LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Alkisah : Perjalanan Menuju Kebenaran

Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat Orang munafik menuduh oang lain munafik yang tidak munafik.


Orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat Teraniayalah orang yang tidak munafik terzalimlah orang yang tidak sesat Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah. Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah.

Teraniayalah pula pengikut- pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah.Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik Kerana orang yang baik terlalu sedikit mereka terpinggir, terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai. 

Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka Rakyat jelata walaupun benar, cakapnya tidak ada harga, tidak diambil kira sekalipun dia seorang yang soleh Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?

Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul Sungguh susah hendak mencari kebenaran, macam hendak mencari gagak putih atau merah. Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau Ya Allah selamatkan kami.
Breaking News close button
Back to top

4 Comments

Al-quran dan assunnah tu takkan terpesong hingga akhir waktu.. tu janjiNYA..

Thanks ye.. ;D

Balas

selagi kita hidup berpandukan ajaran al-Quran, insyaAllah tidak akan berada dalam kesesatan

Balas

good info..=)
hrp kita bersma2 berada dibwh petunjunkNya..insyaallah..

Balas

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Show EmoticonHide Emoticon

HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close