LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Malaysia VS Chelsea 2011

Malaysia VS Chelsea 2011

GOL KONTROVERSI CHELSEA


SEPARUH MASA PERTAMA


sumber video ; sokernet.com


Keputusan MALAYSIA VS CHELSEA 2011.
MALAYSIA 0-CHELSEA 1

Sedikit Renungan..
HUKUM MENONTON BOLA SEPAK :

Bola sepak  tidak pernah dibicarakan dalam buku-buku fiqh klasik. Sukan ini termasuk nawazil (hal-hal baru). Berdasarkan kaedah fiqh iaitu ‘al-aslu fil asyyaa al-ibahah’, maka hukum menonton sepak bola adalah harus. Adapun sebahagian ulama’ yang mengharamkannya lebih disebabkan kerana ada hal-hal lain yang mengiringi sepak bola. Antaranya adalah:

1) Paha lelaki aurat ?

Apabila paha itu adalah aurat, maka menonton sepak bola menjadi haram kerana melihat aurat lelaki. Sebaliknya apabila peha bukan aurat, maka menonton sepak bola hukumnya mubah (harus). Para ahli fiqh (fuqaha’) berselisih pendapat dalam hal ini seperti berikut:

Pendapat pertama:
Jumhur ulama’ mengatakan peha lelaki adalah aurat. Pendapat ini berdasarkan sejumlah hadith antara lain “tutupilah pehamu kerana sesungguhnya peha adalah aurat” (Hadis Riwayat Malik, Ahmad, At-Tarmidzi).

Pendapat kedua:
Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa peha lelaki tidak aurat. Hal ini berdasarkan hadith riwayat Bukhari dari Anas bahawa Rasulullah menyingkap pehanya dalam beberapa kesempatan.

Pendapat ketiga:
Pendapat para pengikut mazhab Maliki (Imam Malik) bahawa aurat mughallazah (berat) adalah kemaluan dan dubur. Keduanya apabila terlihat ketika melakukan solat, maka solatnya batal.

Para ulama’ berusaha menyatukan dalil-dalil yang bertentangn ini dan mentarjihkannya (mencari yang terkuat). Imam Bukhari berpendapat bahawa hadith Anas yang mengatakan peha bukan aurat lebih kuat sanadnya. Imam As-Syaukani melihat bahawa hadith yang menyatakan peha adalah aurat adalah hadith-hadith yang berkenaan dengan keadaan khusus yang tidak boleh digeneralisasi.

Imam Ibnul Qayyim mengatakan bahawa aurat ada 2 iaitu aurat ringan dan aurat berat (mughallazah). Peha termasuk aurat ringan.

Maka tidak ada pertentangan (kontra) antara larangan melihat peha dan dibolehkannya membuka peha, dilarang melihat kerana peha aurat, dibolehkan dibuka kerana peha adalah aurat ringan. Dr.Yusuf Al-Qardhawi melihat adanya rukhsah (keringanan) untuk menyingkap peha bagi orang yang pekerjaannya menuntut mereka membuka peha.


2) Segala sesuatu yang boleh, apabila ia berlebihan, maka hukumnya haram (al-israf: berlebihan)

Menonton sepak bola apabila berlebihan, maka hukumnya menjadi haram. Kaidah fiqh mengatakan: “segala sesuatu apabila melebihi batasnya, maka hukumnya menjadi sebaliknya”. Demikian pula hal-hal yang berkenaan dengan hiburan, pada dasarnya hukumnya boleh selama tidak berlebihan. Allah SWT berfirman: “Hai anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan” – Al-A’raf: 31. Makan dan minum adalah hal yang mubah (harus), akan tetapi jika berlebihan menjadi haram.

3)
Membuang masa

Waktu begitu sia-sia dengan menonton bola sepak. Waktu menonton adalah 2 x 45 minit, ditambah lagi dengan ulasan para pengulas, iklan dan istirehat. Jika tontonan ini dilihat sampai sebulan penuh, cuba bayangkan berapa waktu yang terbuang sia-sia dalam sebulan? Bukankah waktu itu adalah nikmat? Nikmat akan ditanyakan oleh Allah dalam hal apa dimanfaatkan. Allah berfirman: “kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang nikmat (yang dianugerahkan untukmu)”. – At-Takathur: 8.
Disisi lain, berjaga tanpa ada kepentingan dibenci oleh Nabi SAW. Diriwayatkan dari Abi Barzah beliau berkata, “Rasulullah SAW membenci tidur sebelum isya’ dan bersembang-sembang setelahnya. (Hadis Riwayat Bukhari).

4)
Pekerjaan pejabat terabai

Orang yang sengaja berjaga untuk menonton bola terkadang juga kurang maksima dalam melaksanakan tugas wajib. Orang beriman tentu sahaja selalu menjaga amanah yang dibebankan padanya. Rasulullah SAW bersabda: “tunaikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu dan tidak perlu engkau membalas dengan mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

5) Non-Muslim dijadikan idola

Fenomena yang menimpa para peminat bola adalah mengidolakan non-Muslim. Manakah yang disokong ketika dua Negara bertanding, apakah yang disokong Negara yang seagama? Biasanyalah yang disokong yang lebih mahir dan lebih cantik dalam bermain tanpa melihat agamanya. Bukankah seseorang akan dikumpulkan dengan orang yang ia cintai dan yang dijadikan idola. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum melainkan dia akan dikumpulkan bersama mereka pada hari Qiamat nanti”.

Hukum: Antara Fatwa dan Taqwa


Soal hukum menonton bola sepak ini jika dilihat akan terbahagi kepada dua. Pertama, hukum adakalanya dalam aturan fatwa, untuk dipakai oleh umum. Kedua, hukum dalam aturan taqwa, untuk dipakai oleh peribadi. Dalam aturan taqwa, kita boleh berfatwa buat diri kita sendiri sekeras mungkin. Akan tetapi, dalam aturan fatwa para fuqaha’, selalu berusaha untuk mencari yang termudah. Bukankah Rasulullah SAW kalau memilih antara dua hal, selalu ia memilih yang paling mudah selama ia tidak berkenaan dengan yang haram.

Dalam konteks menonton bola sepak hukum yang difatwakan harus dalam konteks aturan fatwa bukan aturan taqwa (baca: ideal). Dalam aturan taqwa, menonton bola sepak diharamkan, sebagaimana dibolehkannya mewajibkan solat tahajud buat diri sendiri (peribadi), kerana itu dipakai oleh peribadi. Tetapi sebaliknya dalam aturan fatwa, harus dihuraikan sebijak mungkin kerana dipakai oleh public yang keimanannya berbeza-beza.

Kesimpulan :


Ulama’ yang mengharamkan menonton bola sepak didasarkan merasakan risau akan terjadinya efek buruk dari menonton bola sepak. Kerana efek buruk harus dicegah. Seperti judi, apapun bentuknya judi adalah perbuatan haram. Termasuk disini bertaruh untuk sebuah kesebelasan (team) atau skor. Maka apabila peha bukan termasuk aurat lelaki, menonton bola sepak sekadar hiburan dan tidak berlebih-lebihan, berjaga tidak mengganggu pekerjaan di pejabat, mengagumi dengan tidak menjadikan seorang Muslim mengidolakan non-Muslim, maka hukum menonton bola menjadi harus.

Sebaliknya, apabila efek buruk tersebut tidak boleh dihindarkan dan tidak dipisahkan sama sekali (menjadi sebuah talajum),maka hukumnya adalah haram. Hal ini berdasarkan dalil Sadduz Zar’iyyah iaitu secara hukum halal, akan tetapi halal tersebut menjadi jalan timbulnya (perkara) haram, maka hukumnya (diambil) pada kesan yang ditimbulkannya iaitu haram.

Catatan kembara :
Berpada-pada dalam hiburan ~.
Penyakit menimpa ke atas perempuan tidak bertudung

Penyakit menimpa ke atas perempuan tidak bertudung


Rasulullah bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)

Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki. 

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da'wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: "Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal: 32)

Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.

Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.





Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan. 

Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena "azab dunia" seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari'at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???

(Sumber: Al-I'jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)
Pemain muda muslim ini pesaing hebat kepada Messi

Pemain muda muslim ini pesaing hebat kepada Messi


Senarai pemain bola sepak Muslim yang 'bersinar' di liga Eropah kini bertambah. Yasin Brahimi pemain tengah Perancis dan sekarang ini bermain di kelab Granada FC (dipinjamkan dari kelab Rennes) Liga Sepanyol, dianggap sebagai pesaing kuat bola sepak dunia terkenal berasal dari Argentina, Lionel Messi dalam "kemampuan dribbling" terbaik, versi BN Sport TV Perancis.

Brahimi mendapat sorotan setelah dia menunjukkan kemahiran bola sepak yang sangat baik. Dia menduduki tempat ketiga dalam 30 teknik dribbling. Brahimi mengalahkan pemain seperti Cristiano Ronaldo, bintang Real Madrid dan Radamel Falcao penyerang Atletico Madrid.


Beberapa laporan mengatakan, kecekapan pemain dilahirkan di Paris (selepas itu mereka sekeluarga berhijrah ke Algeria), membuat Granada fc berfikir untuk melanjutkan kontrak selama tiga musim berikutnya dengan nilai 300 ribu Euro.


Presiden Kelab Granada, memberi hadiah kepada Brahimi setelah dia dipilih oleh fans Granada sebagai pemain terbaik selama beberapa bulan terakhir.

Brahimi memiliki kewarganegaraan Algeria dan Perancis. Dia bermain dengan semua pasukan kebangsaan untuk kedua-dua negara tersebut. Dia telah memutuskan tidak bermain untuk pasukan kebangsaan Perancis, dan memilih bermain untuk pasukan kebangsaan Algeria dalam perlawanan persahabatan bulan depan.


Perang Salib: Bagaimana ia bermula dan berakhir

Perang Salib: Bagaimana ia bermula dan berakhir


Sehingga abad ke-11 M, di bawah pemerintahan kaum Muslimin, Palestin merupakan kawasan yang tertib dan damai. Orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam hidup bersama. Keadaan ini tercipta sejak zaman Khalifah Umar bin Khattab (638 M) yang berjaya merebut daerah ini dari empayar Byzantium (Rom Timur). Namun kedamaian itu seolah lenyap ditelan bumi setelah Tentera Salib datang melakukan pencerobohan.

Ceritanya bermula apabila orang-orang khalifahan Turki Uthmaniyah merebut Anatolia (Asia Kecil, sekarang wilayah Turki) dari kekuasaan Alexius I. Pemimpin kaum Kristian itu meminta tolong kepada Paus Urban II, merebut kembali wilayah itu dari cengkaman kaum yang mereka sebut "orang kafir".

Paus Urbanus II akan memutuskan untuk mengadakan ekspedisi besar-besaran pada 27 November 1095. Tekad itu semakin membara selepas Paus menerima laporan bahawa Khalifah Abdul Hakim yang menguasai Palestin ketika itu menaikkan cukai ziarah ke Palestin bagi orang-orang Kristian Eropah. "Ini rompakan! Oleh kerana itu, tanah suci Palestin harus direbut kembali, "kata Paus.

Perang melawan kaum Muslimin diumumkan secara rasmi pada tahun 1096 oleh Takhta Suci Rom. Paus juga menghantar surat kepada semua raja di seluruh Eropah untuk turut serta. Mereka dijanjikan kejayaan, kesejahteraan, emas, dan tanah di Palestin, serta syurga bagi para kesatria yang mahu berperang.

Paus juga meminta anggota Majlis Clermont di Perancis Selatan terdiri atas para bishop, ketua biara, bangsawan, kesatria, dan rakyat awam untuk memberikan bantuan. Paus menyeru agar bangsa Eropah yang bertikai perlu bersatu padu untuk mengambil alih tanah suci Palestin. Hadirin menjawab dengan bersemangat, "Deus Vult!" (Tuhan menghendakinya!)

Dari pertemuan terbuka itu ditetapkan juga bahawa mereka akan pergi berperang dengan memakai salib di bahu dan baju. Dari sinilah bermula sebutan Perang Salib (Crusade). Paus sendiri menyatakan ekspedisi ini sebagai "Perang Demi Salib" untuk merebut tanah suci.

Paus berjaya mengumpulkan sekitar 100000 askar. Anak-anak muda, bangsawan, petani, kaya dan miskin memenuhi panggilan Paus. Peter The Hermit dan Walter memimpin kaum miskin dan petani. Namun mereka dihancurkan oleh Pasukan Turki suku Seljuk di medan pertempuran Anatolia ketika perjalanan menuju Baitul Maqdis (Jerusalem).

Tentera Salib utama berasal dari Perancis, Jerman, dan Normandy (Perancis Selatan). Mereka diketuai oleh Godfrey dan Raymond (dari Perancis), Bohemond dan Tancred (kedua-duanya orang Normandy), dan Robert Baldwin dari Flanders (Belgium). Pasukan ini berjaya menakluki kaum Muslimin di medan perang Antakiyah (Syria) pada tarikh 3 Jun 1098.


Sepanjang perjalanan menuju Palestin, Tentera Salib membunuh orang-orang Islam. Tentera Jerman juga membunuh orang-orang Yahudi. Rombongan besar ini akhirnya tiba di Baitul Maqdis pada tahun 1099. Mereka terus melancarkan pengepungan, dan melakukan pembunuhan. Selepas lima minggu kemudian, tepatnya 15 Julai 1099, mereka berjaya merampas Baitul Maqdis dari tangan kaum Muslimin. Bandar ini akhirnya dijadikan ibukota Kerajaan Katolik yang terbentang dari Palestin hingga Antakiyah.

Sejarawan Inggeris, Karen Armstrong menggambarkan pada tanggal 2 Oktober 1187, Salahuddin Al Ayyubi dan tenteranya memasuki Baitul Maqdis sebagai penakluk yang berpegang teguh pada ajaran Islam yang mulia. Tidak ada dendam untuk membalas pembunuhan tahun 1099, seperti yang dianjurkan Al-Qur `an dalam surat An-Nahl ayat 127:" Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. "

Permusuhan dihentikan dan Salahuddin menghentikan pembunuhan. Ini sesuai dengan firman dalam Al-Qur `an:" Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan lagi, kecuali terhadap orang-orang yang zalim. "(Al-Baqarah: 193)

Tidak ada seorang Kristian pun yang dibunuh dan tidak ada perampasan. Jumlah tebusan juga sangat rendah. Shalahuddin bahkan menangis tersedu-sedu kerana keadaan mengerikan keluarga-keluarga yang hancur berpecah-belah. Dia membebaskan banyak tawanan, walaupun menyebabkan kekecewaan bendaharawan negara yang telah lama menderita. Saudara lelakinya, Al-Malik Al-Adil bin Ayub juga sedih melihat penderitaan para tawanan sehingga dia meminta Salahuddin untuk membawa seribu orang di antara mereka dan membebaskannya saat itu juga.

Beberapa pemimpin Muslim juga tersinggung kerana orang-orang Kristian kaya melarikan diri dengan membawa harta benda, yang sebenarnya boleh digunakan untuk menebus semua tawanan. Heraclius membayar tebusan dirinya sebanyak sepuluh dinar seperti tawanan lain, dan bahkan diberi pengawal peribadi untuk mempertahankan keselamatan harta bendanya selama perjalanan ke Tyre (Lebanon).

Salahuddin meminta agar semua orang Nasrani Latin (Katolik) meninggalkan Baitul Maqdis. Sementara kalangan Nasrani Ortodoks bukan bahagian dari Tentera Salib tetap dibiarkan tinggal dan beribadah di kawasan itu.

Kaum Salib meminta bantuan dari Eropah. Datanglah pasukan besar di bawah komando Phillip Augustus dan Richard "Si Hati Singa".

Pada tahun 1194, Richard yang digambarkan sebagai seorang pahlawan dalam sejarah Inggeris, memerintahkan untuk menghukum mati 3000 orang Islam, yang kebanyakan di antaranya wanita dan kanak-kanak. Tragedi ini berlaku di Istana Acre. Walaupun orang-orang Islam menyaksikan kekejaman ini, mereka tidak pernah memilih cara yang sama.

Suatu hari, Richard jatuh sakit. Mendengar khabar itu, Salahuddin secara sembunyi berusaha menziarahinya . Diaa mengendap Richard. Bukan untuk membunuh tetapi dengan ilmu perubatan yang hebat Shalahudin mengubati Richard hingga akhirnya sembuh.

Richard tersentih dengan kebesaran hati Salahuddin. Dia menawarkan perjanjian damai dengan mengundurkan pasukan Kristian ke Eropah.Mereka menandatangani perjanjian damai (1197). Dalam perjanjian itu, Salahuddin membebaskan orang Kristian untuk mengunjungi Palestin dengan syarat mereka datang dengan aman dan tidak membawa senjata. Selama lapan abad berikutnya, Palestin berada di bawah kawalan kaum Muslimin.

***

Perang Salib IV berlangsung tahun 1204. Bukan antara Islam dan Kristian, melainkan antara Takhta Suci Katolik Rom dengan Takhta Kristian Ortodoks Romawi Timur di Konstantinopel (sekarang Istanbul, Turki).

Pada Perang Salib V berlangsung tahun 1218-1221. Orang-orang Kristian yang sudah bersatu berusaha menaklukkan Mesir yang merupakan pintu masuk ke Palestin. Tapi usaha ini gagal.

Maharaja Jerman, Frederick II (1194-1250), mengisytiharkan Perang Salib VI, tapi tanpa pertempuran. Dia memilih untuk berdialog dengan Sultan Mesir, Malik Al-Kamil, yang juga anak saudara Salahuddin. Perjanjian Jaffa dicapai. Kandungannya, Baitul Maqdis tetap dikuasai oleh Muslim, tapi Betlehem (kota kelahiran Nabi Isa 'alaihis-salaam) dan Nazareth (kota tempat Nabi Isa dibesarkan) dikuasai orang Eropah-Kristian.

Dua Perang Salib terakhir (VII dan VIII) dikhabarkan oleh Raja Perancis, Louis IX (1215-1270). Tahun 1248 Louis menyerbu Mesir tapi gagal dan dia menjadi tawanan. Perancis perlu menebus dengan emas yang sangat banyak untuk membebaskannya.

Tahun 1270 Louis cuba membalas kekalahan itu dengan menyerang Tunisia. Namun pasukannya dikalahkan oleh Sultan Dinasti Mamaluk, Bibars. Louis terbunuh di medan perang.

Sehingga tempoh Perang Salib berakhir, beberapa sejarawan Katholik menganggap bahawa penaklukan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad II Al-Fatih dari Turki (1453) juga sebagai Perang Salib. Penaklukan Islam oleh Ratu Sepanyol, Isabella (1492), juga dianggap Perang Salib.

Kisah Cinta Dua Pejuang Syria

Kisah Cinta Dua Pejuang Syria

Dua orang pejuang jihad Syria ini iaitu Mahmoud Al-Halabi dan isterinya Nour Al-Hasan merupakan antara pasangan yang sama-sama berjuang di medan jihad menentang rejim Basyar.

Sebelum berkahwin, Mahmoud Al-Halabi pernah menjadi pemandu kepada salah seorang isteri menteri Syria. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah saloon wanita di wilayah Halab.

Mahmoud kini merupakan mujahidin barisan hadapan di Hayyu Sheikh Saed. Beliau sebelum ini pernah dipaksa keluar daripada Syria dan bersama-sama mujahidin di Libya. Disana beliau banyak mempelajari skill peperangan dengan mujahidin Libya.

Beliau kemudiannya pulang ke Syria untuk bersama-sama kebangkitan rakyat Syria menjatuhkan Basyar Asad. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini merupakan anak kepada salah seorang pimpinan Parti Baath.



Nour pernah membuat satu akaun Facebook yang tidak dikenali dan menjadi aktivis sosial media. Beliau juga menggerakkan protes dan menyebarkan berita berkenaan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan rejim.

Selepas ayah dan abang Nour mengetahui berkenaan berita tersebut, Nour dibelasah sehingga cedera teruk dan terpaksa dibawa ke hospital. Berita tentang beliau menjadi perbualan ke seluruh kota, dan Mahmoud mengetahui tentang berita tersebut.

Nour dan Mahmoud menyertai gerak kerja protes menjatuhkan rejim dan kemudiaanya menyertai pasukan mujahidin mengangkat senjata menghadapi tentera rejim.

Mereka menyertai Briged Jabhah An-Nusrah dan merupakan mujahidin barisan hadapan dalam menghadapi rejim. Nour menjadi sniper yang handal setelah diajar oleh Mahmoud berkenaan penggunaan senjata dan sebagainya.

Mahmoud dan Nour berkahwin pada Julai 2012 dan menjadi pasangan suami isteri yang tangkas di barisan hadapan mujahidin menentang tentera rejim.

Cinta mereka bukan hanya sekadar melafazkan kata-kata cinta di bibir, tetapi dibuktikan dengan kesediaan untuk sanggup bersama di medan juang. Semoga Allah memelihara mereka berdua..
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close