LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Kebebasan Bersuara Hanyalah Sebuah Falsafah Di Barat

WASHINGTON,8 Jun -Wartawan veteran White House, Helen Thomas yang membuat liputan sejak Presiden John F. Kennedy sehingga Barack Obama bersara secara mengejut semalam setelah kenyataan pedasnya mengenai Israel menimbulkan kecaman hebat. Thomas, 89, anak kepada pendatang dari Lebanon, menjadi perintis bagi wartawan wanita yang membuat liputan tentang politik AS. Namun kerjayanya berakhir setelah beliau memohon maaf berikutan kenyataannya pada bulan lepas yang menyentuh supaya Israel patut  'berambus dari Palestin'.

"Perlu diingat, penduduk Palestin dijajah di bumi mereka sendiri, bukan bumi Jerman dan bukan bumi Poland. "Mereka (rakyat Israel) boleh balik ke Poland, Jerman dan Amerika dan tempat lain," kata Thomas.

Kenyataan beliau mengenai Israel dibuat semasa 'Sambutan Warisan Yahudi' di White House pada 27 Mei lalu dan kemudian disiarkan dalam rakaman video YouTube minggu lepas. Tempat duduk Thomas dibarisan hadapan di bilik taklimat White House kosong semalam, apabila beliau sendiri menjadi bahan berita setelah setengah abad mengajukan soalan-soalan tajam kepada Presiden dan setiausaha akhbar White House.

Persaraan Thomas, wartawan yang paling lama membuat liputan di White House, diumumkan oleh Hearst Corp.,di mana beliau berkhidmat sebagai kolumnis akhbar selepas menghabiskan hampir seluruh kerjayanya dengan United Press International (UPI).

Soalan Thomas kepada Obama semasa sidang media di East Room, White House pada 27 Mei lalu kini dipercayai soalan terakhirnya kepada seorang Presiden AS. "Tuan Presiden, bila tuan akan membawa kita keluar dari Afghanistan? Mengapa kita terus membunuh dan mati di sana? Apakah alasan sebenarnya?
"Jangan beri kami alasan seperti yang diberikan oleh Bush, 'jika kita tidak pergi ke sana, mereka (militan) semua akan datang ke sini'," kata Thomas. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia,09/06/2010

Tidak ada kebebasan bersuara di Barat

Kenyataan Helen Thomas telah mengundang reaksi yang kurang senang dan tuduhan anti-Semitism di kalangan para pegawai Rumah Putih seperti Ari Fleisher, setiausaha akhbar semasa pentadbiran Bush yang
berbangsa Yahudi, yang mengatakan kenyataan Thomas tersebut adalah seakan-akan “penghancuran
agama” dan menyeru kepada perletakan jawatan Thomas sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Fox News pada 6 June 2010 [Rujukan: http://www.foxnews.com/ akses pada 9 Jun 2010].

Secara rasminya kaum Yahudi adalah kaum yang datang dari luar Palestin dan telah merampas serta mengambil alih wilayah Palestin daripada umat Islam seperti mana yang diperakui oleh Perdana Menteri Israel pertama: “Telah ada Anti-Semitism, Nazi, Hitler, Auschwitz, tetapi adakah itu merupakan kesalahan mereka (Arab di Palestin)? Mereka melihat hanya satu perkara: Kami telah datang dan merampas negara mereka. Kenapa mereka perlu menerima fakta tersebut? [kata-kata David Ben Gurion, Perdana Menteri
pertama Israel yang terdapat dalam buku The Jewish Paradox, halaman 121-122 oleh Nahum Goldmann].

Nah! Apakah salah persoalan yang ditimbulkan oleh Helen Thomas? Di mana 'kebebasan bersuara' yang dilaung-laungkan Barat? Tambahan lagi, mereka yang mempersoal dan menafikan peristiwa Holocaust di mana 6 juta orang Yahudi dikatakan dibunuh secara sistematik semasa Perang Dunia Kedua oleh tentera Nazi Jerman, boleh dikenakan tindakan undang-undang di beberapa buah negara Eropah. Jelas sekali kebebasan bersuara di negara-negara Barat hanyalah omong kosong dan merupakan hipokrasi di antara banyak hipokrasi Barat yang semakin lama semakin terbongkar dan mengoncang institusi kuffar itu.
Breaking News close button
Back to top

1 Comments:

salam Hadi

1st thanks for soming to my blog n be my followers

2nd.. N3 yang menarik.. aku sendiri tak perasan berita ni.. aku suspek lah dengan thomas.. berani bersuara dan dari dulu memang aku benci Obama.. dia hipokrit.. konon party demokrasi tapi perang tetap juga berterusan.. this is all bull shit..

memalukan jika dia mengaku sebagai anak Africa..

Balas

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Show EmoticonHide Emoticon

HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close