LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

BERBICARA SOAL CINTA....

BERBICARA SOAL CINTA....

"La yu'minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi"-Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai kepada saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia.Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya, kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasih dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya. Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, "Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu" atau kata-kata, "Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini". Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.Seseorang itu adalah menipu jikalau mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambaNya.

Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta. Maka alangkah rugi sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang. Cintanya Nabi SAW kepada umatnya tidak pernah padam.Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi SAW masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat. Umat terdahulu seperti kaum Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.

Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuk seorang wanita,sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.Cinta Saidina Abu Bakar kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awal ketika wafatnya Nabi SAW, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam.Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi SAW dalam peristiwa Hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.Muazzin Rasulullah, Bilal bin Rabah terus jatuh sakit,dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi SAW apabila beliau diberitahu yang Nabi SAW telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi SAW. Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah.

Tanyalah diri kita pada hari ini,siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintai? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintai? Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu,golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang mendermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri? Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat r.a, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan. Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya. Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan. Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudara seagamanya. Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu. Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba. Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga. Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat. Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi. Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat suci Al-Quran itu hanya tercetak cantik dalam mushaf-mushaf dan tersusun rapi di rak-rak. Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama' pewaris nabi. Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu. Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan  bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.

P/S: Mereka berkata…hidup ini indah, Gelisah dalam gundah, Parah tika resah, Lemah terus berserah Tanpa kembali ke jalan sudah. Mereka berkata cinta itu kasih sayang, Bila benci kasih melayang, Dan sayang langsung hilang, Dan bila rindu mula la menyeru “engkaulah yang ku sayang”. Cinta oh cinta… Jangan kau hadir dikala suka, Hilang dikala derita, Biarlah cinta hadir walau terseksa, Kerana siksaan itu titik-titik rasa. Cintailah walau apa jua keadaannya, Kerana cinta hanya wujud disanubari suci, Cinta kan termetri pada sekeping hati, Jangan kau damba perhiasan maknawi, Tapi kau nilailah pada ziinatul hissi. Sedarlah… Lahirnya dirimu hanya dari setitis air hina, Yang memiliki nilai insani, Istimewa dirimu hanya kerana sekeping hati, Mulia dirimu kerana setulus aqal, Tanpanya dirimu sehina makhluk. Duhai insan nilailah, Dimana manfaat aqalmu? Dimana kau sorok hatimu? Duhai insan, bangkitkanlah jiwamu, Serukanlah dirimu pada cahaya cinta-Nya.

--hasil nukilan mifh @ Hadi--
no image

Kelebihan bulan ramadhan

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini. Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah : (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan : (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.) Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang- lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan! Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang- orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap- tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa- dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al- Hadith).

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya : a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya. c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar. d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku. e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.

(Al-Hadith) Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga. Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya.
(Al-Hadith). Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya .

(Al-Hadith) Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang- orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam- talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan.

(A-Hadith) Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.) - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga) - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga) - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!) - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!) - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!) - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!) Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith) Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad!

(Al-Hadith) Keredaan Allah (bagi orang yang taat) Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat) Jaminan Allah (bagi orang yang taat) Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal) Anugerah Allah (bagi orang yang benar). Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan. Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar. "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur."

(Al Hadith) "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith) "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith) "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.

(Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari

(Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith) Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith) Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith) Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur. Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?!

(Al-Hadith) Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat. Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al- Hadith).

--Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi
Selamat Berpuasa...

Selamat Berpuasa...

Assalamualaikum di ucapkan kepada pembaca setia kembara Hadi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi follow dan memberi komen di blog saya yang tak seberapa ni. Terima kasih ya sahabat :)

Alhamdulilah pejam celik pejam celik maka tibalah waktu yang di tunggu ,bulan yang di tunggu. Ramadhan... Penumpuan terhadap puasa Ramadhan yang hanya datang sekali setahun adalah besar dan memuncak;apalagi perhatian terhadap perilaku Junjungan Nabi Muhammad s.a.w di bulan yang maha berkat ini; dan sekaligus menyentuh peristiwa-peristiwa sejarah dan As-sunah yang diamalkan Nabi s.a.w. Antara peristiwa-peristiwa itu ialah 17 Ramadhan iaitu Malam Nuzul(Turunnya) Kitab Suci Al-Qur'an dari Langit Dunia kepada Junjungan s.a.w.,turunnya Jibriil 'a.s. untuk mentadaruskan Al-Qur'an dengan Nabi s.a.w. di tahun akhir hayat beliau.

Juga di bulan yang mulia ini berlakunya Peperangan Badar Al-Kubra yang menumpaskan orang-orang kafir Musyrikin, 17 Ramadhan di Tahun Kedua Hijrah,seterusnya Penaklukan atau Kemenangan ke atas Kota Mekah,berlaku di bulan Ramadhan di Tahun Kelapan Hijrah; juga peristiwa menghancurkan berhala-berhala di Ka'bah dan di luar kota Mekah sehingga agama Tauhiid tampak nyata dan jelas. Bila kedatangan musim Haji hanya sekali setahun dan dilakukan oleh orang-orang Islam,maka begitulah juga Ramadhan perlu disambut dengan penuh gembira dan persiapan yang berupa ulangkaji terhadap matlamat,rahsia dan tuntutannya perlu dipenuhi dengan penuh erti.

Sebenarnya masih ramai kalangan umat Islam yang belum memahami matlamat atau tujuan berpuasa bagaiman yang disebutkan dalam Al-Qur'an : "Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan keatas orang-orang yang sebelum kamu,agar kamu bertakwa (Al-Baqarah: 183) "Bertakwa" adalah bererti "memelihara diri dari terjerumus ke dalam kemurkaan Allah" Saya berharap dan berdoa mudah mudahan kita semua dapat melalui ibadah puasa dengan sempurna. Selamat berpuasa saya ucapkan. Sebagaimana kita mencontohi Rasulullah s.a.w dalam solat kita dan dalam ibadah haji kita juga seluruh ibadah dan ketaatan kita,maka sebegitulah kita diwajibkan meniru dan mencontohi beliau dalam puasa kita,ibadah solat kita dan seluruh keperihalan kita dalam bulan Ramadhan dan di luar Ramadhan.

Selamat menjalani ibadah puasa :)
WAHAI IBU

WAHAI IBU

Aku tumbuh besar setelah sebelumnya aku berada di sisi ibuku dalam keadaan masih kecil. Aku beruban setelah sebelumnya aku adalah seorang anak kecil dipangkuannya. Hanya dia seorang yang air mata, susu dan darahnya mengalir untukku. Orang-orang melupakanku, namun tidak dengan ibuku. Orang-orang menjauhiku, namun ibuku tetap bersamaku. Dunia berubah untukku,namun tidak dengan ibuku.

Duhai ibu,betapa sering engkau membasuh pipimu dengan air mata ketika aku melakukan perjalanan,berapa lama engkau tidak dapat tidur ketika aku sedang tidak bersamamu. Betapa sering tidurmu terganggu di kala aku sedang saki.

Duhai ibu,ketika aku datang dari bepergian,engkau berdiri di depan pintu menanti kedatangku dengan derai air mata kebahagiaan. Apabila aku keluar dari rumah, engkau berdiri menghantarkan kepergianku dengan hati yang penuh kesedihan.

Duhai ibu, engkau membawaku di antara tulang rusukmu saat penyakit menyerangku. Engkau meletakkanku bersama keluhan dan kesedihanmu lalu engkau mendakapku dengan ciuman dan senyuman.

Duhai ibu,engkau tidak akan tidur sebelum aku tertidur, dan engkau tidak dapat tenang selamanya sebelum aku merasa senang. Apabila aku tersenyum, engkau pun tertawa meskipun engkau tidak tahu sebabnya. Jika aku sedang gundah gulana,engkau pun menangis untukku meskipun engkau tidak tahu apa yang sedang terjadi. Engkau memaafkanku sebelum aku melakukan kesalahan, engkau memaafkanku sebelum aku meminta maaf dan engkau memaafkanku sebelum aku bertaubat.

Duhai ibu, siapa yang memujiku, maka engkau akan menjadikannya sebagai teman. Hanya engkau sajalah wahai ibu yang selalu peduli denganku, dan hanya engkau yang memperhatikanku.

Duhai ibu, aku adalah urusan terbesarmu, kisah indahmu, dan harapan besarmu. Engkau selalu bersikap baik kepadaku,memaafkan kelalaianku dan selalu merindukanku.

Duhai ibu,semoga aku dapat membasuh kedua kakimu dengan air mata pengabdian dan membawa seliparmu di panggung kehidupan ini.

Duhai ibu semoga aku dapat menggantikanmu ketika kematian menghampirimu dan semoga bencana menimpaku ketika dia bertujuan mendatangimu.

Hatiku berkata kepadaku ketika engkau mengalami kesusahan. Jiwaku adalah tebusan untukmu, sama ada engkau tahu atau tidak.

Allah s.w.t berfirman: "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku,dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!" ( Surah Nuh: 28)

Dia juga berfirman: "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah(untuk mereka,dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra': 24)|
IRINGILAH JENAZAH ANDA

IRINGILAH JENAZAH ANDA


Sebelum anda meninggal dunia,saya ingin anda terlebih dahulu mematikan diri anda sejenak. Tutuplah kedua mata anda dan bayangkan jenazah anda sedang berada di atas keranda mayat diiringi oleh para pengantar jenazah. Keadaan bagaimana yang anda inginkan setelah anda mati, maka jadilah seperti yang anda inginkan di saat anda hidup sekarang ini. Perbaikilah kesalahan anda, perbaikilah tingkah laku anda, bertaubatlah di atas segala perbuatan maksiat anda, bukalah lembaran baru kehidupan anda dengan perjalanan hidup dan budi pekerti yang baik. Cucilah hati anda dari kedengkian dan bersihkanlah dari pengkhianatan. Kelak anda akan mengingat apa yang telah anda lakukan kerana makhluk-makhluk ibarat pena Allah dan seluruh manusia adalah saksi Allah di bumiNya. Jika mereka bersaksi dengan memuji anda,maka itu adalah khabar baik buat anda dan kesaksian ini diterima di sisi Allah yang Maha Esa. Namun jika mereka bersaksi dengan menyebutkn keburukan anda,maka anda sangat merugi di atas apa yang sedang menanti anda.

Kita sedang berada di medan persaingan sengit,tetapi kita sering melalaikannya. Tidak ada yang mampu kita lakukan dihadapan hiruk pikuk dan keriuhan yang sering membuat kita melupakan akhirat kecuali dengan mematikan diri kita sejenak selama satu minit,iaitu enam puluh saat. Dalam waktu yang singkat ini hendaklah kita merenung dan memikirkan apa yang telah kita lakukan lalu kita bertaubat dan memperbaiki amal perbuatan kita. Barang siapa yang meluangkan waktunya satu minit dalam setiap hari untuk melakukan hal ini, maka dia akan kembali menjadi seorang manusia yang lurus,pecinta kebaikan,bermanfaat bagi manusia, menjadi mulia,penyabar dan penuh tolenrasi. Sedangkan orang yang melupakan kematian akan hidup dalam kelalaian, tidak menyedari adanya pengawasan Allah dan tidak bermuhasabah dirinya. Kita amat memerlukan usaha untuk menyelamatkan dalaman kita,iaitu usaha manusia untuk memperbaiki dirinya. Islam telah berbicara banyak tentang hal ini yang bertujuan agar manusia tidak membuat hatinya dijajah oleh kedengkian dan iri hati. Sebaliknya hendaklah dia menjadikannya sebagai taman hijau penuh cinta dan iman yang di dalamnya setiap pasangan bergembira dengan kemuliaan akhlak. Sungguh merugi orang yang mengisi hatinya dengan dendam,dengki dan iri hati sehingga dia menjadi lubang yang dihuni oleh ular dan kalajengking.

Hendaklah kita mengasihi diri kita sebelum kita mengasihi orang lain dalam menghadapi peperangan yang sedang berkecamuk di dalam kita supaya kita tidak mengganas kepada orang lain. Mengapa kita tidak membebaskan diri kita daripada belenggu konspirasi ini? Sebahagian kita meyakini bahawa orang lain sedang melakukan konspirasi terhadap dirinya atau sedang merencanakan sesuatu terhadap dirinya, dan hanya dia sendiri yang baik dan selamat. Ini adalah sesuatu yang kelakar,kerana orang-orang memiliki banyak sudut pandang di mana masih banyak kebaikan dan orang-orang baik tersebar di merata tempat. Lihatlah kepada bunga dan jangan melihat kepada durinya,saksikanlah bintang-bintang dan jangan disibukkan oleh kegelapan.

P/s: Terkadang mata mengingkari keberadaan sinar matahari kerana sakit dan mulut mengingkari rasa air kerana sakit.
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close