LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

no image

Antara 9 Mimpi Rasulullah s.a.w

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“ Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diIsraqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas
bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu
berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala
SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

 
BERSABDA RASULULLAH SAW:
“SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN
SEPOTONG AYAT”
no image

HUKUM MENONTON DI PANGGUNG WAYANG..

Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan. Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu. Manakala menonton filem- filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar- gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram” Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.

Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah. Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini. Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang- orang yang mempunyai belas kasihan Allah. Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya. Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini. Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.

Hakikatnya, pada hari ini kaum Muslimin dikelilingi dengan penderitaan dan penindasan dari pelbagai penjuru disebabkan ketiadaan Daulah Khilafah yang memelihara umat. Sememangnya, seorang Muslim tidak sepatutnya mempunyai waktu yang terluang untuk dihabiskan dengan melayani hiburan yang mubah(dibolehkan), apatah lagi mahu menghabiskan waktunya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah, Nauzubillah! Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai seorang Muslim yang berfikiran cemerlang, untuk mengajak saudara-saudara seIslam kita, mengerahkan seluruh masa dan tenaga yang ada, untuk sama-sama bekerja keras menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya nasib umat ini akan terbela dan penderitaan umat Islam akan digantikan dengan kegembiraan. Wallahu ‘alam Sumber: Islamic Revival , terjemahan dari penulisan bahasa Arab Sheikh Ata Abu Rashta
SIMPAN SAJA KECOMELAN ANDA ITU!

SIMPAN SAJA KECOMELAN ANDA ITU!


Assalamualaikum wbt... Tengok tajuk pun rasanya semua tahu apa yang nak di coretkan,nak berkongsi sesuatu ,tentang apa yang aku baca hari ini dalam paper,satu tajuk dalam kolum Ekspresi paper tersebut buat aku terpanggil nak berkongsi cerita ni hee rata-rata blogger mempunyai Facebook jadi memang patut aku kongsikan.. Tajuk dalam kolum tersebut 'DOSA DALAM FACEBOOK'. Memetik apa yang di terang ustaz tersebut tentang dosa dalam facebook ,seperti yang di ketahui ada beberapa cara penggunaan facebook yang patut di tegah dan boleh jatuh kepada haram..

Ni yang aku nak kongsikan *MUAT TURUN GAMBAR UNTUK SIMPANAN DAN TATAPAN* kata ustaz tersebut 'akibat gambar wanita terlalu 'bersepah' di Facebook,ada lelaki berhati buas memuat turun gambar terbabit untuk di jadikan koleksi peribadi. Justeru,sedarlah mana-mana wanita yang di kurniakan Allah SWT dengan 'rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini perlu berwaspada lebih daripada mereka yang lain. Malangnya,golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian. Simpan saja gambar comel anda. Adakah anda terlampau tidak sabar?

Sedarlah,kecomelan anda mungkin menjadikan sebuah rumah tangga hancur serta cemburu wanita lain kerana boleh wujud gejala suami membandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa'... Itulah Facebook, ia boleh menjadi sumber pahala jika di guna dengan betul dan boleh menjadi pemudah azab jika di gunakan tanpa ilmu serta limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah wahai pemilik Facebook. Niat untuk mendekatkan ukhuwah antara rakan lama,sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra,gurauan senda di antara suami dan isteri orang,juga antara lelaki dan wanita bukan mahram.

Seperti yang di ketahui rata-rata Blogger pun mempunyai Facebook dan tak di nafikan ramai wanita Blogger yang comel2 hee jadi kepada yang rasa diri tu comel maaf di pinta kalau terasa. (Untuk mereka yang berkenaan sahaja). Gunalah facebook untuk kebaikan. Jangan lagi mempermainkan nama ukhwah untuk berbuat dosa. Harap kita semua di jauhkan dari perkara sebegini. Kepada yang comel dan yang tak comel pun nilailah dan fikirlah kita meletakkan gambar kita dalam facebook untuk mendapat pujian atau sebaliknya. Apa yang kita lakukan tetap ada batasnya. Tiap2 amal tu tergantung pada niat. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Yang rasa diri tu comel bolehlah tinggalkan komen. Yang rasa diri tak comel pun boleh tinggalkan komen. Tiada sekatan dan terbuka kepada semua. kalau tak tinggalkan komen bermakna yang menaip ni tak comel la heee ok tinggalkan dengan kata-kata ni 'ORANG YANG COMEL TAK KAN MERASA DIRINYA COMEL,ORANG YANG TAK COMEL SELALU MELIHAT ORANG YANG COMEL' Sekian ,terima kasih...
muhasabah

muhasabah


Ingatlah wahai diri...


 Buat pringatan diri yang sering lupa dan jauh dari rahmat Allah..

Ingatlah WAHAI DIRI
Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat pada kaum muslimin" (az-zariyyat:55)

Inilah diantara firman Allah yang menyuruh manusia agar sentiasa saling memberi peringatan kepada mereka yang lupa. Tetapi pernahkah kita merenung seraut wajah yang bernama diri, lalu memberi peringatan di atas kelalaiannya? Terus terang, perbuatan tersebut amat jarang kita lakukan...

Wahai diri...
Apakah engkau sedar bahawa di hadapanmu sedang menanti dua tempat, iaitu syurga dan neraka? Engkau pasti akan menemui salah satu dari keduanya. sama ada engkau menyukainya atau tidak, ia pasti akan menemuimu jua...


Namun, mengapa engkau masih sibuk dengan kelazatan dan dorongan nafsu serta gemar melakukan maksiat dan kederhakaan? Bukankah engkau pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas dosa-dosa dan kesalahanmu itu? Tidakkah engkau tahu bahawa segala sesuatu yang pasti datang itu amat dekat kedudukannya?

Sedangkan yang dinamakan jauh itu apa-apa yang mungkin tidak akan datang. Bila engkau dihumbankan ke dalam neraka kerana perbuatan jahatmu, itupun sesuatu yang amat dekat, kerana ia janji yang pasti akan datang. Hanya menunggu saat dan ketibaannya saja. Ingatlah wahai diri...ingatlah!

Tidakkah engkau menginsafi apa yang telah difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud: "Telah hampir kepada manusia(masa) perhitungannya sedang mereka berpaling dari kelalaian. Tiada kepada mereka peringatan (Al-Qur'an) dari Tuhannya melainkan mereka dengar dan mereka permain-mainkan. Sedang hati mereka lalai.." (al-anbiya':1-3)

Wahai diri...
Engkau tentu sudah sedia maklum bahawa sunnatullah itu tidak akan berubah. Segala sesuatu ini pasti ada yang menyebabkannya. Kebahagiaan di dunia kerana beramal, maka seperti itu jugalah kebahagiaan akhirat. Ketahuilah bahawa Tuhan dunia dan Tuhan akhirat itu hanya satu, yakni Allah S.W.T. Sesungguhnya tiap-tiap manusia tidak akan memperolehi sesuatu, melainkan apa-apa yang telah diusahakannya. Jika engkau telah membuang banyak masamu untuk urusan dunia, maka berapa banyak pulakah masa engkau gunakan untuk menyelesaikan masalah akhiratmu?



Sudahkah engkau sediakan bekalan yang engkau perlukan dalam menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi? Ketahuilah kehidupan akhirat itu adalah kehidupan yang sebenarnya. Janganlah sampai engkau tertipu oleh kehidupan dunia yang sementara. Janganlah engkau menyangka engkau kelak akan mendapat kesejahteraan di akhirat, sekalipun engkau membawa bekal yang cukup!!

Ingatlah...
Kehidupan yang kekal abadi itu sangat memerlukan bekal yang banyak, berupa amalan-amalan yang baik serta ketaqwaan yang besar. Apabila persediaanmu tidak lengkap, engkau akan mengalami kesengsaraan yang tidak ada tolok bandingnya di neraka jahannam!!

Sekali lagi...Ingat dan insaflah...!!
Bahawa kepanasan dan kedinginan siksa neraka itu hanya akan dapat di atasi dengan benteng iman yang kukuh serta pertahanan yang kuat dengan ketaatan menjalani perintah Allah S.W.T.



Kiranya besar sungguh pemberian Allah yang telah dilimpahkanNya kepadamu kerana engkau telah ditunjuki jalan kehidupan yang selamat untuk kau lalui. Lalulah jalan perjuangan ini dengan sungguh-sungguh sekalipun penuh dengan duri dan rintangan. Apabila jalan perjuangan itu pahit, janganlah engkau merintih kerana di hujung perjalananmu menunggu syurga yang manis.
Ingatlah...
Agama Islam itu mutiara yang tidak terhingga nilainya. Keimanan itu pemberian yang tidak terkira besarnya. Sedang penghidupan itu adalah jalan perjuangan yang penuh dengan ujian.

Apabila engkau insaf serta sentiasa muhasabah (menilai) diri di setiap malam dan siang, akan mudahlah engkau untuk mengumpulkan persiapanmu. Sekalipun persiapan itu engkau kutip dicelah-celah kehidupan duniamu yang sukar, apabila engkau sabar, seribu harapan menanti dihujung perjalanan hidupmu!

Insaf dan sedarlah wahai diri...!
Ingatlah...bahawa setiapyang bernyawa itu pasti mati !
Dengan izin Allah jua adanya..........



Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Surah As-Saff ayat 3....

no image

Khas untuk mereka yg bercinta atau di lamun cinta : KEDAMAIAN SECEBIS CINTA ~

Cinta ~

Aku ingin memiliki kedamaian sebuah cinta abadi Yang engkau redhai DisisiMu Al -Khaliq. Namun si hamba berterusan khilaf , Mengundang nestapa, Kerana cinta-cinta hampa sesama manusia. Iman tak lagi teguh.. Runtuh semahu-mahunya.

Kasih sayang tak pernah utuh, Hadir senafas Cuma, Hanya sementara Wujud dikala si hamba Indah dipandangan mata, Lenyap kala tercela. Aku tak ingin hanyut Dengan cinta-cinta dusta.. Aku takkan hidup dengan khayalan cinta nista, Itu semua bisikan syaitan semata-mata, Untuk membawa si hamba ke jalan gelita. 

Aku lakarkan puisi ini, Buatmu insan yang dilamun cinta.. Ingatlah..jangan sampai ternoda, Sedarlah bahawa fitnah dunia banyak melanda, Yang akhirnya membuat kita derita. Cintailah pencipta kita.. Bak kata pepatah, "cintakan bunga..bungakan layu, Cintakan manusia..manusiakan pergi Dan cintakan Allah kekal selama-lamanya.." Betapa indahnya cinta, Sekiranya kita benar-benar menghargainya.. Hanya pencinta Yang mampu menghargai cinta..
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close