com
Airmata Mike Tyson Tumpah Di Raudhah

Airmata Mike Tyson Tumpah Di Raudhah

“ANGKAT kotak tu!” jerkah sekumpulan remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.

Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D’Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.


Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.

Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun.

Belajar Islam di penjara

Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, ‘mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam’.

Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: “Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam.”

Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.

Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.

Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.

Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.


Doa setiap hari

Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.

“Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.

“Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar,” katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.

Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.

Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.


Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.

Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.

“Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah,” katanya.

Main Post

HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close