LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Mesti Baca : Arah tuju sesebuah blog..

1. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca . Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat .

2. Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

3. Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta maupun membuka aib. Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog".

4. Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah.

5. Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredebiliti untuk dipercayai dan diyakini.

6. Kelima : Penulisan menggambarkan karektor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang , ceria , jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis . Lantaran itu , menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua.

7. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis.

8. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas . Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya.

9. Hati - hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas.

10. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa , jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan . Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik.

Pun begitu , sabarlah ! terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad , fitnah , kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah.
Breaking News close button
Back to top

17 Comments

WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK!!!
Tertarik kata2 pujangga, “What you give,you get back”. Kata seorang rakan, didunia ini kita guna ‘hukum’ ni. apa yang kita buat pasti akan kena kembali kepada kita. Kalau kita tolong orang masa susah, insyaAllah orang tolong kita masa kita susah. Jika kita membuka aib orang, tak mustahil berjuta-juta orang berani membuka aib kita. Saat diri rasa hebat,rasa berkuasa, ingatlah kita masih ada Yang Maha Berkuasa. Sama2 kita muhasabah diri. Sama2 meletakkan rasa tawaduk dalam hati agar terhindar dari rasa besar diri,angkuh dan sombong!!
طُوْبىَ لِمَنْ شَغَلَهُ عَيْبُهُ عَنْ عُيُوْبِ النَّاسِ
Berbahagialah orang yang sibuk dengan kekurangannya sendiri sehingga tidak melihat kekurangan (kelemahan atau aib ) orang lain. HR. Bazzar
“Ya Allah.. Bimbing kami menjadi orang yang mampu menjaga aib orang lain sebagaimana orang lain menjaga aib kami..”

Jagalah aib saudara kamu supaya Allah menjaga aib kamu!!!~

Balas

Kadangkala kerana ingin menarik pembeca kita tidak sedar tentang pengisian entri blog kita...
Moga-moga ingatan ini dijadikan panduan...

Balas

Assalamualaikum.
Kalau nak buat blog tujuan aib kan seseorang, jgn lah. itu x elok kan.
tp masing2 ade hak masing2.
pk mane yg lebih baik.
keep it up
:)

Balas

jadikan peringatan kepada kita...terima kasih...

Balas

entri yg bguna utk blogger muslim semua..:))
thx:)

Balas

ye btul.prlu muhasabah diri dulu

Balas

sgt setuju !! saye taw sape yg dmaksudkn n xnk msuk cmpur hal ni....i wanna keep my blog suci dpd pkara camni..insyAllah...saye xkisah pn kalau xde pmbace...sbab buat blog pun suke2 je...thanx 4 da nice sharing...

Balas

terima kasih di atas peringatan ini :)

Follow kembarahadi

Balas

Ayat yang kita biasa dengar org sekeliling kita ckp hari2..hrap kita dijauhkan dr sikap mcm tu..

Balas

betul tu sy stuju. tp kita pun jgn lah buat benda2 yg boleh menyebabkan org rasa nak buka aib kita ;)

Balas

hermm betul betul. Bila baca entry nie, baru timbul kesedaran. Nice entry. Keep it up. :)

Balas

tak tahu la pasal buka aib org nie...tak sedar atau kurang ilmu atau sengaja...

Balas

bagus entry ney..pringatan utk sume bloggers..minta dijauhi..

Balas

like dis entry t'utama keyword aib....thank ya..memperingatkan..

Balas

tq..hadi, bagus entri ini dapat ingat mengingati

Balas

bagus la 2... ;)

Balas

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Show EmoticonHide Emoticon

HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close