LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Bintang-Bintang Bola Sepak Dunia Yang Beragama Islam

Bintang-Bintang Bola Sepak Dunia Yang Beragama Islam

Sukan - lebih-lebih lagi bola sepak lazimnya melepasi sempadan agama dan bangsa. Malah,dalam banyak keadaan ia juga menjangkaui sempadan politik dan bangsa.

Atas sebab itulah apabila bercakap tentang bintang-bintang sukan,khususnya di peringkat antarabangsa,kita jarang peduli pada agama atau bangsa keturunannya. Kerana itu juga kita mungkin tidak menyedari bahawa selain Zinadine Zidane, bekas kapten pasukan Perancis yang pernah di nobat sebagai pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali itu serta Mesut Ozil (Jerman), Samir Nasri (Perancis) dan beberapa orang lain ramai lagi di kalangan bintang-bintang bola sepak kelas satu dunia beragama islam.

Zinadine Zidane


Tidak ramai juga yang tahu bahawa dua adik beradik handalan yang pernah mewakili pasukan Perancis, Lilian dan Henry Thuram beragama Islam.

Berikut ialah senarai sebahagian daripada nama-nama besar dalam arena bola sepak antarabangsa yang beragama Islam :

Gai Yigaal Assulin - bekas pemain tengah Manchester City yang pernah beraksi di kelab Barcelona. Merupakan warga negara Israel,  tetapi bapanya berasal dari Libya.

Gai Yigaal Assulin

Nicolas 'Bilal' Anelka - bekas pemain Perancis dan penyerang Chelsea. Sering dilihat mengunjungi masjid Manchester.

Nicolas 'Bilal' Anelka


Bruno Metsu - bekas jurulatih pasukan Senegal dan Qatar. Beliau memeluk Islam semasa berada di Senegal.
Bruno Metsu

Franck Ribery - memeluk Islam pada tahun 2002 dan berkahwin dengan seorang gadis arab.

Franck Ribery

Phillipe Troussier - bekas pemain Perancis yang terkenal dan pernah melatih pasukan Jepun. Kini menetap di Maghribi dan menggunakan nama Omar, manakala isterinya Dominique menggunakan nama Aminah.

Phillipe Troussier

George Weah - bekas pemain terkenal Liberia. Lahir sebagai Islam dan bersekolah agama, tetapi dilaporkan memeluk Kristian bagi mengambil hati nenek yang membesarkannya. Kemudian kembali memeluk Islam. Kini seorang aktivis politik dan kemanusiaan.

George Weah

Zlatan Ibrahimovic - Penyerang kesayangan pasukan Sweden. Bapanya seorang Islam dari Bosnia manakala ibunya penganut Katholik dari Croatia.

Zlatan Ibrahimovic

Frederick Kanoute - bekas pemain Mali yang banyak beraksi dalam liga-liga utama Eropah. Sering dilihat membaca doa kesyukuran selepas menjaringkan gol. Membeli sebuah masjid di Seville untuk kegunaan umat Islam di sekitarnya.

Frederick Kanoute

Rami Shaaban - bekas penjaga gol Arsenal yang pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Sweden.

Rami Shaaban

Khalid Boulahrouz - pemain pertahanan pasukan Belanda yang digelar Khalid der Kannibale (The Cannibal) kerana keupayaannya 'meratah' serangan lawan.

Khalid Boulahrouz

Armand Traore - bekas pemain Arsenal yang kini beraksi untuk Queen Park Rangers. Kerap di lihat berdoa sebelum memulakan aksi di padang.

Armand Traore

Nacer Barazite - pemain kebangsaan Belanda yang juga beraksi untuk kelab Morocco.

Nacer Barazite

Lassana Diarra - pemain Perancis dan Real Madrid yang di segani.

Lassana Diarra

Selain nama-nama di atas, turut berada dalam senarai pemain bola sepak antarabangsa yang beragama Islam ialah Mesut Ozil,Nordin Amrabat, Hatem Ben Arfa, Zesh Rehman, Bakari Sagna, Ibrahima Sonko, Kolo Toure,Sulleyman Ali Muntari, Didier Domi, Phillipe Christanval, Peter Luccin, Eric Abidal, Solomon Kalou, Nathan Ellington, Lee Hughes, Samir Khedira, adik beradik Ayew (Andre, Abdrul Rahim, Imani, Jordan) serta bapa mereka Abedi Pele dan ramai lagi.
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close