LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Niat Puasa ,Salam Ramadhan…..

Niat Puasa ,Salam Ramadhan…..

  ramadhan
Salam Ramadhan 1433H dan selamat berpuasa buat semua!

NIAT BERPUASA :

Lafaz-Niat-Puasa (1)

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

NIAT BERPUASA  SEBULAN :
niat1_resize (1)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

DOA BERBUKA PUASA :
images

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
maksudnya: Ya Allah aku telah berpuasa untuk Engkau dan pada Kaulah aku mempercayainya dan aku membuka puasa dengan apa yang Engkau berikan.


Semoga Ramadhan yang datang ini akan memberikan 1001 makna untuk diri kita semua.Selamat menjalani ibadah puasa Smile
no image

Video BERSIH 2.0 versi POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

TV SELANGOR ~


MANA 1 ANDA RASA BETUL ???



BERSIH 2.0


VIDEO KONTROVERSI : MAT SABU DI LANGGAR PROTON WAJA ‘ KERETA POLIS”



SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau kepada TvSelangor.
Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.

Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan."Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong." tambahnya. –tVnews

renungkan…


Ada yang mengutarakan pandangan kenapa tidak di siarkan sama video Polis menendang tahanan, Video menumbuk tahanan yang di gari dan berbagai-bagai lagi???
Ada pendapat??? anda pasti ada jawapan tersendiri.
Dr. Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi

KUALA LUMPUR,17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa,Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

dr lolo_1 .

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah. "PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sebentar tadi Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Untuk makluman,Dr Lo’lo’ sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser sebelum ini. 

sumber  :HARAKAH DAILY

Berita ini turut disahkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan melalui akaun twitternya (Twitter)….. blog dr Lo’Lo : http://docpearl.blogspot.com/

Jenazah Allahyarhamah Dr. LO’LO selamat di kebumikan….


Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah...
Dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali.

AL-FATIHAH……
Video : Lawatan DATO SERI NAJIB RAZAK ke LONDON

Video : Lawatan DATO SERI NAJIB RAZAK ke LONDON

KALI pertama di dalam sejarah dunia warna kuning menjadi warna yang digeruni oleh sebuah negara. Warna kuning telah diharamkan dari dipakai oleh rakyat jelata malah, perkataan BERSIH menjadi perkataan yang diharamkan oleh pemerintah.

Sungguh pun pemimpin negara yang mengharamkan warna kuning dan perkataan BERSIH itu boleh melakukan apa saja di negaranya, kerana dia ada kuasa, di luar negara dia terus dikejar dengan warna kuning.

Sebelum ini Perdana Menteri kerajaan Rosmah Mansor, telah dimalukan di London apabila sekumpulan penunjuk perasaan yang memakai pakaian serba kuning membantah tindakan kejam pentadbirannya terhadap peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara sabtu lalu.(HARAKAH DAILY)

VIDEO : SAMBUTAN TERHADAP DATO’SERI NAJIB RAZAK DI LONDON BARU2 INI
YELLOW!


Berikut gambar sekitar semasa lawatan DATO SERI’ NAJIB ke london :

262023_163484883723327_162422890496193_372082_2605773_n
283362_163450590393423_162422890496193_372018_6489653_n
280870_163481100390372_162422890496193_372076_4387527_o
sumber gambar  : Facebook
Semakan PLKN 2012

Semakan PLKN 2012

Kepada adik-adik yang mencari maklumat berkaitan sesi PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) anda semua boleh mula membuat semakan nama untuk sesi PLKN 2012 mulai hari ini.

diana-danielle-plkn

Terdapat dua cara untuk membuat semakan senarai nama peserta & calon PLKN, iaitu melalui laman web Khidmat Negara atau SMS
1) Langkah 1 (melalui online)
2) Langkah 2 (melalui sms)
  • Taipkan “PLKN <space> SEMAK <space> IC Number dan hantar ke 15888″

    plkn
kepada yang ingin menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara sukarela boleh download borang permohonan pelatih sukarela di laman web rasmi PLKN www.khidmatnegara.gov.my. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan hantar semula kepada mereka dan mereka akan pertimbangkan permohonan anda samada anda layak atau tidak.
video live Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011

video live Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011

Berikut adalah video perkembangan terkini perhimpunan bersih yang sedang berlangsung di kuala lumpur.Namun, pihak berkuasa akan berusaha untuk menggagalkan perhimpunan tersebut yang dijangka berlangsung pada jam 2 petang ni di stadium merdeka.


video sedih perhimpunan bersih 2.0








BERSIH 2.0: Tear gas fired at the protesters in Puduraya

 
UPDATE 8:41pm : Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.Jenazah beliau kini masih berada di HKL.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.
Jerung Pelik Bermata Dajjal

Jerung Pelik Bermata Dajjal

Seorang nelayan di California menemui seekor ikan pelik yang dikatakan jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu.

Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya pada Julai 2011 lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ikan pelik itu adalah palsu.


Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan.



Pakar ikan jerung,Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies ikan pelik tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”

Apa-apa pun, betul atau tidak, jom kita tengok dulu gambar pelik ikan jerung yang bermata satu ni :
klik Gambar untuk papran lebih jelas!




Palsu atau tidak atas penilaian anda sendiri. (Nota: Sumber dari National Geographic)
Who Wants to be a Millionaire edisi BLOGGER.

Who Wants to be a Millionaire edisi BLOGGER.

Assalamualaikum, aku ada satu gurindam yang memerlukan kepada sedikit pemahaman dan penelitian serta pemikiran kritis…

                            (situasi la dulu… lepas tu baru soalannya ya!)

Anda sedang memandu masuk ke  sebuah stesen minyak untuk menyuap rezeki kepada kenderaan anda.Selesai membayar harga minyak yang semakin melambung-lambung ketika ini, anda terus menuju ke kenderaan anda dan giat menekan nozel.

Semasa anda sedang giat dengan tabiat semua manusia di dunia yang mempunyai kenderaan bermotor itu, anda didatangi oleh seorang wanita yang bukan sebangsa dan seagama dengan anda sambil membawa sebuah fail berwarna biru ‘Cobalt’ yang sedikit lusuh.


Anda perasan wanita itu menghampiri anda dan anda cakap dalam hati, “Mai daahh, mai daaahhh!” tetapi anda buat-buat terperanjat apabila disapa wanita berkenaan.

Encik, boleh tolong saya?” Tanya wanita tadi.
Tolong apa?
Saya ni orang susah,

Wanita tersebut menyatakan tentang perihal hidupnya pada anda sambil membuka satu helaian dalam failnya tadi. 


Pada helaian itu, terdapat satu keratan akhbar tentang dirinya yang diwawancara oleh seorang wartawan akhbar terkemuka tempatan berarus perdana. Anda mengambil fail tersebut dan buat-buat prihatin untuk membacanya. Dalam artikel tersebut terdapat beberapa  perkara yang mungkin (macam tidaklah tapi mana tahu jika ada kemungkinan) menyentuh hati anda, seperti :-


- Wajah wanita tersebut dan gambar pada keratan akhbar tersebut adalah sama maka dengan rasminya wanita tersebut tidak menipu.

- Dia menceritakan bagaimana dia telah dirogol oleh abang kandungnya yang mempunyai HIV positif dan kemudiannya berjangkit kepadanya.

- Selepas disahkan menghidap AIDS, dia dibuang keluarga kerana malu kepada ahli keluarga dan saudara-mara yang rata-rata berkedudukan (tidak pula ditulis didalam artikel tersebut nasib abang kandungnya yang bernafsu serakah tersebut) – untungnya dia jadi lelaki – binatang haram!!!! (ehemm maaf, penulis terasa untuk meluahkan perasaannya sekejap)

- Syarikat (kilang pengeluar minuman ringan) tempatnya bekerja memecatnya kerana reputasi mereka rosak akibat daripada wawancara berkenaan

- Wanita tersebut melahirkan anak hasil rogolan abangnya dan menyaranya seorang diri di sebuah bilik kecil di belakang rumah seorang kenalan yang kasihankannya dengan hanya RM100 sebulan.

- Kini, wanita tersebut tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kadangkala terpaksa mengutip tin kosong, kotak dan sampah untuk menyara anaknya yang juga telah disahkan menghidap HIV positif seperti dirinya yang malang.

- Dia tiada pilihan selain memberi anaknya minum air paip sahaja ketika lapar atau menyuapkan sedikit nasi yang selalunya hanya dapat dibeli paling kerap adalah tiga kali seminggu.

Selepas anda selesai membaca artikel tersebut, Sudah tentulah anda ingin memulangkannya kepada wanita tadi, betulkan? Jadi, anda pulangkan fail tadi. Wanita tersebut menunjukkan muka yang sangat mengharapkan belas kasihan.

sedekah3

Tidak sampai 10 saat selepas anda membaca keratan akhbar tersebut, datang pula seorang kanak-kanak yang bakal menjadi remaja mungkin dalam beberapa bulan lagi. Dia datang dengan sebuah beg kain bersaiz 50’x 30 di tangan kanannya dan sebatang pen serta resit di tangan kirinya. Dan anda pun menyanyi lagi di dalam hati,,

Dia datang! Teng teng teng!

Kemudian anda akan mendengar dia membuka kata dengan permintaannya yang panjang dalam satu nafas,,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh, saya daripada rumah anak-anak yatim sekian sekian ingin meminta derma bagi menampung anak-anak yatim disana dengan membeli barang-barang yang kami jual  untuk disedekahkan kepada pertubuhan anak-anak yatim disana, surah Yaasin RM3,balm cap ayam RM6,buku agama RM10,kalendar RM10,cd ceramah RM10”.

Mata anda terkebil-kebil melihat kanak-kanak tersebut. Bukan calang-calang orang boleh bercakap sedemikian banyak perkataannya dalam senafas. Silap-silap haribulan, besar nanti senang nak akad nikah! Dan anda pun membuka mulut pula, “Ermm, apa dik?”. Luluh jantung budak tu bila dengar anda tanya soalan tersebut. Namun dia tidak patah semangat. Dia pun mencuba lagi.

Tetapi kali ini wajahnya agak kelat dan ketat. Matanya dikecilkan sedikit. Dan biasanya begitulah saiz anda di depan matanya ketika itu. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh, saya daripada rumah anak-anak yatim sekian sekian ingin meminta derma bagi menampung anak-anak yatim disana dengan membeli barang-barang yang kami jual  untuk disedekahkan kepada pertubuhan anak-anak yatim disana, surah Yaasin RM3,balm cap ayam RM6,buku agama RM10,kalendar RM10,cd ceramah RM10”.
Anda masih terkebil-kebil tapi tak berani nak suruh kanak-kanak tersebut mengulangi soalannya. Takut-takut akan di ‘karate’ nya nanti. Jadi anda pun pura-pura mengambil kisah.

Apa lagi yang adik jual?

Tu je pakcik(kalau anda wanita,bacalah makcik).” Jawab kanak-kanak tersebut ringkas.

Pakcik kau panggil aku!’ Anda mencebik didalam hati. ‘Punyalah aku sental SK II tiap-tiap hari, pakcik dipanggilnya aku ni!” Anda mencebik lagi.

Anda terfikir untuk membeli Surah Yaasin; harga paling murah dikalangan barang-barang lain yang dijualnya. Itupun kalau anda beli, entah kurun ke berapa anda akan membuka makalah tersebut.

Anda menyeluk saku kiri dan kanan. Seluk ke saku kiri, kering kontang. Sama keringnya seperti beg duit anda. Kemudian, anda menyeluk saku di belah kanan pula. Terasa seperti sehelai polimer yang berlipat dua! Anda tahu, itu adalah wang bernilai RM5.

Anda ingin mengeluarkan wang tersebut dan membeli surah Yaasin. Tetapi, anda baru perasan. wanita yang berpenyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit tersebut masih di hadapan anda.

Anda tersekat ditengah-tengah keikhlasan anda untuk beramal; untuk beriman dan beribadah sepertimana dituntut agama anda supaya anda selalu membantu golongan yang lebih memerlukan dari anda.

Tiba-tiba dunia anda menjadi gelap gelita. Tiba-tiba ada lagu ‘back ground’ yang datang seiringan. Lagu tadi tak lain tak bukan ialah lagu latar semasa rancangan ‘Who Want To Be, A Millionaire’ (WWTBM)!

Dalam lamunan tersentak tersebut, anda telah didudukkan atas sebuah kerusi tinggi; mirip rancangan tersebut. Dihadapan anda terdapat sebuah konsol untuk memilih jawapan. Dan yang paling menghairankan anda ialah, hos rancangan tersebut masih lagi Datuk Jalaludin Hasan (DJH); tersenyum memandang anda yang sedang dalam kekeliruan dan terpinga-pinga.

Permainan pun bermula…

DJH: “Anda sudah bersedia dengan soalan terakhir?

Anda: “Ha?DJH: “Soalan ini bernilai, Satu juta (Ringgit Malaysia Satu Juta Sahaja – DUIT CONTOH).” Beliau terus berkata tanpa mempedulikan apa yang anda katakan.

Anda: “Ermmmm…..ok” Anda masih terpinga-pinga.


DJH: Sebelum saya mengemukakan soalan, terlebih dahulu saya perkenalkan selebriti-selebriti undangan kita.” Sambil mengucapkannya, anda melihat wanita penghidap HIV di kanan anda dan kanak-kanak dari rumah anak yatim di sebelah kiri.

Mata masing-masing kini tertumpu kepada kanak-kanak tersebut. Terkial-kial memanjat kerusi yang tinggi tadi. Anda cuba membantu mendukung kanak-kanak kecil itu tetapi dihalang oleh DJH.

DJH: “Minta maaf ya. Anda dilarang membantu kanak-kanak itu. Berkemungkinan akan timbul unsur rasuah. Dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda dipanggil oleh SPRM semata-mata hal berkenaan.

:AndaOoo.. ok

Mata masing-masing masih lagi tertumpu pada kanak-kanak tadi yang dari tadi tak lepas-lepas memanjat kerusi. Hendak atau tidak, DJH terpaksa bangun dan membantu kanak-kanak tersebut. Tercungap-cungap juga dibuatnya.

OK, lupakan kisah kanak-kanak dan DJH. Kita terus ke rancangan WWTBM.

DJH: “Saya ulangi soalan saya,anda sudah bersedia untuk menjawab soalan?

Anda:”Ermm, ya, sudah.

DJH: “Bagus. Begini. Disebelah kanan anda ialah Puan Sekian Sekian. Puan, sila kenalkan diri anda kepada peserta kita.

Puan SekianSekian: “Saya seorang penghidap HIV yang anda telah ketahui, bukan berlaku diatas kehendak saya. Saya dicabul kehormatan oleh abang saya sendiri. Saya telah dibuang keluarga dan kerja semata-mata kerana mereka mahu menjaga nama, maruah dan martabat. Saya juga terpaksa merempat. Saya melahirkan anak luar nikah hasil perlakuan binatang abang kandung saya dan kami Cuma dapat makan nasi seminggu sekali. Saya pernah terfikir untuk menggugurkan kandungan ini apabila mengetahui yang saya mengandung tetapi apabila saya fikirkan semula, saya manusia yang ada akal fikiran. Saya manusia yang bertamadun. Maknanya saya tahu yang saya takkan tergamak untuk membunuh bayi yang tidak bersalah ini. Saya tiada pekerjaan tetap dan terpaksa meminta sedekah untuk memberi makan kepada anak saya.
DJH kelihatan sugul dan air matanya bergenang. Anda berdehem untuk mengejutkan DJH.

DJH tersentak dari lamunan dan menyambung ayatnya.

DJH: “Anda telah mendengar luahan dari Puan SekianSekian. Sekarang, saya perkenalkan, di sebelah kiri anda ialah seorang kanak-kanak malang yang sangat memerlukan bantuan kewangan dan belas ehsan anda. Adik,sila kenalkan diri.

Anda: ‘Entah-entah….

Kanak-kanak:“Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh, saya daripada rumah anak-anak yatim sekian sekian ingin meminta derma bagi menampung anak-anak yatim disana dengan membeli barang-barang yang kami jual  untuk disedekahkan kepada pertubuhan anak-anak yatim disana, surah Yaasin RM3,balm cap ayam RM6,buku agama RM10,kalendar RM10,cd ceramah RM10”.

Anda bertiga terus menundukkan kepala. Masing-masing bercakap dalam hati, “Dah tak ada ayat lain ke budak ni nak cakap!

Selesai kanak-kanak tersebut memperkenalkan dirinya, DJH terus membuka soalannya kepada anda. (haaaaaaaaaaaa waktu inilah soalannya….)

DJH: “Anda hanya mempunyai RM5 di kocek kanan anda. Sekeping wang polimer yang kalau pada sesetengah orang lain,tiada nilainya. Tetapi nilai RM5 ni amat besar maknanya terutamanya kepada selebriti-selebriti pilihan kita pada hari ini. Wang tersebut mungkin anda boleh gunakan untuk membeli sebungkus nasi campur atau mungkin membeli cenderahati di kedai ‘Hedone’ RM5.

Tetapi pada kali ini, anda berniat untuk mendermakan wang tersebut kepada salah seorang daripada mereka berdua.

 

Andaikan anda tidak dapat membahagikan wang tersebut walau dengan apa cara sekalipun,Dan anda hanya boleh menderma kepada seorang sahaja. Kepada siapakah antara mereka berdua yang anda akan dermakan wang anda? Sila jawab…. Terima kasih.

p/s: watak-watak tadi hanyalah selingan dalam artikel yang dikeluarkan. Harap ia tidak mengganggu sesiapa sahaja samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
no image

Mesti Baca : Arah tuju sesebuah blog..

1. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca . Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat .

2. Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

3. Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta maupun membuka aib. Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog".

4. Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah.

5. Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredebiliti untuk dipercayai dan diyakini.

6. Kelima : Penulisan menggambarkan karektor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang , ceria , jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis . Lantaran itu , menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua.

7. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis.

8. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas . Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya.

9. Hati - hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas.

10. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa , jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan . Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik.

Pun begitu , sabarlah ! terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad , fitnah , kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah.
Kisah benar : Dirompak tapi sempat berdakwah

Kisah benar : Dirompak tapi sempat berdakwah

mohamad_sohail--300x450

Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2010.

Perompak itu masuk dengan memegang kayu besbol dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang.Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah.Sebenarnyasenapang itu tidak mempunyai peluru. 

48397715

Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan.

Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut."Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.

Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.

997421201

Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang salah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"

"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . "  

 


Firman Allah dalam surah al-Imran ayat ke-64, “Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:"Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”

 HIDAYAH ALLAH datang dalam pelbagai bentuk MASHAALLAH!
Melayu,tahun baru dan menabung.

Melayu,tahun baru dan menabung.


Selepas menyambut Maal Hijrah baru-baru ini, kita melangkah pula ke tahun baharu Masihi, 2011. Kalau Maal Hijrah kita diingatkan tentang hijrah, tahun Masihi pula kita diingatkan dengan pakaian anak sekolah. Itulah realiti orang Melayu di negara ini.
Walaupun orang lain turut sibuk menguruskan hal itu, namun orang Melayu lebih nampak serius. Bukan serius kerana terlalu mengambil berat hal pendidikan anak-anak tetapi, baru gelabah mencari wang. Ada yang mengharapkan wang zakat, harapkan bonus kerajaan dan belas kasihan orang ramai.
Kenapa orang Melayu tidak membuat persiapan awal dari awal tahun lagi? Miskin sangatkah orang Melayu sehingga soal pendidikan anak terpaksa mengharapkan kerajaan dan bantuan zakat dan orang ramai? Bayangkan kalau sebulan seseorang bapa atau ibu boleh menyimpan RM10 sudah tentu pada akhir tahun sudah ada RM120. Rasanya jumlah itu cukup untuk membeli baju dan kasut serta peralatan sekolah anak-anak.
Sepatutnya orang Melayu tidak susah kerana Allah selalu memerintahkan mereka dengan solat dan mengeluarkan zakat. Dua ibadah itu adalah pakej yang wajib diutamakan oleh umat Islam. Orang Melayu yang beragama Islam pasti taat perintah Allah lalu mereka akan menunaikan solat dan berzakat. Soalnya bolehkah orang miskin mengeluarkan zakat?
Terfikirkah kita kalau Allah perintahkan orang Islam mendirikan solat, dan menunaikan zakat, maka wajiblah ditunaikan. Jadi, bagaimana orang Islam atau orang Melayu boleh mengeluarkan zakat kalau mereka miskin. Maknanya secara tidak langsung Allah perintah kita supaya menjadi orang kaya yang masing-masing boleh mengeluarkan zakat. Bayangkan kalau semua orang Islam kaya, semua orang Melayu banyak wang, akan berlakukan senario yang disebut di atas?
Kalaupun kita tidak jadi kaya, setidak-tidaknya kita pandai berjimat berbelanja dan pandai menabung. Menabung di mana? Bukankah kita ada Tabung Haji, kita ada bank, kita ada syarikat saham dan kita boleh sertai koperasi. Tetapi berapa ramai yang menabung dalam syarikat tersebut? Memang terlalu sedikit.
Hakikatnya ramai orang Islam tidak sedar atau terlepas pandang bahawa mereka seharusnya menabung dan tempat yang paling sesuai buat masa ini ialah di dalam syarikat takaful. Kenapa? Ya, dengan menyimpan di dalam syarikat takaful, mereka secara langsung mendapat tiga manfaat. Pertama menyimpan sekali gus melabur,kedua melakukan kebajikan dengan menyumbang khairat kepada peserta lain, dan yang akhir mendapat perlindungan harta dan pendapatan.
Bayangkan kalau semua orang Melayu berbuat begitu, bila anaknya ingin memasuki universiti, wang itu boleh digunakan sehingga tamat pengajian. Apatah lagi kalau bapa-bapa anak-anak tersebut telah menabung secara khusus untuk mereka dalam takaful. Selepas tamat ijazah pertama, boleh disambung lagi untuk membuat master.
Inilah yang tidak pernah difikirkan oleh ibu bapa semasa anak mereka masih kecil. Bila ditanya, kenapa tidak mahu menabung semasa anak itu masih kecil, katanya masih awal lagi. Nanti besar tahulah apa yang hendak dilakukan. Yalah, kena pinjam PTPTN. Jadi, kita telah mengajar anak kita supaya berhutang sejak bersekolah lagi.
Betapa zalimnya kita,semasa muda tidak sedar hal ini. Kita biarkan anak kita dalam keadaan terpaksa pinjam PTPTN. Atas kesedaran inilah saya pada hari ini mengajak anda kalian agar menabung dengan takaful dari sekarang. Sayangilah anak-anak sebelum anda tiada.
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close