LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Bintang Bola Sepak Arsenal Yang Menghafal 19 Juzuk Al-Quran

Bintang Bola Sepak Arsenal Yang Menghafal 19 Juzuk Al-Quran

Pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris banyak dihuni pemain-pemain beragama Islam yang datang dari luar negeri.Bintang bolasepak Liga Premier Muslim yang menonjol kebanyakan berasal dari Perancis.

Diantara bintang bolasepak Muslim yang dikenali adalah pemain tengah Arsenal, Abou Diaby. Pemain 25 tahun berkewarganegaraan Perancis ini telah menghafal Al-Quran hingga 19 juz.


Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad_ mendedahkan seorang bintang bolasepak yang datang ke Emirates Stadium Arsenal pada tahun 2006 itu hafal 19 juz Al-Quran.


Bagi Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Sebab ia berasa selesa berada dalam komunitinya, seperti diterangkan Republika Online.

“In conversation with Arsenal Footballer Abu Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s memorised 19 ajza of Qur’an! (Dalam perbincangan dengan pemain Arsenal Abu Diaby di Ebrahim Collage pada tiap kali makan malam, siapa yang hafal 19 juz Al-Quran,” sentil Mufti Muhammad kepada Diaby.

Muslim Rohingya

Sifat sosial Abou Diaby yang sangat perhatian terhadap umat Islam yang lain juga ia tunjukkan, apabila dirinya terlibat dalam pengumpulan dana untuk Muslim Rohingnya di London Muslim Center.Dalam acara pengumpulan dana itu, Abou Diaby melelong jersey (kostum) Arsenal miliknya untuk Muslim Rohingnya.

Di Arsenal sendiri ada beberapa pemain yang tercatat beragama Islam, antaranya Abou Diaby, Bacary Sagna, dan sebelumnya ada Samir Nasri dan Kolo Toure yang kini mempertahankan Manchester City.

Sementara itu, pemain Muslim Arsenal lain yang komited terhadap Islam adalah pemain pertahanan muda Armand Traore. Namun pemain dari Akademi Arsenal kelahiran 8 Oktober 1989 itu kini berpindah ke kelab Queens Park Rangers.



Pemain kelahiran Perancis keturunan Senegal ini telah lama memeluk Islam dan pada 2009 lalu ketika masih bermain untuk Arsenal dan beliau mula “sedar” untuk menghilangkan seluruh tatu yang dilakarkan di tubuhnya.

“Saya rasa ini (tatu) menjadi kesalahan terbesar dalam hidup saya, tapi saya akan cuba meluruskan segalanya,” kata Traore.“Agama saya telah memberi keuntungan kepada kehidupan dan kerjaya saya. Saya selalu menjadi muslim tapi tidak pernah mempraktikannya dan saya hanya berkata ‘saya seorang muslim’,” jelasnya.
Agenda Yahudi Di Sebalik Watak Superman

Agenda Yahudi Di Sebalik Watak Superman








Bagaimana watak ‘Superman’ menakluki dunia ?
Muslihat Yahudi gunakan budaya popular secara berkesan . . .




Dalam akhbar beberapa tahun lalu, seorang penyanyi terkenal Faizal Tahir membuat kenyataan bahawa beliau tidak menyedari asal watak Superman. Faizal menggunakan imej itu sebagai sebahagian daripada gimik persembahannya. Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.

Siegel dilahirkan di Cleveland, Amerika Syarikat (AS) sementara Schuster di Kanada pada tahun 1914. Mereka menjadi kawan sekolah di Glenville High School (AS). Di sanalah mereka mula menghasilkan karya bersama: Siegel menulis dialog sementara Shuster melukis.

Pada tahun 1934, Siegel mendapat ilham untuk memulakan cerita seorang bayi dari planet yang lain yang dihantar ke bumi. Bayi itu menjadi Clark Kent, yang bekerja dengan syarikat akhbar Daily Planet. Tetapi Kent bukan sebarangan manusia. Beliau sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa.

Komik sebenarnya baru lahir di AS pada masa itu. Menurut buku Jews and American Comics: An illustrated History of an American Art Form, komik tercipta pada tahun 1933 oleh Charlie Ginsburg, seorang guru separuh masa. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.

Memang bukan rahsia, selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi. Tetapi tidak ada watak lain yang begitu besar kesannya berbanding Superman.Anehnya cadangan komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar $130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti. Apabila kali pertama muncul pada bulan Jun 1934, Superman menjadi komik yang begitu popular.

Penerbitnya membuat keuntungan berjuta-juta dolar. Kedua-dua pelukis itu menyaman syarikat itu tetapi sia-sia kerana hakcipta komik telah diserahkan pada penerbit. Pada tahun 1978 syarikat filem Warner Communications membuat filem pertama Superman.

Filem itu melonjakkan nama pelakon Christopher Reeve. Filem itu mengaut lebih RM962 juta. Hari ini berbilion ringgit telah dipungut dari beberapa buah filem Superman selain francais barangan. Siegel dan Shuster mati papa kedana.

Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk. Jutaan manusia hilang pekerjaan. Pada masa yang sama sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS. Malah tahun-tahun 30-an itu dikatakan dekad anti-Semitism yang paling hebat dalam sejarah negara itu.

Penyokong Nazi menggunakan gerakan German-American Bund untuk mendedahkan “perilaku” Yahudi. Beberapa orang tokoh terkemuka Kristian juga mengecam kaum Yahudi. Kaum Yahudi dihalang dari menyertai banyak persatuan, kelab malah dikurangkan kemasukan ke universiti-universiti ternama. Sentimen yang sama membara di Eropah terutamanya di Jerman.

Adolph Hilter baru sahaja berkuasa. Hitler sedang melaksanakan dasar mengenal pasti kaum Yahudi dan menyalahkan mereka kerana penguasaan mereka dalam pelbagai bidang – khususnya ekonomi di Eropah. Pelaksanaan “penyelesaian terakhir” Hitler ialah dengan membunuh lebih enam juta Yahudi sewaktu Perang Dunia Kedua, peristiwa yang dikenal sebagai Holocaust

.Penanggungan kaum Yahudi inilah yang membetik hasrat Siegel dan Shuster untuk memberikan suntikan semangat secara halus. Superman digambarkan mempunyai dua personaliti, seorang pemberita yang lemah lembut dan pemalu dan yang satu lagi, manusia besi yang boleh menahan peluru dan terbang ke mana sahaja bagi menyelamatkan manusia di mayapada.

Seperti kaum Yahudi yang berhijrah ke AS, Superman juga pendatang. Malah sewaktu Perang Dunia Kedua, Superman juga menjadi askar, sesuai dengan hasrat untuk menunjukkan kaum Yahudi AS juga sama patriotiknya dengan kaum-kaum lain.


Watak Superman yang diilhamkan oleh Siegel ini mengambil semangat dari cerita Nabi Musa yang dihanyutkan di Sungai Nil bagi menyelamatkan Baginda dari Firaun. Dalam komik asalnya bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark. Perkataan “El” dalam Bahasa Hebrew itu ada kaitannya dengan nama Tuhan kaum Yahudi.

Kita tidak tahu apakah kaitan Yahudi pada Superman ini secara sengaja disedari oleh Siegel dan Shuster. Sudah pasti mereka sedar apa yang berlaku di Jerman dan prasangka terhadap kaum mereka di AS sendiri. Ironinya konsep “Superman” (manusia luar biasa) dimulakan oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900).

Beliaulah yang memperkenalkan “Supermensch” dalam bahasa Jerman. Superman dalam bentuk komik itu mengetengahkan sifat-sifat keluarbiasaan yang bukan sahaja memancarkan kekuatan dan kehebatan tetapi juga kecerdikan, tetapi rendah diri dan jujur.

Apakah Superman seorang Yahudi? Ini isu yang sebenarnya telah banyak dibincangkan sebelum ini. Malah sejak tahun 1940 lagi, Menteri Propaganda Adolph Hitler yang berpengaruh bernama Josef Goebbels dalam akhbar Das Schwarze Korps, lidah rasmi Pertubuhan Nazi, mengisytiharkan Superman sebenarnya Yahudi. Beliau menyedari pengaruh komik itu ke atas masyarakat dunia. Bagi Goebbels Superman ialah “alter ego” Yahudi yang berbahaya.

Tahun ini genaplah 75 tahun lahirnya Superman. Orang tidak lagi sedar dari mana asalnya Superman. Watak ini menjadi ikon berbilion manusia di dunia, khususnya kanak-kanak. Superman ialah penyelamat manusia kerdil dan tertindas. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.

Tidak ada salahnya menerima wira seperti ini kerana ia menjadi sebahagian dari budaya popular. Malah tidak ada salahnya memakai pakaian Superman atau seperti Faizal Tahir, menjadikan watak itu identiti persembahannya. Tetapi matlamat dan misi ciptaan seperti ini harus difahami dengan jelas.

Orang Yahudi tidak ramai di dunia ini, mungkin 14 juta orang sahaja. Tetapi mereka bangsa yang cerdik dan berpengaruh. Pengalaman kaum mereka di Jerman mengajar mereka makna survival.Mereka menggunakan filem sebagai wadah penting mengingatkan rasa bersalah Jerman dan dunia pada mereka. Sentimen anti-Yahudi di AS menggerakkan mereka untuk mewujudkan gerakan lobi yang paling ditakuti di negara itu, Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

Penguasaan kaum Yahudi dalam pelbagai bidang. Dalam dunia sastera mereka menggunakan kuasa pengkritik dan industri buku bagi “mengasingkan” orang lain. Pendedahan yang dibuat oleh Richard Kostelanetz dalam bukunya The End of Intelligent Writing: Literary Politics in America yang terbit pada tahun 1973 patut sangat dibaca.

Pada tahun 1973 juga, Paul Finley, bekas ahli Dewan Senat AS, menulis buku They Dare To Speak Out: People and Institutions Confronting Israel’s Lobby yang mendedahkan bagaimana takutnya ahli politik AS dengan lobi Yahudi. Malah bukan rahsia lagi, sesiapapun yang ingin menjadi Presiden AS – termasuk Barack Obama – harus mendapat sokongan atau endorsement dari gerakan lobi Yahudi di AS.

Semua ini mungkin kerana kaum Yahudi menguasai media, budaya popular selain sistem perbankan dan gerakan NGO yang berpengaruh. Banyak orang memandang remeh pengaruh budaya popular terhadap pembentukan minda. Tetapi seperti apa yang berlaku pada watak komik Superman, pengaruhnya cukup besar dan berpanjangan.

Hari ini anak-anak Muslim mengutuk rejim Yahudi kerana menyerang Gaza. Mereka membawa sepanduk anti-Israel dan anti-Yahudi. Dada mereka membara dengan kemarahan. Pada waktu yang sama mereka memakai baju-T bertulis ‘Superman’ wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.

FAKTA :
  1. Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.
  2. Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.
  3. Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti.
  4.  Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.
  5. Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark.
  6. Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.
  7. Selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.
  8. Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.

HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close