LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Pembuat Filem Hina Nabi Peluk Islam

Pembuat Filem Hina Nabi Peluk Islam


AMAUD Van Dorn anggota parti Kebebasan haluan kanan Belanda, sebelum ini telah terlibat dalam pembikinan filem menghina peribadi Rasulullah saw yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia telah memeluk Islam. 

Akhbar-akhbar Saudi termasuk 'Ukkaz dan lain-lain melaporkan bagaimana Arnaud Van Dorn yang sebelum ini begitu anti dan sangat membenci Islam kini sedang berada di Saudi malah turut menyiarkan gambar-gambar beliau antaranya ketika beliau menjahit kelambu Kaabah !

 

Sewaktu beliau menziarahi Masjid Nabawi dan makam Nabi saw beliau dilihat menangis teresak-esak hingga dapat dilihat oleh semua yg hadir.Ketika ditanya apakah puncanya yg membawanya memeluk Islam,beliau menyatakan bahawa :

Sebenarnya reaksi dan kemarahan luarbiasa umat Islam di seluruh dunia ekoran filem tersebut itulah yang telah mendorongnya untuk mengkaji dan mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kecintaan yang begitu mendalam umat Islam terhadap peribadi agung tersebut.

sehingalah pada akhirnya beliau mendapati bahawa Nabi Muhammad saw yangg pernah dimusuhinya itu sebenarnya adalah satu peribadi paling agung dalam sejarah peradaban manusia! 

'Tangisan' beliau semakin kuat ketika beliau berdiri di hadapan makam Baginda saw.Kini beliau merancang untuk mengerjakan umrah dan akan kembali ke Madinah al-Munawwarah. 
ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...
Suara Semut sudah dijelaskan dalam Al Quran

Suara Semut sudah dijelaskan dalam Al Quran


Para penyelidik yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun menyelidik serangga dan memantau frekuensi suara yang dihasilkan oleh serangga. Namun mereka tidak mampu untuk mengesahkan perkara tesebut kecuali hanya mampu merakam suara yang dihasilkan oleh semut! 

Tujuannya adalah untuk mengesan kewujudan semut yang berada pada tanaman pertanian namun mereka tidak mencari cara yang lebih berkesan untuk mengesan suara semut!


Namun yang mengejutkan para saintis adalah bahawa frekuensi suara yang dihasilkan oleh semut berbeza dari seekor semut ke semut yang lain, dan dari satu jenis semut dengan jenis semut yang lain serta dari satu kedudukan ke kedudukan lain! 

Dianggarkan 12 ribu spesis semut di dunia ini dan jumlah semut di bawah tanah lebih banyak berkali ganda dari jumlah manusia. Oleh kerana jumlah yang begitu besar itulah menyebabkan para penyelidik bingung bagaimana kah cara untuk berinteraksi dengan suara-suara tersebut.

Mereka cuma mampu merakam suara yang berbeza terhadap semut dan penyelidikan ini telah diterbitkan pada majalah Journal of sound and vibration (jurnal tentang suara dan getaran) pada tahun 2006. Suara yang pertama kali didengar manusia di dalamnya adalah suara semut!



Hasil penelitian ini telah menunjukkan bahawa semut mengalahkan manusia dalam kemampuan indera pendengaran dan saintis menjangkaka semut menggunakan antenna untuk penghantaran dan menerima frekuensi suara.

Semut menggunakan isyarat suara yang besar seperti peranti penerima suara moden ketika ini, namun berubah selepas kesan dalam proses penapisan atau pemurnian suara, untuk membezakan antara semut dengan yang lainnya! Ini adalah sistem yang sangat canggih dalam berkomunikasi yang tidak diketahui oleh para saintis dan tidak mampu dijelaskan kecuali pada masa sekarang ini. Namun Al-Qur'an telah membicarakan hal ini dan memberitahu kita bahawa semut boleh bercakap:

حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari";

Seorang mukmin tidak mempunyai pengetahuan ini kecuali akan berkata: Subhanallah!
Masjid pertama di Jepun terus utuh hingga kini

Masjid pertama di Jepun terus utuh hingga kini


Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah menyebabkan kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama dalam sejarah peperangan. Akibatnya Jepun menyerah kalah. Dua bandar di Jepun Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Amerika. Saat itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima kesan serangan pengeboman melalui udara walaupun tidak dibom dengan bom atom seperti Nagasaki dan Hiroshima. Boleh dilihat bandar Kobe juga menjadi rata.


Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bawah tanah masjid terselamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat untuk mangsa perang.

Pasca perang dunia II, Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca tingkap baru yang didatangkan khusus dari Jerman. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruang solat utama. Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat ​​Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.


Krisis kewangan sering membawa masalah kepada jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi menyebabkan jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari tabungnya. Walaupun demikian, ramai  penyumbang yang bersedia memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian masjid ini. Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang dengan sumbangan dermawan.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.

Para ahli menyebutkan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat yang saling berlanggar, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan Eurasia. Walaupun gempa berlaku cuma 20 saat, namun gempa ini memakan korban orang awam seramai 6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak Gempa bumi besar Kanto 1923 yang menyebabkan 140,000 orang terkorban. Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak goyah meskipun didera berbagai bencana.

Seharusnya orang Jepun boleh melihat keajaiban ini sehingga beralih kepada Islam tetapi tentunya hidayah hanya milik Allah dan diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya.
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close