LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Who Wants to be a Millionaire edisi BLOGGER.

Assalamualaikum, aku ada satu gurindam yang memerlukan kepada sedikit pemahaman dan penelitian serta pemikiran kritis…

                            (situasi la dulu… lepas tu baru soalannya ya!)

Anda sedang memandu masuk ke  sebuah stesen minyak untuk menyuap rezeki kepada kenderaan anda.Selesai membayar harga minyak yang semakin melambung-lambung ketika ini, anda terus menuju ke kenderaan anda dan giat menekan nozel.

Semasa anda sedang giat dengan tabiat semua manusia di dunia yang mempunyai kenderaan bermotor itu, anda didatangi oleh seorang wanita yang bukan sebangsa dan seagama dengan anda sambil membawa sebuah fail berwarna biru ‘Cobalt’ yang sedikit lusuh.


Anda perasan wanita itu menghampiri anda dan anda cakap dalam hati, “Mai daahh, mai daaahhh!” tetapi anda buat-buat terperanjat apabila disapa wanita berkenaan.

Encik, boleh tolong saya?” Tanya wanita tadi.
Tolong apa?
Saya ni orang susah,

Wanita tersebut menyatakan tentang perihal hidupnya pada anda sambil membuka satu helaian dalam failnya tadi. 


Pada helaian itu, terdapat satu keratan akhbar tentang dirinya yang diwawancara oleh seorang wartawan akhbar terkemuka tempatan berarus perdana. Anda mengambil fail tersebut dan buat-buat prihatin untuk membacanya. Dalam artikel tersebut terdapat beberapa  perkara yang mungkin (macam tidaklah tapi mana tahu jika ada kemungkinan) menyentuh hati anda, seperti :-


- Wajah wanita tersebut dan gambar pada keratan akhbar tersebut adalah sama maka dengan rasminya wanita tersebut tidak menipu.

- Dia menceritakan bagaimana dia telah dirogol oleh abang kandungnya yang mempunyai HIV positif dan kemudiannya berjangkit kepadanya.

- Selepas disahkan menghidap AIDS, dia dibuang keluarga kerana malu kepada ahli keluarga dan saudara-mara yang rata-rata berkedudukan (tidak pula ditulis didalam artikel tersebut nasib abang kandungnya yang bernafsu serakah tersebut) – untungnya dia jadi lelaki – binatang haram!!!! (ehemm maaf, penulis terasa untuk meluahkan perasaannya sekejap)

- Syarikat (kilang pengeluar minuman ringan) tempatnya bekerja memecatnya kerana reputasi mereka rosak akibat daripada wawancara berkenaan

- Wanita tersebut melahirkan anak hasil rogolan abangnya dan menyaranya seorang diri di sebuah bilik kecil di belakang rumah seorang kenalan yang kasihankannya dengan hanya RM100 sebulan.

- Kini, wanita tersebut tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kadangkala terpaksa mengutip tin kosong, kotak dan sampah untuk menyara anaknya yang juga telah disahkan menghidap HIV positif seperti dirinya yang malang.

- Dia tiada pilihan selain memberi anaknya minum air paip sahaja ketika lapar atau menyuapkan sedikit nasi yang selalunya hanya dapat dibeli paling kerap adalah tiga kali seminggu.

Selepas anda selesai membaca artikel tersebut, Sudah tentulah anda ingin memulangkannya kepada wanita tadi, betulkan? Jadi, anda pulangkan fail tadi. Wanita tersebut menunjukkan muka yang sangat mengharapkan belas kasihan.

sedekah3

Tidak sampai 10 saat selepas anda membaca keratan akhbar tersebut, datang pula seorang kanak-kanak yang bakal menjadi remaja mungkin dalam beberapa bulan lagi. Dia datang dengan sebuah beg kain bersaiz 50’x 30 di tangan kanannya dan sebatang pen serta resit di tangan kirinya. Dan anda pun menyanyi lagi di dalam hati,,

Dia datang! Teng teng teng!

Kemudian anda akan mendengar dia membuka kata dengan permintaannya yang panjang dalam satu nafas,,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh, saya daripada rumah anak-anak yatim sekian sekian ingin meminta derma bagi menampung anak-anak yatim disana dengan membeli barang-barang yang kami jual  untuk disedekahkan kepada pertubuhan anak-anak yatim disana, surah Yaasin RM3,balm cap ayam RM6,buku agama RM10,kalendar RM10,cd ceramah RM10”.

Mata anda terkebil-kebil melihat kanak-kanak tersebut. Bukan calang-calang orang boleh bercakap sedemikian banyak perkataannya dalam senafas. Silap-silap haribulan, besar nanti senang nak akad nikah! Dan anda pun membuka mulut pula, “Ermm, apa dik?”. Luluh jantung budak tu bila dengar anda tanya soalan tersebut. Namun dia tidak patah semangat. Dia pun mencuba lagi.

Tetapi kali ini wajahnya agak kelat dan ketat. Matanya dikecilkan sedikit. Dan biasanya begitulah saiz anda di depan matanya ketika itu. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh, saya daripada rumah anak-anak yatim sekian sekian ingin meminta derma bagi menampung anak-anak yatim disana dengan membeli barang-barang yang kami jual  untuk disedekahkan kepada pertubuhan anak-anak yatim disana, surah Yaasin RM3,balm cap ayam RM6,buku agama RM10,kalendar RM10,cd ceramah RM10”.
Anda masih terkebil-kebil tapi tak berani nak suruh kanak-kanak tersebut mengulangi soalannya. Takut-takut akan di ‘karate’ nya nanti. Jadi anda pun pura-pura mengambil kisah.

Apa lagi yang adik jual?

Tu je pakcik(kalau anda wanita,bacalah makcik).” Jawab kanak-kanak tersebut ringkas.

Pakcik kau panggil aku!’ Anda mencebik didalam hati. ‘Punyalah aku sental SK II tiap-tiap hari, pakcik dipanggilnya aku ni!” Anda mencebik lagi.

Anda terfikir untuk membeli Surah Yaasin; harga paling murah dikalangan barang-barang lain yang dijualnya. Itupun kalau anda beli, entah kurun ke berapa anda akan membuka makalah tersebut.

Anda menyeluk saku kiri dan kanan. Seluk ke saku kiri, kering kontang. Sama keringnya seperti beg duit anda. Kemudian, anda menyeluk saku di belah kanan pula. Terasa seperti sehelai polimer yang berlipat dua! Anda tahu, itu adalah wang bernilai RM5.

Anda ingin mengeluarkan wang tersebut dan membeli surah Yaasin. Tetapi, anda baru perasan. wanita yang berpenyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit tersebut masih di hadapan anda.

Anda tersekat ditengah-tengah keikhlasan anda untuk beramal; untuk beriman dan beribadah sepertimana dituntut agama anda supaya anda selalu membantu golongan yang lebih memerlukan dari anda.

Tiba-tiba dunia anda menjadi gelap gelita. Tiba-tiba ada lagu ‘back ground’ yang datang seiringan. Lagu tadi tak lain tak bukan ialah lagu latar semasa rancangan ‘Who Want To Be, A Millionaire’ (WWTBM)!

Dalam lamunan tersentak tersebut, anda telah didudukkan atas sebuah kerusi tinggi; mirip rancangan tersebut. Dihadapan anda terdapat sebuah konsol untuk memilih jawapan. Dan yang paling menghairankan anda ialah, hos rancangan tersebut masih lagi Datuk Jalaludin Hasan (DJH); tersenyum memandang anda yang sedang dalam kekeliruan dan terpinga-pinga.

Permainan pun bermula…

DJH: “Anda sudah bersedia dengan soalan terakhir?

Anda: “Ha?DJH: “Soalan ini bernilai, Satu juta (Ringgit Malaysia Satu Juta Sahaja – DUIT CONTOH).” Beliau terus berkata tanpa mempedulikan apa yang anda katakan.

Anda: “Ermmmm…..ok” Anda masih terpinga-pinga.


DJH: Sebelum saya mengemukakan soalan, terlebih dahulu saya perkenalkan selebriti-selebriti undangan kita.” Sambil mengucapkannya, anda melihat wanita penghidap HIV di kanan anda dan kanak-kanak dari rumah anak yatim di sebelah kiri.

Mata masing-masing kini tertumpu kepada kanak-kanak tersebut. Terkial-kial memanjat kerusi yang tinggi tadi. Anda cuba membantu mendukung kanak-kanak kecil itu tetapi dihalang oleh DJH.

DJH: “Minta maaf ya. Anda dilarang membantu kanak-kanak itu. Berkemungkinan akan timbul unsur rasuah. Dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda dipanggil oleh SPRM semata-mata hal berkenaan.

:AndaOoo.. ok

Mata masing-masing masih lagi tertumpu pada kanak-kanak tadi yang dari tadi tak lepas-lepas memanjat kerusi. Hendak atau tidak, DJH terpaksa bangun dan membantu kanak-kanak tersebut. Tercungap-cungap juga dibuatnya.

OK, lupakan kisah kanak-kanak dan DJH. Kita terus ke rancangan WWTBM.

DJH: “Saya ulangi soalan saya,anda sudah bersedia untuk menjawab soalan?

Anda:”Ermm, ya, sudah.

DJH: “Bagus. Begini. Disebelah kanan anda ialah Puan Sekian Sekian. Puan, sila kenalkan diri anda kepada peserta kita.

Puan SekianSekian: “Saya seorang penghidap HIV yang anda telah ketahui, bukan berlaku diatas kehendak saya. Saya dicabul kehormatan oleh abang saya sendiri. Saya telah dibuang keluarga dan kerja semata-mata kerana mereka mahu menjaga nama, maruah dan martabat. Saya juga terpaksa merempat. Saya melahirkan anak luar nikah hasil perlakuan binatang abang kandung saya dan kami Cuma dapat makan nasi seminggu sekali. Saya pernah terfikir untuk menggugurkan kandungan ini apabila mengetahui yang saya mengandung tetapi apabila saya fikirkan semula, saya manusia yang ada akal fikiran. Saya manusia yang bertamadun. Maknanya saya tahu yang saya takkan tergamak untuk membunuh bayi yang tidak bersalah ini. Saya tiada pekerjaan tetap dan terpaksa meminta sedekah untuk memberi makan kepada anak saya.
DJH kelihatan sugul dan air matanya bergenang. Anda berdehem untuk mengejutkan DJH.

DJH tersentak dari lamunan dan menyambung ayatnya.

DJH: “Anda telah mendengar luahan dari Puan SekianSekian. Sekarang, saya perkenalkan, di sebelah kiri anda ialah seorang kanak-kanak malang yang sangat memerlukan bantuan kewangan dan belas ehsan anda. Adik,sila kenalkan diri.

Anda: ‘Entah-entah….

Kanak-kanak:“Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh, saya daripada rumah anak-anak yatim sekian sekian ingin meminta derma bagi menampung anak-anak yatim disana dengan membeli barang-barang yang kami jual  untuk disedekahkan kepada pertubuhan anak-anak yatim disana, surah Yaasin RM3,balm cap ayam RM6,buku agama RM10,kalendar RM10,cd ceramah RM10”.

Anda bertiga terus menundukkan kepala. Masing-masing bercakap dalam hati, “Dah tak ada ayat lain ke budak ni nak cakap!

Selesai kanak-kanak tersebut memperkenalkan dirinya, DJH terus membuka soalannya kepada anda. (haaaaaaaaaaaa waktu inilah soalannya….)

DJH: “Anda hanya mempunyai RM5 di kocek kanan anda. Sekeping wang polimer yang kalau pada sesetengah orang lain,tiada nilainya. Tetapi nilai RM5 ni amat besar maknanya terutamanya kepada selebriti-selebriti pilihan kita pada hari ini. Wang tersebut mungkin anda boleh gunakan untuk membeli sebungkus nasi campur atau mungkin membeli cenderahati di kedai ‘Hedone’ RM5.

Tetapi pada kali ini, anda berniat untuk mendermakan wang tersebut kepada salah seorang daripada mereka berdua.

 

Andaikan anda tidak dapat membahagikan wang tersebut walau dengan apa cara sekalipun,Dan anda hanya boleh menderma kepada seorang sahaja. Kepada siapakah antara mereka berdua yang anda akan dermakan wang anda? Sila jawab…. Terima kasih.

p/s: watak-watak tadi hanyalah selingan dalam artikel yang dikeluarkan. Harap ia tidak mengganggu sesiapa sahaja samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Breaking News close button
Back to top

21 Comments

as salam..
um,sshnye nk buat plhn antra dua tue .
dua² prlukn bntuan..

Balas

:)...ssh gx nk buat plhn...
jwpn sy...sy pilih utk kasi duet tue pd prmpuan td...sbb dy xder ...
pekerjaan...tp kanak2 tue dy ada benda nak jual n dptkan duet...~
b0leyh x?..hee:)

Balas

nak buat keputusan biar adil dan saksama... tak payah bagi, masuk poket sendirila... hehehehe..

Balas

kt dunia ni, kta x bleh lri dr pilihan..pilhn tu la yg akn mnentukn nasib kta kelak. jd sbaik baik plihan adalah beristikarah :) or berdoa kpdNya

Balas

huhuhuhu... tak tahu nak pleh sape... keliru yang mane lebih penting dan lebih memerlukan pertolongan.. sometime kita juga memikirkan diri sendiri dan bertindak untuk pentingkan keperluan diri dahulu...
tak tahu jawapan yang tept.. tak leh nak jadi mlnre laaa.. huhuhu

Balas

hekeleh...apa susah...senang jer nak jawab.

ehem2....tenang2 jangan glojoh nak taw jawapan haku...

ok. first skali, beli dulu buku yasin tersebut...maka anak yatim tu akan dapat duit.

then, bagi buku yasin tersebut kat pompuan tu plak...maka pompuan tu leh baca yasin...kan dia sakit...dapat tambah pahala seblom meninggal.

lastly balen 2 ringgit tadi, kasi kat diri sendiri...maka diri sendiri dapat beli nasi lemak n air kosong...kenyang perut.

ketiga2 orang dapat manfaat.

Tikus Gergasi Makan Bayi

Balas

waaa , kagum dgn anda . pnjng betol entry :)

Balas

assalamualaikum. kalau betoldy dlm, kesusahan x slh tolong. tp kalau tpu tu,kena pk 2x.pnjg nyer entry.

Balas

hmm . berdoa untuk kesejahteraan mereka demi menjaga hati masing2 :))

Balas

kalau ikut hati nak bagi pada perempuan tu..
tp kalau nk adil..tak payah bagi dua2..hihih

Balas

ahha ,.
apELHA ..
ta tauk na pilih yang mne ,.
tapy SAYE mmg suke nan situasi uh .
klaka betul .

peace !
:D

Balas

pendapat sama macam nohkodiang just nak ubah sikit.. 5 enget tu beli yassin, then ade baki lagi 2 enget... bagi at prmpuan malang tu+yassin tersebut.. tujuannya nak tunjuk at perempuan tu bahawa semua ujian dtgnya dr ALLAH,, DIA tau apa yg terbaik tok hambanya.. so kite as hambanya kene berusaha,, selepas berusaha tawakal... cakap memg senag an?? huhuhuhu.. hopefully jawapan ni dpt di terima :)

Balas

kalo beli yassin tuh then ada balance rm2, sedekah kat pompuan tuh, boleh tak camtuh? hehe.

Balas

ala klu pecahkan je duet tu dekat kedai2 berdekatan then bahagi sama rata..dua2 pun bole dpt.. :)

Balas

Kalaw bley nak bg both tp kalaw kena pilih, bagi kt pempuan HIV, sbb jumpa pempuan tu dulu. :)

Balas

hadoi susahnya nak buat pilihan ! :((

Balas

eh? tak de penyelesaian rupanya...
susah nk buat penyelesaian nie... mgkn dia bleh beli surah yasin RM3 pastu lebih RM2 tu bagi kat wanita tu. hehehe kalau ada RM1 lagi dalam poket, hulurkan kat wanita tu...

Balas

xtau lah yang mane satu nak pilih! haishh..pening2...

Balas

harrazdani - saya akan beli yassin dari budak tu dan derma selebihnya kepada perempuan td...

Balas

hmm...bli surah yassin tu rm 3...
balance rm 2 bagi kt pempuan tu..
disebabkan surah yaasin dh adda kt umah..
so bgla gak surah yassin kt pmpuan tu..
kalu terbawa lbih al-mathurat bg la al mathurat sekali..
sebab al mathurat tu mendtgkn rezeki n menolak kepapaan..
mcm cerita la plak

Balas

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Show EmoticonHide Emoticon

HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close