LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Penyerang Chelsea Jual kereta Ferrari untuk Muslim Rohingnya

Penyerang Chelsea Jual kereta Ferrari untuk Muslim Rohingnya

Bintang Striker Chelsea, Demba Ba, diberitakan menjual kereta Ferrari kesayangannya untuk infaq bagi membantu Muslim yang mengalami penindasan di Rohingya, Myanmar. Berita tersebut dilaporkan oleh beberapa agensi berita, khususnya yang berbahasa Arab.


Menurut berita yang di laporkan, penyerang The Blues ini menjual kereta mewahnya dan wang itu akan disumbangkan kepada Muslimin Burma yang menjadi mangsa kekejaman oleh orang-orang Budha.

Demba Ba amat dikenali sebagai seorang yang sangat dermawan untuk dakwah Islam di Eropah, seperti menyumbang pembangunan salah satu masjid di London. Dia juga selalu mengekspresikan keislaman kepada dunia dari padang bola, seperti sujud syukur setiap kali berjaya menjaringkan gol. Perkara itu dilakukannya semenjak berada di New Castle United sebelum berpindah ke Chelsea.


Tidak hanya itu, Demba Ba bahkan menghafal beberapa juz dari Al-Qur’an dan selalu menjelaskan Islam di kalangan rakan-rakannya sepasukannya.
Remaja Enggan Kahwin Lepas Terlanjur Zina

Remaja Enggan Kahwin Lepas Terlanjur Zina


Antara akibat meringan-ringankan najis zina. Beritanya..

Enggan kahwin lepas terlanjur
Ampang: Berang selepas kekasihnya enggan bertanggungjawab, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun nekad membuat laporan polis sebaik mendapati dia mengandung hasil hubungan terlarang mereka.

Difahamkan, gadis terbabit yang mengandung hampir dua bulan tidak puas hati selepas hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya itu ditolak. Sumber berkata, mangsa mendakwa mengenali teman lelakinya itu selepas melanjutkan pengajian di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya. 

“Selepas beberapa bulan menjalin hubungan dengan lelaki terbabit, mangsa keluar bersama pada Julai tahun lalu.
“Teman lelaki mangsa sering membawanya ke rumah sewanya di Kampung Pandan, di sini, dan mereka melakukan hubungan seks,” katanya. (myMetro)



Najis zina tidak boleh dipandang ringan. Lihat hukumannya dalam fiqah Islam.

Imam Bukhori meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda:"Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan". 
Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu? 
Beliau bersabda: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, memakan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh seorang wanita mu'min yang suci berbuat zina".

Sedangkan hukuman seorang pezina yang telah menikah lebih berat dari yang belum menikah iaitu dibunuh dengan cara dirajam. Kerana penzina itu telah pernah mengetahui dan merasai nikmat jima’ dengan pasangan baik suami atau isterinya melalui suatu akad pernikahan yang sah menurut syari’at. 

Sedangkan bagi orang yang belum menikah dihukum cambuk atau sebat seratus kali dan diasingkan selama setahun, sebagaimana dalil-dalil berikut :

1. Firman Allah swt :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

  • Artinya : “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2)

2. Dari Abu Hurairoh ra bahwasanya Rasulullah saw pernah memberikan hukuman kepada orang yang berzina (belum menikah) dengan hukuman dibuang (diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali.” (HR. Bukhori)

3. Rasulullah saw menanyakan kepada seorang lelaki yang mengaku berzina, ”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi, ’Bawalah orang ini dan rajamlah'.” (HR Bukhori Muslim)

4. Yang memiliki hak untuk menerapkan hukuman tersebut hanya khalifah (kepala negara Khilafah Islamiyyah) atau orang-orang yang ditugasi olehnya seperti qadhi atau hakim . Qadhi (hakim) memutuskan perkara pelanggaran hukum dalam Mahkahmah pengadilan. Dalam memutuskan perkara tersebut qadhi itu perlu merujuk dan mengacu kepada ketetapan syara’. Yang harus dilakukan pertama kali oleh qadhi adalah melakukan pembuktian benarkah pelanggaran hukum itu benar-benar telah terjadi.

Dalam Islam, ada empat hal yang dapat dijadikan sebagai bukti, yakni:
(1) saksi,
(2) sumpah,
(3) pengakuan, dan
(4) dokumen atau bukti tulisan.

Dalam kes perzinaan, pembuktian perzinaan ada dua, yakni saksi yang berjumlah empat orang dan pengakuan pelaku. Tentang kesaksian empat orang, didasarkan Qs. an-Nuur 24 : 4.
  • "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita (muslimah) yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik."
Dan untuk pengakuan pelaku, berdasarkan beberapa hadits. Ma’iz bin al-Aslami, sahabat Rasulullah Saw dan seorang wanita dari al-Ghamidiyyah dijatuhi hukuman rajam ketika keduanya mengaku telah berzina.

Selain  kedua bukti tersebut, berdasarkan Qs. an-Nuur: 6-9, ada hukum khusus bagi suami yang menuduh isterinya telah berzina.
  • Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.Qs. an-Nuur: 6
  • Dan (sumpah) yang kelima: bahawa la'nat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta Qs. an-Nuur:7
  • Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta.Qs. an-Nuur: 8
  • dan (sumpah) yang kelima: bahawa la'nat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.Qs. an-Nuur: 9

Menurut ketetapan ayat tersebut seorang suami yang menuduh isterinya berzina sementara ia tidak dapat mendatangkan empat orang saksi, ia dapat menggunakan sumpah sebagai buktinya. Jika ia berani bersumpah sebanyak empat kali yang menyatakan bahawa dia termasuk orang-orang yang benar, dan pada sumpah kelima ia menyatakan bahawa laknat Allah SWT atas dirinya jika ia termasuk yang berdusta, maka ucapan sumpah itu dapat mengharuskan isterinya dijatuhi hukuman rejam. 

Namun demikian, jika isterinya juga berani bersumpah sebanyak empat kali yang isinya baawa suaminya termasuk orang-orang yang berdusta, dan pada sumpah kelima ia menyatakan bahawa bahwa laknat Allah SWT atas dirinya jika suaminya termasuk orang-orang yang benar, maka itu dapat menghindarkan dirinya dari hukuman rajam. Jika ini terjadi, keduanya dipisahkan dari status suami isteri, dan tidak boleh menikah selamanya. Inilah yang dikenal dengan li’an.

Disebabkan syarat ada empat orang saksi, seseorang tidak dapat dijatuhi hukuman. Pengakuan dari salah satu pihak tidak dapat menyeret pihak lainnya untuk dihukum. Dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah di ceritakan bahawa ada seorang hamba lelaki yang masih bujang mengaku telah berzina dengan tuannya yang perempuan. 

Kepada dia, Rasulullah menetapkan hukuman seratus cambukan dan juga di asingkan selama satu tahun. Namun demikian Rasulullah Saw tidak secara otomatik juga menghukum wanitanya. Rasulullah Saw memerintahkan Unais (salah seorang sahabat) untuk menemui wanita tersebut, jika ia mengaku baru ia diterapkan hukuman rajam (lihat Bulugh al-Maram bab Hudud). 

Tuduhan perzinaan harus dapat dibuktikan dengan bukti-bukti di atas. Tidak boleh menuduh seseorang melakukan zina, tanpa dapat mendatangkan empat orang saksi. Hal lain dapat berbeza bagi kes perkosaan. Maka yang memperkosalah yang akan menghadapi hukuman di atas, sedangkan bagi korbannya dibebaskan dari hukuman tersebut di atas dan dianggap masih suci bersih.

Namun demikian Allah SWT Maha Pengampun dan Maha penerima taubat hamba-hamba-Nya yang mahu kembali kepada-Nya, bertaubat dengan taubat nasuha, iaitu : memohon ampunan kepada-Nya, menyesali perbuatan buruknya itu, bertekad untuk tidak mengulanginya di masa akan datang dan melakukan berbagai amal shaleh, sebagaimana firman Allah swt :
  • Artinya : “Dan sesungguhnya aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar.” (QS. Thaha : 82)
  • Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Anas bin Malik ia berkata; saya mendengar Rasulullah saw berkata: "Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, tidaklah engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku melainkan Aku ampuni dosa yang ada padamu dan Aku tidak perduli, wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku niscaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemui-Ku dengan tidak mensekutukan sesuatu dengan-Ku niscaya aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." Abu Isa berkata; hadits adalah hadits hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini.

Untuk itu tidak sepatutnya seorang yang telah melakukan suatu dosa sekali pun ia adalah dosa besar berputus asa kerana pintu taubat masih terus dibuka selama nyawa belum berada di tenggkorak dan selama matahari belum terbit dari barat. 

Bahkan Allah swt menjanjikan bagi setiap orang yang berdosa lalu bertaubat dengan sebenar-benarnya akan dihapuskan kesalahannya itu bagaikan seorang yang tidak dosa serta memberikan kemenangan baginya di akhirat dengan syurga-Nya.
  • Artinya : “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (QS. At Tahrim : 8)
  • Artinya : “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An Nuur : 31)
  • Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu 'Ubaidah bin Abdullah dari ayahnya dia berkata; Rasulullah saw bersabda: "Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan seorang yang tidak berdosa."
Kemudian hendaklah si pelaku setelah bertaubat tidak membuka aibnya itu kepada siapapun setelah Allah menutupi aibnya, sebagaimana sabda Rasulullah saw , 
  • ”Setiap umatku mendapat pemaafan kecuali orang yang menceritakan (aibnya sendiri). Sesungguhnya diantara perbuatan menceritakan aib sendiri adalah seorang yang melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari dan sudah ditutupi oleh Allah swt kemudian dipagi harinya dia sendiri membuka apa yang ditutupi Allah itu.” (HR. Bukhori dan Muslim)
Walaupun ada jaminan dari Allah SWT mendapat ampunan bagi yang bertaubat, bukan berarti kita senang-senang boleh berbuat dosa lalu setelah itu bertaubat kerana taubat yang di terima Allah SWT adalah Taubat Nasuha. Taubat yang benar benar sepenuh jiwa dan tidak pernah di ulangi lagi berbuat dosa itu.

Wallahu A’lam bi sawab, wasalamualaikum wr,wb
Sumber data: Alquran dan al hadits dll
Wadi Al-Salaam,Tanah Perkuburan Islam Terbesar/Terluas Di Dunia

Wadi Al-Salaam,Tanah Perkuburan Islam Terbesar/Terluas Di Dunia

Wadi Al-Salaam merupakan tanah perkuburan orang Islam yang terbesar di dunia.Ia terletak di kota suci Najaf, Iraq.

Tanah perkuburan ini mempunyai keluasan sebesar 1485.5 ekar yang mengandungi berjuta-juta kubur.Di fahamkan bahawa tanah perkuburan ini sudah beroperasi sejak 1,400 tahun dahulu!

Klik gambar untuk paparan lebih jelas :





Kedai di Arab Saudi: Tak mampu beli ambil sahaja

Kedai di Arab Saudi: Tak mampu beli ambil sahaja


Business Minded vs Akhirat Minded.

Jika anda tidak mampu beli roti, sila ambil secara percuma. Itu yang berlaku di Arab Saudi. Rezeki tak pernah kurang, Allah tambah lagi...orang kita di sini ada yang dah kaya raya takut hilang kuasa hilang rezeki. Menipu lagi untuk kekal kaya raya kekal kuasa.


Allah berfirman;

“Orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga.”
(QS 65:3)
Pemain Islam Bayern Munich Bengang di simbah Arak Rakan Sepasukan

Pemain Islam Bayern Munich Bengang di simbah Arak Rakan Sepasukan


Munich – Pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery berang dengan tindakan rakan sepasukannya yang mencurahkan arak ke atasnya, ketika pasukan itu meraikan kemenangan dengan menewaskan Augsburg 3-0, sekali gus menjuarai Liga Jerman buat kali ke-23.

Ribery yang beragama Islam itu, nyata tidak suka dengan tindakan Jerome Boateng.

Selama ini Ribery telah memberitahu rakan sepasukannya supaya mereka menjauhi arak daripadanya memandangkan arak adalah haram di sisi agama Islam.

Namun nyata Boateng tidak mendapat mesej berkenaan dan telah mencurahkan arak ke atas kepala Ribery ketika berpesta di tengah padang sewaktu meraikan kejayaan kelab mereka.

“Saya tidak akan bercakap dengan Boateng lagi. Dia tahu bahawa saya seorang Islam,’’ katanya.

Bayern, yang mengesahkan kejuaraan liga pada 6 April lalu, ketika itu masih berbaki enam perlawanan, dianugerahkan trofi Bundesliga selepas mengalahkan Augsburg 3-0.



Kelab itu berpesta dengan kejayaan merangkul semula trofi Bundesliga setelah kali terakhir memenanginya pada 2011.
Bayern Munich Setuju Bina Masjid Di Stadium Kerana Ribery!

Bayern Munich Setuju Bina Masjid Di Stadium Kerana Ribery!

Kelab bola sepak terkemuka dunia, Bayern Munich bersetuju untuk menanggung 85 peratus kos pembinaan masjid dan perpustakaan Islam besar di Stadium Allianz Arena selepas mendapat permintaan daripada pemain utama mereka, Franck Ribery bagi memudahkan pemain serta peminat beragama Islam menunaikan solat lima waktu.

Pihak pengurusan juga akan mencari imam untuk masjid tersebut.
Sebanyak 15 peratus kos selebihnya, akan ditanggung peminat dan pemain.

Sebetulnya Ribery hanya meminta satu ruangan kecil dibina bagi memudahkan beliau dan penyokong untuk bersolat namun Bayern Munich membuat kejutan dengan menyediakan ruangan besar bagi tujuan itu.
Ini bermakna, Bayern Munich menyertai kelab EPL, Newcastle United menyediakan tempat solat untuk umat Islam.





Cristiano Ronaldo mendapat hadiah Al-Quran

Cristiano Ronaldo mendapat hadiah Al-Quran

Semakin dekat dirinya dengan Islam, pemain bola sepak termahal di dunia Cristiano Ronaldo mendapat hadiah mushaf Al-Qur'an di Riyadh, Arab Saudi.

Bintang Real Madrid itu baru-baru ini mendapat hadiah kejutan dari Mobily, syarikat pembekal telefon bimbit Arab Saudi. Pemain dikenali dengan julukan CR7 itu mendapatkan terjemahan Al Quran bahasa Portugal dari syarikat telekomunikasi terbesar di negara Timur Tengah itu.


Pemberian hadiah itu dilakukan dalam sebuah penggambaran iklan terbarunya di dubai. CR7 kelahiran Portugal, 5 Februari 1985 kelihatan di dalam foto sedang menerima hadiah mushaf Al-Qur'an dari seorang lelaki Arab.




Seperti dilaporkan laman tempatan Al-Riyadh, kapten pasukan kebangsaan Portugal ini telah dilantik Mobily untuk menjadi duta mereka. Dengan kontrak bernilai US $ 6 juta, Ronaldo akan membintangi sejumlah iklan Mobily selama tiga bulan dan pengambaraan dilakukan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.

Secara rasmi menjadi bintang iklan Mobily, Ronaldo hadir untuk bergambar sekaligus menerima pemberian hadiah Al-Quran tersebut pada minggu lalu di Riyadh.
Lagenda pengusti Jepun yang pernah berlawan dengan peninju Muhammad Ali masuk Islam

Lagenda pengusti Jepun yang pernah berlawan dengan peninju Muhammad Ali masuk Islam

Ahli gusti ini pernah bertanding dengan Juara Tinju dunia Muhammad Ali, dengan berakhir seri atau berimbang, Inoki terkena 1 hook dari Ali, dan Ali juga sekali dihumban oleh Inoki, dalam pertandingan 15 pusingan.



Ahli gusti Antonio Inoki mempunyai fizikal yang kuat dan beliau merupakan seorang lagenda jepun dikhabarkan telah masuk islam pada tahun 1990-an. Seperti dilaporkan oleh media huffingtonpost.com, pada bulan lepas ahli gusti tersebut mengumumkan namanya islamnya iaitu Muhammad Hussain Inoki. 

Ketika perang teluk pada tahun 1990 dia pernah diutus ke Iraq untuk berunding dengan presiden Iraq ketika itu Saddam Hussein mengenai pembebasan warga Jepun yang djadikan tebusan.


Huffingtonpost.com melaporkan pada bulan Disember yang lalu Inoki mengambil bahagian dalam satu pertandingan International Peace Wrestling Competion bagi meraikan 60 tahun hubungan antara Jepun dan negara-negara di Asia Selatan dalam bidang sukan.

Inoki, yang juga duta keamanan telah mendirikan sebuah akademi gusti di Pakistan yang disokong oleh kerajaan tempatan.



Sebuah stesen TV melaporkan baru-baru ini ketika Inoki berkunjung ke Pakistan,dia menerima ucapan "selamat datang pahlawan". Inoki pertama kali melawat negara itu pada tahun 1976 untuk bertanding melawan ahli gusti Pakistan Pahalwan. Ketika itu pertandingan tersebut dibanjiri hampir 50 ribu orang. 

Di tahun yang sama Inoki juga berhadapan dengan Muhammad Ali, seperti yang dilaporkan Guardian Dia dinilai sebagai "melawan prototaip seni bela diri campuran" di Tokyo. Ali mengenakan sarung tangan sementara Inoki tidak sama sekali.

"Ketika saya menjadi mualaf, orang menyarankan agar saya menukar nama saya menjadi Muhammad Ali tapi saya menolak idea itu kerana saya sudah berjuang melawan Ali peninju hebat," katanya, menurut Dawn.com.


Selama perjalanannya ,pada tahun 2010 inoki menjadi orang Jepun pertama yang dilantik menjadi World Wrestling Entertainment s Hall of Fame, dia berharap boleh membantu lebih untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara Pakistan dan Jepun, dan untuk terus membawa mesej-mesej keamanan di seluruh dunia.

Inoki lahir pada 20 Februari 1943, selain seorang ahli gusti dia juga dikenali sebagai artis seni pertahanan diri. Kini dia dilaporkan tinggal di New York dan Jepun.
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close