LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Airmata Mike Tyson Tumpah Di Raudhah

Airmata Mike Tyson Tumpah Di Raudhah

“ANGKAT kotak tu!” jerkah sekumpulan remaja lelaki.

Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.

Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana. Pelatih tinju terkenal, Cus D’Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan.


Tanggal 22 November 1986, Tyson berusia 20 tahun meraih gelaran juara kelas berat apabila dapat menjatuhkan pihak lawannya, Trevor Berbick. Ini menjadikan beliau sebagai juara dunia berat termuda di dunia.

Kerjaya Tyson terjejas apabila dibabitkan dengan kes jenayah seksual terhadap peserta Miss Black America 1991, Desiree Washington pada 10 Februari. Beliau dijatuhkan hukuman dipenjarakan selama tiga tahun.

Belajar Islam di penjara

Berita Tyson dimasukkan penjara di Indiana menjadi tumpuan umum. Tatkala itu terdetik di hati sukarelawan, Muhammed Sadiq berkata, ‘mungkin ALLAH dah rancang untuk Tyson belajar dengannya tentang Islam’.

Muhammed pernah memberi nasihat yang berbekas di hati Tyson: “Walaupun anda di dalam penjara, tetapi dunia di luar sana adalah penjara yang sebenar. Ia adalah mudah mengamalkan Islam di dalam penjara berbanding di dunia yang penuh dugaan dan godaan, mampu membelenggu kita yakni perlu mencari perlindungan melalui Islam.”

Bagi Tyson, masuk penjara tidaklah seburuk disangka. Malah beliau dapat mengenali Islam, belajar al-Quran. berpuasa ketika Ramadan, mempelajari agama itu lebih mendalam serta mengamalkannya di sana.

Selepas keluar penjara pada 1995, Tyson mengumumkan keislamannya yang dipelajari selama di penjara dan nama barunya, Malik Abdul Aziz. Selepas menjadi Muslim, Tayson dilihat lebih lebih tenang, bersederhana dan menghormati.

Pada November 1996, beliau kembali beraksi di gelanggang tetapi dikalahkan Evander Holyfield. Insiden Tyson menggigit telinga Holyfield pada pertarungan Jun 1997 menyebabkan beliau didenda sebanyak RM9.9 juta. Kehidupan Tyson diuji lagi apabila mengalami bankrap dan kariernya semakin malap sehingga memaksanya untuk bersara pada 2005.

Pada 2 Julai 2010, menjadi detik bersejarah buat Tyson apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah yang diatur CDA, dengan ditemani presidennya, Shazad Mohammad. Pada masa sama kehadiran beliau turut menjadi tarikan pengunjung di sana. Beliau berharap peminat membiarkannya bersendirian untuk menjalani ibadah dengan penuh penghayatan.


Doa setiap hari

Bertubuh gagah, berwajah serius dan tangkas di gelanggang, tetapi bila Tyson dengan hanya berpakaian ihram di berada di Taman Raudah, Masjid Nabawi Madinah, hatinya mula meruntun. Selepas 10 tahun memeluk Islam, barulah beliau menjadi tetamu ALLAH.

“Saya tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu saya berada di dalam satu daripada taman syurga.

“Insya-ALLAH, ALLAH akan merahmati saya untuk berada di jalan yang benar,” katanya yang berada di Taman Raudhah beberapa jam untuk bersolat, mengaji al-Quran dan berzikir.

Beliau akui sangat takutkan ALLAH kerana banyak kesalahan dalam hidup dan mengenangkan neraka kerana dosanya. Oleh itu beliau berdoa memohon ampunan ALLAH setiap hari.

Menurut Shahzad, Tyson menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Rasullah SAW untuk mengucapkan salam sambil mengangkat tangan.


Di Tanah Suci, Tyson turut terpesona dengan kawanan merpati dan sempat memberi makan kepada haiwan kesukaannya itu. Ini mengimbas kenangan ketika usianya 10 tahun, sanggup mencuri wang untuk membeli merpati menjadi peliharaannya.

Tyson mempunyai lapan anak melalui tiga perkahwinan. Anak perempuannya, Exodus, 4, meninggal dunia pada 2009. Kini Tyson menjalani kehidupan berkeluarga bersama isterinya, Lakiha Spicer, dan anak-anaknya di Las Vegas.

“Saya kini gembira bersama keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana lagi. Setiap hari saya menunggu anak pulang dari sekolah,” katanya.
Koyak Al-Quran Ketika Perlawanan Bola Sepak Antara Middlesbrough Dengan Birmingham City

Koyak Al-Quran Ketika Perlawanan Bola Sepak Antara Middlesbrough Dengan Birmingham City

Dua peminat kelab bola sepak Middlesbrough telah ditangkap kerana tuduhan mengoyak Al-Quran semasa pertandingan bola sepak antara Birmingham City dengan Middlesbrough. Hasil siasatan polis mendapati ia dilakukan disebabkan kebencian.

"Kami mengesahkan bahawa dua orang telah ditangkap dari menghadiri pertandingan, " kata jurucakap FC Middlesbrough dalam sebuah kenyataan yang dilaporkan oleh Birmingham Mail pada hari Ahad, 15 Disember.

Siasatan tersebut melibatkan polis dan pengurusan Middlesbrough Football Club keatas tuduhan adanya peminat Middlesbrough yang terlibat dalam kejahatan perkauman anti Islam.

kes in terdedah apabila sebuah berita online melaporkan terdapat " minoriti " peminat Middlesbrough mengoyak salinan Al-Quran ketika kelab tersebut seri 2-2 dengan Birmingham pada Sabtu lalu.

"Kami telah mencari sisa kertas (Al-Quran) yang ketika ini sedang disiasat. Kami tidak akan membuat spekulasi tentang isi kandungannya sehingga siasatan selesai , " tambahnya .

Seorang jurucakap Middlesbrough FC mengatakan kelab melaksanakan "dasar toleransi sifar" terhadap semua bentuk diskriminasi.

Dia menambah, "kelab adalah penyokong kuat pada janji bola sepak untuk membasmi segala bentuk perkauman".
Ahli Parlimen Muslim Perry Barr Khalid Mahmood
Semasa proses penyiasatan polis, ahli parlimen Muslim Perry Barr Khalid Mahmood berkata pelaku harus dihukum atas hasutan untuk kebencian agama.

"Jika tuduhan ini terbukti maka pelaku harus dikenakan tindakan tegas dan dikenakan dengan akta hasutan , " katanya.

"Ini memalukan untuk menyebarkan kebencian di sebuah daerah seperti Bordesley Green yang mempunyai penduduk Muslim yang ramai dengan cara menghasut orang-orang seperti ini. "

Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam

Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam

Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam - Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.



LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198

(1) mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236

(1)mana-mana orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.

(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yang mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.

(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69.

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR

BALIGH. 70

Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)

(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka :
kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
-kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut
-kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun

Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.

Pengecualian :
-pesalah 15 tahun kebawah atau tidak siuman…
-pemilik tak jaga keselamatan barang
-pencuri bayar sikit, kemudian lari….
-bende curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
-bende curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
-pencuri curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai tidak lebih)
-keadaan memaksa : bencana alam, perang
-isteri curi dari suami atau sebaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…

Untuk pengetahuan orang Indonesia/Malaysia/Singapura.

*Muhsan bermaksud yang sudah kawin dan pernah ‘berprojek’….
Ozil selalu Baca Ayat Quran sebelum Perlawanan

Ozil selalu Baca Ayat Quran sebelum Perlawanan

Bintang Arsenal, Mesut Ozil, mengakui selalu membaca ayat-ayat Quran sebelum perlawanan bermula. Selain puasa, pemain asal Jerman itu mengaku rajin membaca kitab suci Al-Quran.

Dilaporkan Daily Star,Ozil mengatakan kebiasaan itu diakuinya sudah lama dia lakukan.

Ozil, yang meninggalkan Real Madrid awal musim ini, seorang muslim. Sebagai muslim, membaca Al-Quran adalah perkara yang diwajibkan.



"Saya selalu membaca ayat-ayat Al Quran sebelum perlawanan bermula. Perkara ini membuat saya lebih fokus dalam menjalani pertandingan," kata Ozil, pada Daily Star.

Selain membaca ayat-ayat Al Quran, Ozil juga selalu berdoa di lapangan hijau sebelum kick-off. Hal itu juga dilakukannya sewaktu Arsenal berkunjung ke Old Trafford menghadapi Manchester United minggu lalu.

Ozil mengatakan tidak boleh ada yang menggangu dirinya waktu dia melakukan amalan tersebut.

"Saya juga selalu berdoa dan rakan sepasukan tahu mereka tidak boleh menggangu saya pada waktu itu" pemain asal Jerman itu menjelaskan.

Yang menarik, pemain berusia 25 tahun itu turut mengakui juga selalu membaca ayat-ayat Al Quran ketika  lagu kebangsaan Jerman dinyanyikan.
Sejarah Perang Ahzab / Perang Khandak (Parit)

Sejarah Perang Ahzab / Perang Khandak (Parit)

Perang Ahzab (bahasa Arab: غزوةالاحزاب) atau Perang Khandaq (Arab: غزوةالخندق) ini telah berlaku pada bulan Syawaltahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi. Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur’an di dalam Surah Al-Ahzab.



Pengepungan menjadi ‘pertarungan kepintaran’ dalam mana Muslim secara taktikal mengalahkan musuh mereka sambil hanya mengalami korban kecil. Usaha bagi mengalahkan orang Islam gagal, dan agama Islam bertambah berpengaruh di rantau itu. Ekoran itu, tentera Muslim mengepung pula penempatan suku Bani Quraizah, yang membawa kepada penyerahan kalah mereka.

Kekalahan dalam Perang Khandaq menyebabkan Quraisy hilang perdagangan serta darjat mereka.

Marilah bersama menghayati sirah Rasulullah s.a.w dalam peperangan Ahzab. Tanggal 7 Syawal 5 Hijrah menyaksikan peristiwa Perang Ahzab berlaku setelah kesedihan menimpa kaum Muslimin, akibat keguguran ramai para syuhada didalam Peperangan Uhud.

Perang Ahzab atau Khandak adalah perang yang mengumpulkan 10,000 orang tentera musyrikin dari sekitar tanah arab untuk memerangi Madinah. Jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada bilangan penduduk madinah termasuk anak-anak, wanita-wanita dan golongan tua.

Apabila mengetahui keadaan tersebut Rasululullah s.a.w telah bermesyuarat dan telah mengambil idea bernas daripada Salman Al-Farisi untuk menggali parit di bahagian Utara Madinah. Bahagian lain di sekeliling Madinah dikelilingi oleh gunung-gunung dan kebun-kebun kurma menyukarkan kaum musyrikin memasuki kota Madinah.

Setelah sempurna penggalian tersebut maka seperti yang dijangka sebuah ketumbukan besar musyrikin Quraisy bergabung dengan kaum-kaum musyrikin di sekitar Mekah muncul di hadapan parit tersebut. Di sini dapat diringkaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh orang Musyrikin untuk menyeberangi parit itu tidak berjaya. Peperangan terbatas hanya dengan melepaskan anak panah. Walaupun begitu terdapat enam orang dari pihak muslimin dan 10 orang dari pihak musyrikin yang terbunuh.

Dalam keadaan yang tegang itu, Bani Quraizah iaitu kaum Yahudi yang tinggal di Madinah telah dihasut oleh Huyai bin Akhtab untuk memerangi kawasan tempat tinggal di Madinah yang didiami oleh wanita-wanita dan anak-anak kecil. Mereka telah melanggar janji mereka dengan Rasulullah s.a.w dengan membuat keputusan tersebut.

Beberapa orang Yahudi dilihat cuba menyusup masuk untuk menyerang dari belakang. Walaupun begitu dengan keperwiraan yang ditunjukkan oleh Shafiyyah binti Abdul Muthalib, beliau berjaya membunuh mereka dan Bani Quraizah yang melihat dari jauh menjangka Rasulullah juga telah meletakkan askar pertahanan dari belakang. Keadaan menjadi selamat seketika. Keadaan sedemikian menyebabkan mereka hanya menyediakan makanan kepada tentera-tentera Quraisy.

Setelah mendengar berita yang merungsingkan tersebut Rasulullah s.a.w telah menghantar wakilnya untuk mencari kebenaran tentang peristiwa tersebut. Apabila ternyata kesahihan berita tersebut berita ini tersebar dalam kalangan tentera yang menjaga di barisan hadapan. Kemudian sebahagian daripada tentera memohon izin untuk pulang mempertahankan anak-anak dan isteri mereka di rumah.

“Allahuakbar bergembiralah wahai orang-orang muslimin dengan kemenangan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.” Sabda baginda setelah diam seketika. Rasulullah s.a.w merancang untuk menghantar beberapa pasukan untuk menjaga di barisan belakang dan menghantar beberapa pasukan untuk mengucar-kacirkan tentera musyrikin di barisan hadapan.

Namun rancangan Rasulullah s.a.w tidak diterima oleh beberapa orang Sahabat setelah Rasulullah s.a.w memberitahu rancangan ini adalah pendapatnya dan bukan wahyu daripada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T telah membuat keputusan yang sekaligus menghina dan memecahbelahkan musuh dengan mendatangkan Nua’im bin Mas’ud.

Beliau adalah seorang yang berpengaruh dalam kalangan Bani Quraizah dan orang musyrikin Quraisy. Beliau menyatakan keislamannya di hadapan Rasulullah s.a.w dan bersedia membantu untuk memecahbelahkan tentera musyrikin.

Setelah Rasulullah s.a.w menyerahkan cara dan strategi memecahbelahkan mereka kepada Nua’im maka beliau telah melaga-lagakan antara Bani Quraizah dan Bani Quraisy. Setelah mengetahui bahawa barisan mereka telah berpecah belah, mereka telah hilang semangat untuk berperang memandangkan khuatir berlaku peperangan sesame sendiri dan tiada kesatuan antara mereka. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w dan para sahabat berdoa kepada Allah dengan penuh keikhlasan agar pasukan musuh dikalahkan.

Akhirnya Allah S.W.T menurunkan para malaikat yang datang berupa angin taufan mencabut semua khemah-khemah musuh memporak-perandakan gerakan mereka. Allah S.W.T juga mengirimkan malaikat yang menyusupkan perasaan takut di pihak musuh. Rasulullah s.a.w menghantar wakil untuk melihat keadaan musuh dan ternyata tiada seorangpun dalam kalangan mereka yang tinggal melainkan kesemuanya telah melarikan diri ke Mekah.

Peperangan ini telah bermula pada 5 Syawal dan telah berlangsung selama sebulan. Perang Ahzab bukanlah peperangan yang membawa kepada kerugian dan keuntungan melainkan ia adalah perang saraf semata-mata. Tiada pertempuran yang hebat antara kedua belah pihak.

Namun dalam catatan sejarah Islam ini adalah peperangan yang sangat tegang, yang berakhir dengan kekalahan di pihak musyrikin. Peperangan ini memberi petunjuk bahawa sebesar manapun kekuatan ketenteraan yang ada pada negara arab tidak sanggup untuk melawab kekuatan kecil yang sedang mekar di bumi Madinah.

Disebabkan hal ini Rasulullah s.a.w bersabda “Sekarang kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yang akan mendatangi mereka.”
Doktor termuda di dunia dari Palestin

Doktor termuda di dunia dari Palestin

Ismail Haniyah sangat menghormati Eqbal Asa'd. Siapa Asa'd? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin.

Haniyah menegaskan Asa'd berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat.

Eqbal Asa'd
Guinness World Records menetapkan Asa'd sebagai doktor termuda di dunia.

Asa'd adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lubnan. Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun. Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan.

Sejak kecil, Asa'd adalah seorang anak genius.

"Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat sekolah rendah pada usia 7 tahun, "lapor Mi'raj News Agency.


Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menghabiskan program satu tahun seluruh sekolah. Dia dengan cepat berpindah kelas dengan keputusan yang baik.

"Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan nilai terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas baruny , "tulis Mi'raj . Pada usia 12 tahun, dia memperoleh Baccalaureatenya. Kemudian dia ditemui oleh media dan satu penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk bidang perubatan. Dia menjadi doktor pelatih termuda di dunia di usia 17 tahun.

Asa'd adalah puteri dari seorang pelarian Palestin dari Lembah Bekaa, Lubnan. Kerajaan yang membayar pendidikannya adalah Qatar .


Asa'd bercita-cita ingin membuka klinik di desanya iaitu di Bekaa. Akibat polisi Israel, orang Palestin tidak diberi hak untuk bekerja sebagai peguam dan doktor di Lebanon.

Itulah luar biasanya Palestin. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestin.

Negara-negara Syiah

Negara-negara Syiah


IRAN merupakan negara Syiah terbesar. Selain Iran, negara manakah lagi yang bersekongkol dengan Yahudi atau Zionis dengan menunjukkan diri mereka sebagai pejuang Islam sedangkan mereka sebenarnya bekerjasama dengan Yahudi atau Zionis?

Lubnan
Lubnan adalah negara syiah ketiga. Hasan Nasrullah yang digambarkan sebagai pejuang Islam disokong habis-habisan. Mereka mengaitkan Hizbullah dengan hizbullah yang disebut di dalam Al-Quran.

Saluran televisyen Lubnan Al-Manar sering memperlihatkan rakaman dimana mereka mengangkat bendera-bendera Khomeini. Apa kaitan Khomeini dengan Lubnan? Nampak jelas mereka berusaha menjadikan Lubnan negara syiah yang ketiga, setelah Iran dan Iraq.

Bahrain
Bahrain hari ini hampir 60% rakyatnya pro-Syiah. Bahrain bersebelahan dengan Saudi. Di Bahrain, keluarga Al-Khalifa telah memerintah sejak 1783. Sekarang monarki Perlembagaan dengan Majlis Perundangan terpilih; Syiah yang majoriti menuntut kekuatan lebih besar daripada penguasa Sunnah. Dan, ini menunjukkan betapa pengaruh Syiah di Bahrain semakin kuat, dan akan menjadi ancaman kestabilan khususnya di negara-negara Teluk.

SYRIA
Siapa pemerintah Syria? Basyar al-Assad. Basyar al-Assad ini akidahnya Syiah Nushairiah. Dahulu kita tidak pernah mendengar istilah Nushairiah, tetapi pada hari ini kita dengar. Ulama terdahulu telah membahas Nushairiah ini secara teliti. Mereka ini akidah Syiah yang lebih ekstrem, dalam kategori Bathiniyyah, agama bagi mereka lebih kepada simbolik, antaranya bagi mereka Ali itu Tuhan. Bahkan mereka sanggup mempertuhankan imam mereka, menabikan, dan merasulkan pemimpin-pemimpin mereka. Sehingga mendakwa malaikat Jibril telah bersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya Jibril menurunkan wahyu kepada Ali.

Perhatikan di Youtube bagaimana orang yang taksub kepada Basyar Al-Assad menyembah gambarnya. Di Syria, Syiah lebih kurang 30% sahaja. 70% adalah ahli sunnah. Dalam waktu tiga tahun kebelakangan ini, sekitar 100.000 muslim Sunnah dibunuh oleh rejim al-Assad. Jumlah ini jauh melebihi kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dalam kurun waktu 64 tahun yang “menghabisi” nyawa rakyat Palestin sebanyak kira-kira 60.000.

Libya
Seterusnya Libya. Libya juga pengaruh Syiah, tokohnya Muammar Ghaddafi cenderung kepada Syiah Fathimiyyah. Sebab itu di dalam ucapannya beberapa tahun lalu (sudah diterjemahkan) secara tegas beliau mengatakan “kita Daulah Fathimiyyah, Mesir tidak boleh lari, mereka juga adalah Daulah Fathimiyyah. Kita akan bangkitkan Daulah Fathimiyyah.” Fathimiyyah ini Syiah, dan ulama-ulama Timur Tengah telah memfatwakan akidah mereka menyeleweng dari akidah ahlus sunnah wal jamaah. Kebangkitan masyarakat Libya adalah atas dasar Rasuah. Jadi unsur-unsur (Syiah) itu ada.

Bagaimana dengan Malaysia? Pada waktu ini, jumlah Syiah di Malaysia masih sedikit, namun mereka tidak pernah berdiam diri menyebarkan ajaran Syiah. Satu yang dianggap bermasalah ketika Syiah menyebarkan agamanya adalah ia selalu mengatasnamakan Islam. Walhal, sudah jelas dan nyata, Syiah dan Islam berbeza secara aqidah. Wallahua’lam.
Terdamparnya Ratusan Ikan Pari Di Gaza

Terdamparnya Ratusan Ikan Pari Di Gaza

Allah turunkan rezeki dengan terdamparnya ratusan ikan pari di Gaza.Ratusan ikan pari jenis Mobula secara misteri terdampar di pantai Gaza, Palestin. Peristiwa ini menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang merana akibat sekatan negara zionis Israel.


Dalam video yang boleh dilihat di Youtube, dilaporkan Daily Mail, seorang nelayan bernama Eyad Almadoun mengaku terkejut melihat pemandangan tersebut. Dia berkata, ikan pari ini terakhir dilihat di pantai Gaza enam tahun lalu.

Dia berkata, biasanya warga Gaza mendapatkan ikan ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Harganya juga sangat mahal.



Dia berkata, ini bukan kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut. Sehari sebelumnya, sebanyak 220 ekor ikan terdampar di pantai dan dia yakin esok ikan yang terdampar akan lebih banyak lagi.

“Hari ini Tuhan menyediakannya untuk kami,” kata dia.

Ikan pari Mobula ini mempunyai ciri sama dengan ikan pari manta. Pari Mobula boleh mencapai panjang hingga lima meter dan berat lebih daripada 76 kilogram. Sekilo ikan jenis ini dijual di Gaza dengan harga enam atau tujuh shekel.



Ramai-ramai warga Gaza memotong ikan-ikan tersebut dan mengangkutnya menggunakan kereta tolak. “Kini baik orang kaya dan miskin boleh memasak ikan ini dan memakannya dengan nasi atau tomato,” kata Almadoun.


“Ialah daripada Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya dengan tiada terkira. -Surah Ali Imran Ayat 37-
Mufti Brunei: “Syariah Islam Jamin Keadilan Bagi Semua Orang”

Mufti Brunei: “Syariah Islam Jamin Keadilan Bagi Semua Orang”

MUFTI Brunei Darussalam dalam kenyataannya mengatakan bahawa undang-undang Syariah diciptakan oleh Allah SWT untuk menjamin keadilan dan perlindungan bagi semua orang. Kenyataan itu menyusul berikutan pengumuman dari Sultan Brunei yang menegaskan akan menegakkan Syariah Islam dalam undang-undang jenayah pada bulan April tahun depan.


Dalam kuliah perdana pada Konvensi Pengetahuan Selasa kelmarin (22/10/2013), Mufti kerajaan Hj Awang Abdul Aziz Juned mengatakan baik Muslim dan non-Muslim dilindungi oleh undang-undang jenayah Islam kerana Syariah Islam meliputi semuanya dan memastikan keadilan serta keamanan bagi semua orang.

“Kalangan dzimmi, non-Muslim yang tinggal di wilayah muslim, tidak pernah akan terluka – mereka tidak akan dianiaya oleh sesiapa pun dan mereka akan dilindungi oleh Syariah Islam dan mereka yang melakukan jenayah dan kesalahan tersebut maka pesalah telah melakukan perbuatan dosa,” ujarnya, sambil mengungkap hadis Nabi Muhammad (SAW).

Menjelaskan keunggulan undang-undang Syariah jenayah Islam, Mufti Brunei ini menjelaskan kecenderungan berubah-ubahnya undang-undang buatan manusia kerana ianya harus tunduk pada perubahan,tambahnya lagi hukum Allah tidak pernah berubah sejak Al-Quran turunkan lebih dari 1.400 tahun yang lalu.

Mengulas dengan lebih lanjut Hj Awang Abdul Aziz Juned menjelaskan bahawa undang-undang jenayah Islam “tidak pernah goyah” terutama hukuman mati atau qishas. Dia mengatakan hukuman mati dalam Islam akan terus bertahan dan akan kekal sampai akhir zaman.

Beliau turut mengakui bahawa banyak orang yang mengkritik terlalu banyak penekanan pada qishas dalam undang-undang jenayah Syariah, namun beliau mengatakan bahawa kebijaksanaan hukuman mati telah dijamin oleh Allah SWT.

Pengaruh hukuman ini, jika dilaksanakan, adalah orang akan takut untuk menjadi pembunuh kerana mereka akan dihukum bunuh jika mereka membunuh. Pada akhirnya, rasa takut qishas akan mencegah pembunuhan, Katanya lagi. “Dan jika pembunuhan tidak terjadi, bukankan itu bererti kehidupan masyarakat akan aman? tegasnya, jika hukuman mati tidak dilaksanakan ianya akan mendorong orang untuk membunuh kerana kurangnya rasa takut.

Mengulas mengenai kerisauan dan spekulasi akan undang-undang syariah Islam, terutama untuk pelabur,pelancong yang mungkin menolak untuk datang ke Brunei kerana takut mungkin tangan mereka akan dipotong, Mufti Negara menjelaskan bahawa jika mereka tidak berniat jahat, maka mereka tidak seharusnya risau dan takut. Sebaliknya, mereka bahkan akan menerima perlindungan yang tepat dan keselamatan nyawa mereka.

sumber : THE BRUNEI TIMES
Brunei Melaksanakan Hukuman Rejam dan Qisas

Brunei Melaksanakan Hukuman Rejam dan Qisas

Diberitakan hari ini, Selasa (22/10), Kesultanan Brunei Darussalam mengumumkan melaksanakan undang-undang Islam kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah,termasuk Qisas (potong anggota badan) sebagai hukuman jenayah dan Rejam bagi mereka yang melakukan zina.

Penerapan dan perlaksanaan hukuman itu menjadi sebahagian dari undang-undang jenyah baru Brunei yang berdasarkan syariah Islam.

Hukuman baru itu termasuk aturan melempari pesalah zina dengan batu, hukuman memotong anggota tubuh bagi pencuri, dan perbuatan lain yang dinilai melanggar undang-undang.

Hari ini Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah mengesahkan perlaksanaan undang-undang yang telah melalui perbahasan bertahun-tahun tersebut. Namun, cara perlaksanaan dan hukuman tersebut akan dimulakan secara berperingkat selama enam bulan.


Atas ridha Allah, dengan berlakunya undang-undang ini, maka tanggung jawab kita kepada Allah telah terpenuhi," kata Sultan seperti dilaporkan dari AFP.

Undang-undang tersebut menyebutkan bahawa hukuman rejam akan dikenakan pada penzina dan hukuman qisas digunakan untuk jenayah kecurian.

Brunei telah mempraktikkan dan melaksanakan undang-undang islam dan menjadi contoh yang harus di ikuti buat negara jirannya di Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Indonesia. Peraturan ketat seperti penjualan dan pengambilan alkohol dilarang di Brunei. Hukuman sebat akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Hampir 70% penduduk Brunei merupakan bangsa Melayu beragama Islam, sementara sekitar 15% lainnya adalah non-Muslim berbangsa Cina, termasuk warga asli Brunei dan bangsa lainnya.

Dengan hasil minyak dan gas milik Brunei di Laut China Selatan, Brunei merupakan salah satu negara dengan taraf hidup yang tinggi.Rakyat diberi kemudahan kesihatan dan pendidikan percuma, bahkan hingga keperingkat pendidikan tinggi.

Kesultanan Brunei telah menerapkan ajaran Islam sejak awal berdirinya enam abad yang lalu. Namun, selama ini penerapan undang-undang syariah di negara kaya dengan minyak itu hanya sebatas urusan sivil dan perkahwinan.Penerapan Islam bermula sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kewajipan pendidikan agama bagi seluruh anak yang beragama Islam.

Pada tahun 1996, Sultan memerintah agar dibuatnya sebuah undang-undang jenayah berdasarkan syariah Islam. Setelah 17 tahun, undang-undang tersebut akhirnya dilaksanakan hari ini.
Jermaine Jackson Mengakui Dirinya Sebagai Muslim Ketika Umrah

Jermaine Jackson Mengakui Dirinya Sebagai Muslim Ketika Umrah

SELAMA ini dunia hanya mengenali Michael dan Janet Jackson. Michael yang terkenal dengan panggilan Jacko sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.Sementara Janet, kebelakangan ini diberitakankan masuk Islam. Satu nama lagi saudara kandung dari Jacko yang sering dilupakan adalah Jermaine. Jermaine adalah seorang mualaf, dan disebut-sebut sebagai orang yang juga mengajak Jacko mengenali Islam semasa hidupnya dulu.

Bersama Michael (kanan) semasa hidup.
Jermaine  mengenali Islam pertama kali ketika berkunjung ke beberapa negara di Timur Tengah. Ketika itu dia  melakukan Jelajah untuk mempromosikan album. Salah satu negara yang dikunjunginya adalah Bahrain. Di Bahrain Jermaine merasa diterima dengan baik oleh masyarakat di sana. “Saya sempat bertemu dan menegur  kanak-kanak Bahrain tentang banyak hal,” katanya.

Satu hal yang tidak pernah dilupakan oleh Jermaine adalah ketika kanak-kanak itu bertanya soal agamanya. “Saya seorang Kristian,” jawabnya begitu saja. Jermain bertanya balik apa agama kanak-kanak itu, dan dengan penuh yakin mereka menjawab: “Islam!”

Jawapan itu membuat Jermaine hairan. Anak-anak tersebut kemudian menceritakan tentang Islam padanya. kanak-kanak itu memberikan informasi tentang Islam sesuai dengan pemahaman yang dimiliki anak seusia mereka. ”Suara mereka memperlihatkan kepada saya bahawa mereka sangat bangga terhadap Islam. Bermula dari sinilah saya tertarik untuk mengenali dengan Islam lebih jauh,” katanya lagi.

Pulang dari Bahrain, Jermaine menemui para cendekiawan dan ulama Muslim. Dia banyak bertanya kepada mereka tentang Islam.

Setelah dialog itu, atas dorongan Qunber Ali, salah seorang yang dia berdiskusi,. Jermaine mengunjungi Riyadh, Saudi. Dari Riyadh, atas undangan pihak keluarga Kerajaan Arab Saudi, Jermaine melanjutkan perjalanan menuju Mekkah untuk melakukan umrah. Dan pada ketika itu dia belum mengucapkan syahadat. ‘Waktu itu saya belum mengetahui banyak mengenai Islam. Tetapi, untuk pertama kalinya saya sampaikan kepada umum bahawa saya telah menjadi Muslim,” ujarnya.

Selama di Saudi, Jermaine semakin banyak mempelajari tentang Islam langsung dari Al-Quran. Akhirnya Jermaine terbuka hati masuk Islam. “ketika itulah, saya merasa seperti dilahirkan kembali. Saya menemukan jawapan atas berbagai pertanyaan yang selama ini tidak akan saya temukan dalam ajaran Kristian,” ujarnya.

Kembali ke Amerika Syarikat, Jermaine menjadi sasaran propaganda media massa yang memang anti-Islam di Amerika. Apa yang dilakukan oleh Jermaine? Pertama sekali, dia memberikan pengertian tentang Islam kepada seluruh anggota keluarganya.

Reaksi ibunya,Catherine Jackson,setelah mengetahui dia memeluk islam, ”Kamu (telah) mengambil keputusan ini secara tiba-tiba, atau telah memikirkannya masak-masak?” Tanya Catherine. Keluarganya percaya bahawa dengan masuk Islam, Jermaine menebarkan permusuhan di kalangan masyarakat Amerika. Namun, Jermaine merasa yakin kalau keluarganya tidak akan bersikap sama dengan orang-orang Amerika pada umumnya, kerana dia hidup dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang terbuka terhadap perbezaan. Lambat laun keluarganya akan faham.

Jermaine mempunyai Sembilan orang anak. Dari bekas isterinya Hazel Gordy dia mempunyai dua anak (Jermaine La Jaune Jackson Jr dan Autumn Jackson). Dari Margaret Maldonado yang tidak dia nikahi, Jermaine memiliki dua anak (Jeremy Maldonado Jackson dan Jourdynn Michael Jackson). Sementara dari bekas isterinya yang kedua, Alejandra Genevieve Oaziaza, dia mempunyai tiga anak (Donte Jackson, Jaffar Jackson, dan Jermajesty Jackson). Dan dari isterinya sekarang, Halima Rashid, dia mempunyai dua orang anak.
Adolf Hitler Pernah Bersumpah Dengan Nama Allah?

Adolf Hitler Pernah Bersumpah Dengan Nama Allah?

Artikel ini di ceritakan oleh pemilik blog ekoh4ryanto.wordpress.com

Rasa hormat saya pada lelaki ini, Adolf Hitler, semoga ada yang meniru jejaknya pada zaman sekarang.

Saya berbual dengan dengan saudara saya yang sedang menyelesaikan tesis PhD-nya. Saya amat terkejut ketika dia menyatakan tesis beliau mengenai Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Lalu saya bertanya,”Sudah tiadakah tokoh-tokoh Islam di dunia ini hingga engkau memilih si bodoh ini menjadi tema tesismu?”
Dia tertawa lalu bertanya apa yang saya ketahui tentang Hitler.

Saya jawab bahwa Hitler adalah seorang pembunuh yang membunuh semuanya dan menganggap bangsa Jerman di atas segala bangsa lain. Lalu dia bertanya darimana sumber saya. Dari TV tentunya, jawab saya. Lalu saya katakan bahawa Hitler membunuh semua manusia.

Kemudian dia berkata,” Baiklah, pihak Inggeris telah melakukan yang lebih keji dari itu. Pihak Jepun juga sama. Namun, mengapa dunia hanya menghukum Hitler dan memburuk-burukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih berwujud hingga hari ini sementara dunia melupakan kesalahan Inggeris terhadap Scotland, Jepun terhadap dunia dan Afrika Selatan terhadap warga kulit hitam-nya?
Saya lantas meminta jawabannya. Dia meneruskan,” Ada dua alasan :

1. Prinsip Hitler mengenai Yahudi, Zionisme dan proses berdirinya negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk membasmi Yahudi karena beranggapan nantinya Yahudi akan merosakkan dunia.

2. Prinsip Hitler mengenai Islam. Hitler telah mempelajari sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan dia telah menyatakan bahwa ada tiga peradaban yang terkuat yaitu Persia, Romawi dan Arab. Ketiganya telah menguasai dunia pada masa lalu. Sementara Persia dan Romawi masih melanjutkan peradaban mereka hingga hari ini, namun Arab hanya bertengkar dengan sesamanya (Lihat sepertimana yang berlaku hari ini). Dia melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merobohkan Peradaban Islam yang dia telah lihat begitu hebat pada masa lalu.

Kerana dia merasa kagum pada Peradaban Islam, dia telah mencetak panduan mengenai Islam dan diedarkan kepada tentara Nazi sewaktu perang, walaupun kepada tentera yang bukan islam.


Beliau juga memberi kesempatan tentara Jerman yang muslim untuk menunaikan solat ketika masuk waktunya di manapun juga…bahkan tentara Jerman pernah solat di Lapangan Berlin dan Hitler menunggu hingga mereka menyelesaikan solat jamaah untuk menyampaikan ucapannya.



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam menyusun strategi…

Dia juga meminta para Syeh untuk mendampingi tentaranya dan mendoakan mereka yang non-muslim dan memberi semangat kepada tentara muslim untuk memerangi Yahudi…



Semua data ini adalah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara saya untuk tesis PhD-nya dan dia meminta saya untuk tidak menambahi apapun supaya tidak menyusahkannya ketika memaparkannya nanti. Dia melarang saya membezakan kajian ini dengan data-data dari internet kerana saya bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Perkara menarik dari Adolf Hitler

1) Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berniat menyampaikan pidato. Dia memerintahkan para penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang agung dari kitab suci, kata-kata ahli filsafat ataupun dari bait syair. Seorang sastrawan Iraq yang tinggal di Jerman memberi masukan ayat Al-Quran yang ertinya : Telah dekat Hari Kiamat dan telah terbelah bulan…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalimat pembukaan dan isi kandungan pidatonya. Memang para ahli tafsir menjelaskan bahwa ayat tersebut bermakna keagungan, kekuatan dan erti yang mendalam.
Hal ini dinyatakan Hitler dalam bukunya Mein Kampf yang ditulis di penjara bahawa segala tindakannya berdasarkan Al-Quran khususnya tindakannya terhadap Yahudi..

2) Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar pimpinan tentaranya yang akan tamat belajar di Akademi tentera Jerman.
” Saya bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan inilah sumpah suci saya, bahwa saya akan mematuhi semua perintah pimpinan tentara Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, panglima tertinggi, bahwa saya akan selalu bersedia untuk mengorbankan nyawa saya pada bila-bila masa demi pemimpin saya”

3) Hitler pantang meminum arak ketika dia gemetar saat keadaan pasukan Jerman sedang goncang dan berbahaya.
Waktu itu para doktor memintanya meminum arak sebagai ubat dan beliau menolak sambil berkata,
” Bagaimana anda ingin menyuruh seseorang minum arak untuk pengobatan sedangkan dia seumur hidupnya tak pernah menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menyentuh arak sepanjang hayat…minuman kegemarannya adalah teh celup yang khas.

Wallahu’alam….
Perpindahan Ozil adalah berita buruk bagi saya - Cristiano Ronaldo

Perpindahan Ozil adalah berita buruk bagi saya - Cristiano Ronaldo

Adakah terdapat tangan ghaib yang tidak berasa senang melihat keadaan dua pemain bintang yang berlainan agama begitu akrab? adakah tindakan Ronaldo tidak bersalaman dengan pemain Israel ketika perlawanan persahabatan ketika dahulu atau kemurahan hati Cristiano Ronaldo mendermakan jutaan dollar kepada rakyat Palestine merupakan kisah yang tidak menyenangkan bagi mereka? Mungkin mereka menganggap bahawa tindakan itu adalah pengaruh hidup Ozil sebagai seorang Islam yang kita sudah tahu beliau seorang pemain muslim yang taat kepada suruhan agama. 


Banyak khabar angin yang tersebar luas mengatakan Ozil menjadi mangsa kepada Estadio Santiago Bernabeu. Ramai pihak tertanya-tanya, kenapa Ozil dikorbankan?

Sememangnya, ramai yang kecewa dengan perpindahan Ozil ke Arsenal. Ozil seorang pemain yang konsisten dan sering memberi sumbangan besar kepada kejayaan Madrid setakat ini. Selama tiga tahun menyarung jersi Los Blancos sejak 2010/2011, Ozil telah menjaringkan 19 gol dalam 104 penampilan.

Individu yang sangat merasai kehilangan Ozil adalah Ronaldo. Setakat ini, Ozil sentiasa membantu Cristiano Ronaldo dengan hantaran tepat yang dapat menghasilkan 168 gol dalam tiga musim di Madrid.

Bukan itu sahaja yang membuat Cristiano Ronaldo merasai kehilangan sahabatnya itu,  Ozil dikenali sebagai seorang Muslim yang taat yang tidak teragak-agak untuk menjelaskan kepada Ronaldo tentang kandungan al-Quran yang diamalkannya.

"Ozil membaca ayat al-Quran sebelum permainan, dan dia juga mengajar ayat-ayat kitab suci Islam kepada bekas rakan sepasukan Ronaldo," Dilaporkan Daily Mail, Khamis lalu (5 September 2013).

"Perpindahan Ozil adalah berita buruk bagi saya," kata Ronaldo.

Bagi Ronaldo, Ozil adalah rakan sekerja, kawan dan guru rohani yang terus memberikan sokongan di dalam dan di luar lapangan hijau.

Islam telah menguasai bola sepak eropah?

Islam telah menguasai bola sepak eropah?

Soeren Kern seorang pemerhati politik Eropah yang mempunyai kerakyatan AS dan Jerman baru-baru ini menulis sebuah artikel dalam laman Gates One Institute dengan tajuk Islam Conquer European Footbal (Islam Telah Menguasai Bola Sepak Eropah). Artikel ini muncul dengan berita yang dilaporkan pejabat berita Sepanyol Marca pada 30/3/12 yang melaporkan Real Madrid mengumumkan akan memadam gambar salib yang tertera pada logo rasmi mereka.

Langkah ini bertujuan untuk "mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik di negara-negara dan kawasan yang majoriti penduduknya adalah Muslim," seorang sumber dalam pengurusan Real Madrid mengatakan apa yang dilaporkan oleh akhbar Marca Sepanyol.

Pihak Real Madrid secara singkat menyatakan bahawa langkah penghapusan lambang salib ini adalah akibat daripada globalisasi industri. Tetapi tindakan itu mendapatkan ejekan dari beberapa kalangan yang menganggapnya sebagai hakisan tradisi dan budaya Eropah dalam menghadapi penyebaran Islam.

Resort pelancongan sukan Real Madrid di pulau al Khaimah di Emiriah Arab Bersatu

Kontroversi melucutkan lambang salib ini dilihat serius selepas Real Madrid mula membina resort pelancongan sukan bernilai 1 bilion dolar AS di Emiriah Arab Bersatu. Peletakan batu asas telah dibuat pada 29 Mac 2012 dan projek ini akan siap pada Januari 2015.

Resort tersebut akan menjadi taman hiburan pertama di sebuah pulau buatan di bawah tanda dagang Real Madrid. Pulau ini mempunyai sebuah hotel dengan 450 bilik mewah, villa mewah , pelabuhan sukan dan untuk pertama kalinya di dunia sebuah stadium bola sepak yang terbuka menghadap ke laut.

"Ini adalah langkah yang menentukan dan strategik yang akan meningkatkan kekuatan organisasi ini di Timur Tengah dan Asia, kunci di mana semangat kelab ini sangat jelas. Real Madrid dan Pemerintah keturunan al-Khaimah ingin menyebarkan keghairahan Real Madrid dan semangatnya ke seluruh dunia."  kata kelab Sepanyol itu .

Sebagai syarat daripada perjanjian, kerajaan Al-Khaimah Sheikh Saud bin Saqr al Qasimi meminta pihak Real Madrid untuk menghapuskan lambang salib yang ada pada logo rasmi kelab Los Blancos ( si Putih) tersebut untuk semua material promosi yang berkaitan dengan pembangunan resort tersebut. Syarat yang dikemukakan oleh kerajaan Al-Khaimah ini dengan patuh dipenuhi oleh presiden Real Madrid, Florentino Perez.

logo dengan gambar salib ( kiri) dan selepas dihapuskan (kanan)
Logo pasukan bola sepak Real Madrid sebelumnya terdapat simbol salib sejak 1920 ketika Raja Alfonso XIII memberikan naungan kerajaan untuk kelab bola sepak di Sepanyol. Real memilki makna Royal (Kerajaan) dalam bahasa Sepanyol, sedangkan gambar salib yang digunakan merupakan sebahagian daripada lambang rasmi kerajaan Sepanyol.

Yang pasti, Real Madrid bukanlah kelab bola sepak Sepanyol pertama yang menghapuskan gambar salib pada logo rasminya untuk mendapatkan simpati dari masyarakat muslim. Beberapa pemerhati pada kenyataannya, menyebutkan bahawa langkah Los Blancos merupakan sebahagian daripada persaingan dengan musuh rapat mereka El Catalan FC Barcelona untuk menguasai pasaran bola sepak di wilayah Timur Tengah.

Barcelona baru-baru ini bersetuju dengan perjanjian penajaan bernilai 150 juta euro ( 200 juta dolar) dalam jangka waktu 5 Tahun dengan lembaga amal yang berpusat di Doha, Qatar. Qatar Foundation dituduh oleh surat Khabar Sepanyol el Mundo sebagai penyokong dana pada ulama radikal Yusuf al Qardhawi yang dianggap menyokong aksi keganasan dan pembunuhan anti- Yahudi. Perjanjian tersebut membolehkan Qatar Foundation menyematkan logo mereka pada jersey rasmi kelab yang berpangkalan di stadium Nou Camp tersebut .

Selain mendapatkan suntikan dana 30 juta Euro per tahun, perjanjian tersebut membolehkan Barcelona memperluaskan pengaruhnya di kawasan Timur Tengah.

logo Barcelona dengan gambar St George Cross dan setelah di buang lambang salib
Bahagian pemasaran FC Barcelona awalnya tidak mempunyai kontroversi dalam memasarkan jenama mereka dalam dunia Muslim. Sebagaimana Real Madrid, Barcelona juga mempunyai gambar salib di logo rasminya. Kontroversi muncul setelah Arab Saudi memprotes adanya gambar salib Cruz de San Jorge ( St George Cross ) gambar salib warna merah putih merupakan sebahagian daripada logo Barcelona yang telah menyinggung Islam kerana membangkitkan memori perang salib pada abad pertengahan. Selepas itu, garis mendatar yang membentuk gambar salib dihapuskan pada semua jersey Barcelona yang dipasarkan di wilayah Timur Tengah.

Apakah itu bermakna el Classico tahun depan akan kelihatan tanpa gambar salib pada logo kedua-dua kelab? Berdasarkan pengamatan pada laman rasmi kedua-dua kelab tersebut, tidak ada perubahan sama sekali pada logo kedua-dua kelab dan setelah diteliti, perubahan logo tersebut hanyalah untuk kepentingan perniagaan semata dan bukan penggantian logo kelab secara rasmi .
Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo

Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo

Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)



Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.


Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang):

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70.000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh ... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali. (ke Syam)

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.

Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom ) adalah dari keturunan al-ees, putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (alaihis salaam). Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera). 

Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.

Pada saat itu, ketika umat Islam akan mempunyai kelimpahan kekayaan, emas dan perak, kaum Muslim akan sangat diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan. Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang mengucapkan, "Wahai Nabi Allah! Apakah kita akan sangat sedikit jumlahnya?" Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana mata boleh mencapai Tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn' ..!" Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Anda akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan perang dengan yang lain. Anda akan mendapatkan kemenangan. Pada masa itu, anda akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah Mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan .. " Ini akan memulakan perang. Muslim sepertiga akan melarikan diri. Pertaubatan mereka tidak akan diterima. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Sisanya satu pertiga akan mendapatkan kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah)


Kenali Asmaa El-Beltagi, Syuhada Mesir

Kenali Asmaa El-Beltagi, Syuhada Mesir

Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.


Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ketika tentera melancarkan operasi mengusir kumpulan penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi, Asmaa bersama ibunya sedang membantu mangsa cedera yang ditempatkan berhampiran khemah di Dataran Rabaa al-Adawiya.

Walaupun masih berumur belasan tahun, perwatakan dan sikapnya mencerminkan tingkah lakunya sebagai gadis yang matang. Asmaa tidak gentar dengan ancaman tentera, dia meneruskan usaha membantu saudaranya yang cedera hingga akhirnya remaja itu rebah berhampiran podium di dataran tersebut selepas ditembak pada bahagian dada dan belakangnya.

Menurut abangnya, Asmaa meninggal dunia kerana tidak dapat menjalani pemindahan darah akibat kecederaan yang dialaminya. Impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global terpaksa berkubur.

Asmaa juga pernah bercita-cita untuk menyertai misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya. Teman baiknya, Ethar Yousef menyatakan Asmaa menjadi insan bertanggungjawab yang meniup semangatnya untuk menyertai tunjuk perasaan aman membantah rampasan kuasa oleh tentera.

“Dia percaya, rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara itu,” katanya.

Asmaa juga aktif menyertai beberapa siri protes yang dianjurkan di negara tersebut sejak revolusi kebangkitan rakyat pada 2011. Pada 3 Julai, Asmaa nekad untuk terus berada di Dataran Rabaa al-Adawiya selepas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rampasan kuasa yang menggulingkan Mursi.

Gadis itu sentiasa memegang al-Quran dan berada di sisi bapanya untuk memberi sokongan moral. Sejam sebelum insiden menyayat hati itu, Asmaa dilihat bertungkus-lumas mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut.

Bagaimanapun, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur rupa-rupanya telah menjadi perjuangan terakhirnya. Asmaa juga sempat mengemas kini status terakhir di dalam Facebooknya: “Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud, Berdoalah wahai hamba ALLAH, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan,”

Selain itu, mesej terakhirnya menerusi Twitter juga memaparkan: “YA ALLAH, kami tiada sesiapa melainkan-Mu, YA ALLAH,”

Bagi memperingati perjuangan Asmaa, beberapa teman baiknya telah melancarkan akaun khusus di laman sosial termasuk simbol R4BIA yang didedikasikan khas oleh aktivis Turki untuk ikon revolusi itu.
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close