LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

no image

BICARA TENTANG CINTA??

Mereka berkata…hidup ini indah, Gelisah dalam gundah, Parah tika resah, Lemah terus berserah Tanpa kembali ke jalan sudah.

Mereka berkata cinta itu kasih sayang, Bila benci kasih melayang, Dan sayang langsung hilang, Dan bila rindu mula la menyeru “engkaulah yang ku sayang”. Cinta oh cinta… Jangan kau hadir dikala suka, Hilang dikala derita, Biarlah cinta hadir walau terseksa, Kerana siksaan itu titik-titik rasa. Cintailah walau apa jua keadaannya, Kerana cinta hanya wujud disanubari suci, Cinta kan termetri pada sekeping hati, Jangan kau damba perhiasan maknawi, Tapi kau nilailah pada ziinatul hissi.

Sedarlah… Lahirnya dirimu hanya dari setitis air hina, Yang memiliki nilai insani, Istimewa dirimu hanya kerana sekeping hati, Mulia dirimu kerana setulus aqal, Tanpanya dirimu sehina makhluk. Duhai insan nilailah, Dimana manfaat aqalmu? Dimana kau sorok hatimu? Duhai insan, bangkitkanlah jiwamu, Serukanlah dirimu pada cahaya cinta-Nya.
no image

DI TUJUKAN KHAS KEPADA WANITA SAHAJA....

Wanita hadir dalam setiap persoalan hidup lelaki, wanita adalah mehnah, tangani wanita dengan berhikmah, kerana wanita punca fitnah.

Namun... wanita bagaikan lilin dalam tiap rumah tangga, dialah kejora yang menaungi bahtera cinta, dalam setiap nafas seorang suami, wanita... diciptakanmu sebagai pelengkap alam, jua penaung cinta, kau srikandi penuh kelembutan, penghapus duka..pelara segala derita, tanpamu dunia sepi tak bererti, tanpamu hilang penawar dihati, engkau permata cinta dambaan lelaki, mahkota jiwa seorang suami, engkaulah permata yang dicari. 

Wanita... dikaulah adinda yang dicari, dikaulah permaisuri yang diimpi, dikau jua bonda yang dinanti, aku mengharap dirimu, duhai insan yang bernama wanita, kerna aku menghargaimu wanita.
no image

ANDAI ESOK.......

Andai esok aku mati, Pesanlah pada sanak saudaraku, Redhailah kepulanganku itu, Jangan merintih dan jangan berlebih sedih, Karna aku bukan lari dari mereka, Tapi aku pergi tunaikan janji, Mengadap pencipta esa. Andai esok aku pergi, Khabarkan pada teman- temanku, Hubungan duniaku sudah terputus, Tapi tak bermakna kalian ku lupakan, Sesungguhnya kalian segar diingatan, Bersama alunan doa yang kudus.

Andai esok aku tak kembali lagi, Khabarkan jua pada musuh- musuhku, Salah mereka telah ku maafkan, Doaku moga mereka kembali ke pangkal jalan, Sesungguhnya nur tuhan akan kita temui, Bila kembali ke pangkal jalan.

Andai esok aku mengadap ilahi, Ku mohon padamu duhai kawanku, Teruskanlah berjuang, Biar tajam mata penamu, Agar mampu membisukan lidah-lidah dusta, Biar indah bait-bait bahasamu, Pasti kan luntur kerasnya jiwa yang sesat, Tuturmu biarlah lembut, Pasti kan cair jahil yang membeku.

Andai esok aku sudah disisi tuhan, Aku ingin bersamanya dengan aman, Tanpa membawa hasad dan dengki, Tanpa berbekal dendam kesumat, Ku hanya inginkan taqwa dan iman, Menjadi peneman menghadap ilahi, Ku ingin kekal disyurga abadi.
KEJATUHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIAH

KEJATUHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIAH


1.0 Pengenalan Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyahtelah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapatdilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari KerajaanTurki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan.

Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299.Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah.

Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan.Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden.

Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, AsiaKecil, Arab Timur Tengah,Mesir dan Afrika. Namun,akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam disekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah.

2.0 Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.Antara faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

2.1 Politik Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong kearah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayarTurki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran.Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan,baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral.

Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118orang anak. Di samping itu,Sultan Ibrahim membunuh 100000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000orang daripadanya. Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti.Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah.Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan.Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu dalam istana.

Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh Bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir AgungKara Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu,kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan TurkiUthmaniyah.Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan dan memilih puterasulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilh bukan berdasarkan kemampuan yang unggul. Disamping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan in imenyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera. Jelaslah bahawa faktor politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

2.2 Ekonomi Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawata nmemungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kelemahan ini disebabkan oleh saingandengan negara Eropah yangsemakin maju dalam bidangperdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16,Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki.Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti.Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah.Kesannya,kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan.

2.3 Sosial Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islamt elah diselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puakDruze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi.Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepada kejatuhanTurki Uthmaniyah.Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan empayarTurki Uthmaniyah.

Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba.Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut.

Gejala rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan MustafaIV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan. Oleh itu,rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul,amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu,golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras,dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara.Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan empayar TurkiUthmaniyah.

2.4 Pengaruh Luar Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar TurkiUthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam diempayar Turki Uthmaniyah.Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.

Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan TurkiUthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahananTurki Uthmaniyah. Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan. Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah.Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgrad,sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania.

Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah menguasainya selama beberapa abad.Jelaslah pengaruh luaran merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas berlakunya zaman gelap.

3.0 Kesan Terhadap Negara-Negara Islam Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada negara-negara Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk kepada pengakhiran kegemilangan kerajaan Islam yang dahulunya telah berkembang pesat. Rentetan kejatuhan ini menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai negara republik.

3.1 Politik Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara Islam yang lain dari aspek politik. Antaranya ialah kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan. Hal ini telah memberi kesan yang buruk dalam politik negara Islam.Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah,setelah bertukar menjadi negara republik menyebabkan institusi khalifah telah hilang dan membawa kesan yang buruk kepada suasana politik negara Islam. Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal menggantikan Kesultanan Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membawa perubahan dalam sistem politik Turki.Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di bawah pemerintahan Reza Shah yang memperkenalkan sebuah parti sahaja, sama dengan Parti Republikan Rakyat Antartuk.Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah dinegara-negara Islam.Kesan yang jelas kelihatan adalah perpecahan wilayah umat Islam yang dulunya dibawah pemerintahan TurkiUthamaniyah.

Kelemahan Turki menyebabkan negara dibawah naungannya telah membebaskan diri dan ditakluk oleh pihak Eropah.Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia,Balkan, Prins Milaan, Serbia,Herzegovina dan di tempat-tempat lain membebaskan diri menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Hal ini dibuktikan lagi dengan perpecahan wilayah Turki Uthamaniyah. Raja Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz. RajaFaizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki.Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi implikasi  kepada negara-negara Islam yang lain.

3.2 Ekonomi Ekonomi negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang kerana negara terpaksa membuat perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah menyebabkan negara Islam yang dahulunya dibawah pengaruh seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi.

Negara Islam semakin teruk terjejas ekonominya apabila selepas tamat Perang Dunia 1 kerana dengan persetujuan Sykes-Picot 1916 wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris,Russia dan Itali. Hal ini menyebabkan ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas akibat daripada penguasaan orang Eropah.Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan diLaut Hindi, Laut Mediternean,Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai ekonomi negara Islam. Contohnya,Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat TerusanSuez dan orang Yahudi diMesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran saham. Selain itu,penguasaan Soviet Union yang menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran.Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.

3.3 Sosial Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah aspek sosial akibat kejatuhan Turki Uthmaniyah.Kemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhanTurki telah mempengaruh inegara Islam yang lain.Permodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Hal ini dapat dibuktikan kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran yang berpendapat bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci kepada reformasi sosial.Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam.

Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam. Contohnya, Inggeris menggalakkan pemisahan kaum Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menindas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal diutara Iraq. Jelaslah bahawa perpaduan umat Islam mula retak selepas kejatuhan TurkiUthmaniyah.

4.0 Penutup Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era kegemilangan,kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan.Kedudukan kuasa Turki Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniya hbermula selepas Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik.

Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan Turki,pemberontakan,penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang lemah dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah.

Masalah ini telah menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang lain sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Disamping itu, kejatuhan Turki sering dikaitkan dengan permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat golongan yang mementingkan hiburan dan keseronokkan. Oleh itu,sewajarnya keadaan ini dijadikan iktibar dan sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam kembali terbilang.
no image

QANA'AH

Qana’ah?Pernahkah anda melihat seorang yang apabila mendapat harta kekayaan tidak terzahir pada dirinya
kegembiraan, dan apabila harta kekayaan itu hilang tidak pula ia bersedih. Apabila dipuji atau dicela, sama sahaja reaksi dirinya terhadap kedua-duanya? Inilah antara tanda-tanda mereka yangmempunyai sifat Qana’ah.


Qana’ah bermaksud berasa cukup dan tenang dengan apa yang dimiliki. Redha dan Yakinmerupakan dua perkataan yang agak sinonim dengan perkataan Qana’ah. Sifat ini menunjukkan hubungan dan pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

Rasulallah s.a.w sangat menitikberatkan sifat ini.Bahkan sebelum kenabian lagi, beliau telah diterapkan sifat ini dengan uzlah di gua Hira’, memisahkan diri dari dunia dan segala kenikmatannya untuk menumpukan pembinaan diri.

Kemudian Rasulallah s.a.w menerapkan sifat ini kedalamvpara sahabat dan menjadikan mereka generasi terbaik sepanjang zaman. Iaitu golongan yang membuang dunia kerana rindukan syurga.

Jalan menuju Qana’ah.

1. Menjadikan Akhirat sebagai matlamat utama.Mereka yang sibuk dengan akhirat, tidak akan menghiraukan dunia.Hati mereka sudah tertaut dengan syurga dan kenikmatan-kenikmatannya, maka tiadalah nilai nikmat nikmat dunia disisi mereka dan mereka hanya mengambil sekadar yang perlu sahaja.

Hadis Rasulallah s.a.w yang bermaksud:“ Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan.” HR Bukhari.

2. Mengetahui hakikat dunia.39. "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan Sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri Yang kekal.

Rasulallah s.a.w pernah bersabda yang membawa maksud : sekiranya dunia ini ada nilai disisi Allah walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak akan diberi minum.“Apalah aku ini dengan dunia! sesungguhnya perumpamaan diriku dan dunia adalah seperti seorang musafir, tidur sejenak di siang hari dibawah pokok untuk berehat kemudian meneruskan perjalanan dan meninggalkannya.” HR Tarmidzi

Inilah dunia. Hanya sebuah persinggahan yang bersifat sementara.

3. Zuhud di dunia. Satu hari seorang lelaki telah mendatangi Rasulallah s.a.w, dan berkata: “wahai Rasulallah, tunjukkanlah aku amalan yang apabila aku mengamalkannya, Allah akan mencintaiku, dan manusia juga akan mencintaiku”, maka berkata Rasulallah s.a.w: “zuhudlah di dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah dengan apa yang ada disisi manusia, nescaya manusia akan mencintaimu”. HR Ibnu Majah.

Zuhud yang sebenar adalah sesiapa yang didatangi dunia tetapi ia sedikit pun tidak melalaikan dia daripada tuhannya bahkan pada pandangannya ia (dunia dan kenikmatannya) hanyalah perkara kecil. Lihatlah sahabat sahabat agung seperti Abu Bakar, Uthman, dan Abdur Rahman Auf. Mereka telah didatangai dunia, tetapi hubungan mereka dengan Allah tidak terjejas, bahkan sentiasa bertambah.Merekalah contoh zuhud yang sebenar. Maka janganlah memandang zuhud itu pada orang miskin yang papa.

4. Melihat kepada orang yang lebih rendah dari kamu. Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulallah s.a.w telah bersabda: “lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripada kamu, dan janganlah melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu kerana ia lebih patut supaya kamu tidak sombong dengan nikmat Allah terhadap kamu.”Muttafak Alaih.

Melihat kepada orang yang lebih kaya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan keinginan untuk menjadi kaya seperti mereka. Akhirnya manusia akan terjerat dalam permainan dunia yang bertuhankan harta. Hidup semata-mata untuk mencari dunia dan memuaskan nafsu. Sedangkan nafsu itu tidak akan puas. Habis dikejar segunung emas, segunung lagi akan dicari. Dan inilah apa yang berlaku pada kebanyakan manusia sekarang, termasuk orang islam sendiri.

Lihatlah kepada golongan yang lebih miskin. Sedarlah betapa beruntungnya kita, dan belajarlah untuk bersederhana.

5. Banyakkan memberi.Belajar untuk memisahkan diri dengan harta kerana apabila mati nanti kita akan tinggalkan harta itu untuk selamanya. Pada sedekah itu juga ada penyucian harta dan membawa kepada keberkatan.

Rasulallah s.a.w juga pernah bersabda bahawa tangan yang diatas (memberi) lebih baik daripada tangan yang dibawah (menerima).

6. Mengambil contoh dari mereka yang terdahulu. Pernahkah kita tertanya, apakah yang ditinggalkan oleh Rasulallah s.a.w ketika beliau wafat?

Amru bin Harith r.a berkata, “ketika kewafatan Rasulallah s.a.w, beliau tidak meninggalkan dinar atau diraham, hamba lelaki mahupun hamba perempuan, atau sebarang benda lain, kecuali keldai putihnya yang menjadi tunggangan Baginda,pedang beliau, dan tanah yang disedekahkan untuk ibnu sabiil(mereka yang dalam perjalanan).”HR Bukhari.

Kisah sahabat agung, Mus’ab bin Umair. Khabab bin Al-Arat r.a berkata, “kami berhijrah bersama Rasulallah s.a.w kerana mengharapkan ganjaran Allah, makaganjaran kami terletak pada Allah. Ada dikalangan kami yang meninggal dunia tanpa menikmati sebahagian pun dari ganjaran itu di dunia.Salah seorang dari mereka adalah Mus’ab bin Umair,yang syahid pada hari Uhud.Dia tidak meninggalkan sesuatu pun di dunia melainkan sehelai kain yang apabila ditutup mukanya kakinya akan terdedah, dan apabila ditutup kakinya, mukanya pula akan terdedah.Maka Rasulallah s.a.w menyuruh supaya ditutup mukanya dan ditutup kakinya dengan daun.”

Mus’ab merupakan pemuda yang dibesarkan dengan kekayaan dan kemewahan. Beliau sangat disayangi oleh keluarga dan masyarakat.Tiadalah sebuah majlis ataukeraian yang dihadiri oleh beliau melainkan semua orang akan berasa seronok dan gembira. Setelah memeluk Islam, Mus’ab telah membuang dunia dan segala kenikmatannya untuk menumpukan akhiratnya.Kisah beliau ini adalah kisah kebanggaan umat.Akhirat itulah matlamat Sahabat, para pembaca yangdikasihi. Satu hakikat yang mesti difahami oleh setiap muslim ialah hakikat bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara sebelum kita meneruskan perjalanan kita ke akhirat.

Tidak masuk akal seorang yang datang bersinggah di satu tempat membeli berbagai barangan dan harta untuk dinikmati sekejap, dankemudiannya meninggalkan barang dan harta itu apabila dia pergi. Matlamat dunia ini adalah untuk mengambil bekalan untuk dibawa ke ahkirat, dan bukannya mengumpulkan harta kekayaan dunia supaya dapat dinikmati sekarang.Nikmat bagi seorang mukmin adalah di akhirat kelak.

Ambillah sekadar yang perlu sahaja dari dunia dan tumpukan bekalan akhirat berupa amal-amal soleh dan amal-amal kebajikan.Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita dan menyediakan tempat yang baik untuk kita di akhirat kelak. Dan menjadikan kita hamba-hambanya yang sentiasa rindukan kampung halaman di syurga.
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close