LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Michael Jackson telah masuk Islam sejak 2007

Michael Jackson telah masuk Islam sejak 2007

Berita tentang keislaman Raja Pop Michael Jackson masih menjadi kontroversi. Jermaine Jackson iaitu saudara Michael Jackson menegaskan bahawa Michael Jackson sudah menjadi Muslim dua tahun sebelum beliau meninggal dunia.

"Saya yakin Michael memeluk Islam dan tidak mengumumkannya sebelum dia meninggal dunia pada tahun 2009," tegas Jermaine kepada media British (03/06/2013).


Lelaki yang yang masuk Islam di Saudi pada tahun 1990-an dan memakai nama hijrah Muhammad Abdul Aziz ini mendedahkan, keislaman Michael Jackson itu bermula dari buku-buku keislaman yang dihadiahkannya.

"Saya ingat peristiwa dua tahun sebelum Michael Jackson meninggal, ketika saya berada di Saudi untuk menunaikan umrah. Saya membeli 6 buah buku rohani tentang Islam dari Mekah. Lalu buku-buku itu saya hadiahkan kepada Michael setelah pulang ke Amerika, "terangnya.

"Michael menyembunyikan Islam di dalam hatinya dan tidak mengumumkannya. Saya yakin anak-anak Michael juga memeluk Islam dan menyembunyikannya, " katanya lagi.

Jermaine Jackson
Jermaine yang kini tinggal di Dubai mendedahkan kenapa dirinya boleh masuk Islam. Hidayah Ilahi bermula ketika dia bertanya-tanya dan mencari jawapan tentang misteri ketuhanan Isa dan berbagai doktrin Kristian. "Saya mempunyai pertanyaan-pertanyaan yang membingungkan yang selalu saya cari jawapannya, terutama yang berkaitan dengan Kristian dan Isa 'alaihissalam dan saya telah dapat jawapan yang memuaskan setelah saya masuk Islam, "katanya.



Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Gambar : Penemuan Makhluk Asing Di China

Gambar : Penemuan Makhluk Asing Di China


Seorang pemuda di China telah mem'posting' gambar-gambar beliau bersama sebuah benda yang dikatakan sebagai makhluk asing. Menurutnya, makhluk asing ini telah terperangkap di bumi kerana satu kemalangan UFO. Agak meyakinkan, gambar-gambar yang di'posting'nya menunjukkan dirinya berdiri tengah di samping benda agak aneh yang dikatakan dari luar angkasa. Berita ini sedang hangat diperkatakan di laman-laman sosial di China.

“Li, pemilik gambar tersebut, menerangkan dia melihat formasi UFO berlegar di langit pada malam hari di sepanjang Sungai Kuning, Shangdong Binzhou, China,” memetik dari Daily Mail, Isnin, 10 June 2013. Tiba-tiba salah satu benda menyerupai piring itu tersentak jatuh ke bumi. Dan, saat itulah Li menjumpai tubuh salah satu ‘pengunjung’ yang terjatuh.

Li menegaskan, kejadian itu terjadi pada bulan March 2013. Dia kemudian mengawetkan makhluk asing itu di dalam freezer. Namun, polis setempat menyangkal pernyataan Li. Dari kenyataan polis, mereka tidak nampak tanda-tanda kehidupan di dalam benda itu. Malah, polis menegaskan bahawa benda itu hanyalah lobak atau Ginseng yang berkualiti tinggi sehingga mampu terbentuk sedemikian dan menyerupai makhluk asing.

“Makhluk Asing yang diakui dijumpai hingga mati dan diawetkan dalam freezer adalah lobak berkualiti tinggi,”  kata kenyataan rasmi yang di keluarkan Polis. Seakan tidak peduli dengan tanggapan polis, sekumpulan blogger di Cina tetap yakin bahawa Makhluk Asing ditemukan Li mempunyai hubung kait dengan jejak asing berbentuk tapak UFO yang pernah terlihat Hubei. (*/dailymail)






Sebab pemain tengah Real Madrid ini masuk Islam

Sebab pemain tengah Real Madrid ini masuk Islam

Pemain Bola Sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga merupakan pemain tengah Real Madrid mendedahkan alasan disebalik keputusannya memeluk Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan yang beragama Islam semasa remaja telah membawanya untuk mendalami dan mencari tentang agama ini, dan akhirnya dia memutuskan untuk masuk Islam setelah dia berasa dirinya selesa dengan Islam.

Dia berkata, pada awalnya dia berasa kagum dengan keperibadian dan moral sebahagian besar rakan-rakannya yang beragama Islam yang tinggal di bandar Le Havre. Jelasnya lagi, moral rakan-rakannya itu membuatnya ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang kehidupan peribadi mereka.



Pemain yang berkahwin dengan seorang wanita Islam berasal dari Algeria itu dalam wawancara dengan surat khabar Pernacis "L'Equipe", "saya akhirnya mendapati bahawa sumber keperibadian dan moral kawan-kawan saya itu yang menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan, dan inilah yang mendorong saya untuk mendalami agama ini dan mencari nilai-nilai etika yang sangat tinggi dan juga nilai-nilai toleransi. "

Faubert menekankan bahawa kepelbagaian budaya telah memberikan sumbangan yang sangat penting dalam pemahaman agamanya, termasuk isterinya yang berbangsa Algeria yang telah memberikan sumbangan yang penting terhadap pemahaman dan maklumat mengenai agama Islam. 
Samir Nasri: “Islam is Perfect, Muslims are not. Don’t get Confused!”

Samir Nasri: “Islam is Perfect, Muslims are not. Don’t get Confused!”


Pemain Manchester City Samir Nasri memberikan nasihat berkaitan agama yang dianutinya, yakni Islam.Bekas pemain Arsenal itu menyarankan agar setiap orang yang ingin menilai Islam untuk belajar tentang Islam sebelum menilai sesuatu perkara.

“If you want to learn about Islam, go study Islam, don’t study the Muslims! (Jika anda ingin belajar tentang Islam, belajarlah tentang agama Islam, bukan belajar tentang penganut Islam,” demikian pesan Nasri dalam foto berlatar belakang ayat Al-quran yang dimuatnaik Nasri di akaun instagram miliknya, @sn8_official.

Menurut pemain Manchester City itu, jika seseorang ingin belajar tentang Islam, jangan menilai Islam dari seorang Islam. Kerana Islam adalah agama sempurna, dan Muslim tidak selalu sempurna. Kerana itu, jika ada seorang Muslim yang sikapnya tidak baik, bukan bererti ajaran Islam seperti itu.

“Islam is perfect, Muslims are not. Don’t get confused!/SN8 (Islam adalah agama sempurna, Muslim tidak selalu sempurna. Jangan keliru!”

Nasri selama ini dikenali sebagai pemain yang selalu menghadirkan sentuhan Islam ketika bermain di padang.Beliau pernah di lihat berdoa sebelum perlawanan bermula, mengucapkan takbir ketika kelabnya menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2011/2013.
Alkisah seorang tukang kebun

Alkisah seorang tukang kebun

Di musim cuti ini, Zaman balik ke kampung. Ada timun yang dipetik dari dusun ayahnya untuk dijadikan ulam. Dusun ayahnya besar, ada kebun dan taman bunga. Perlukan beberapa pekerja untuk uruskan dusun seluas ini.

“Pahit timun ini. Pekebun ayah ini tahu tanam ke tak? Ini mesti tanam timun di tanah yang pernah ditanam peria. Ini dah patut kena pecat!” kata Zaman.



Ayah Zaman tidak berkata apa-apa dan teruskan makan.

Selepas makan, Zaman melawat keadaan dusun ayah bersama ayahnya. Selama ini Zaman tak pernah nak masuk kawasan dusun. Kerana timun pahit tadi, Zaman ada niat nak pergi menegur pekebun bodoh ayahnya.

“Hmm… ini pekerja bijak. Tak macam pekerja yang tanam timun pahit itu. Buah mangga ditanam diberi baja ini. Memang manis,” kata Zaman yang menjumpai pokok mangga yang lebat berbuah.


Ayahnya diam tidak berkata apa-apa.

Tiba pula di kawasan durian ditanam. Zaman mengutip sebiji durian untuk dimakan. Isinya nipis dan pahit.
“Ini siapa yang jaga pokok durian? Ayah kena tukar orang ini. Tak pandai langsung,” kata Zaman.

Ayahnya juga diam tidak berkata apa-apa.


Tibalah zaman di taman bunga dalam dusun ayahnya. Tempat itu cantik bagaikan kawasan tinggal bidadari. Bunganya mekar berkembang, landskapnya cukup menarik dan semuanya dijaga rapi.

“Ayah kena ambil lebih ramai pekerja yang jaga taman bunga ini. Pasti satu dusun ayah akan berkembang dengan baik,” kata Zaman.

Ayahnya diam dan senyum saja.

“Tapi ayah, hari ini cuti ke? Tak jumpa pun pekebun-pekebun ayah sepanjang perjalanan tadi. Ini mesti curi tulang. Orang macam ini kena buang ayah, tak boleh biar,” kata Zaman lagi.

Ayahnya masih diam.

Selepas itu, Zaman bersama ayahnya tiba di tasik di tengah dusun. Ada seorang pekerja sedang memancing ikan di tasik – seolah-olah mendapat ikan yang besar dengan cara menarik jorannya.

“Ayah, kalau itu pekerja ayah kena pecat. Waktu kerja memancing. Ini memang pemalas. Kalau pekerja lain ikut cara dia, hangus ayah. Ini dusun kita, kita ada etika, kena ada disiplin, kena ada adab kerja, kena patuh pada tuan,” kata Zaman.

Akhirnya ayahnya bersara.

“Roy, datang sini sekejap,” ayah memanggil tukang kebunnya Roy datang menghampirinya.

“Tuan dah datang. Tuan, joran tuan masih tersekat sejak semalam, tak dapat tarik lagi. Rasanya tersangkut akar kayu di bawah. Kena ikhtiar cara sebab mata kail itu berharga. Sayang kalau potong terus,” kata Roy.

“Tak apa biar dulu. Ini Zaman. Anak saya. Zaman ini Roy,” kata ayahnya.

“Roy, pokok-pokok timun di atas tanah peria itu memang pahit. Enta betul, tak boleh tanam terus sejurus selepas tanam peria. Betul juga kata Roy, pokok durian yang ditanam di tanah rata isi kulitnya nipis, nasib baik Roy susun balik pokok-pokok lain di kawasan lereng. Taman bunga itu kalau Roy ada masa, cuba buat air terjun buatan di tengah, rasanya lebih menarik,” pesan ayahnya sebelum beredar.

Mendengar penjelasan ayahnya, Zaman terkedu. Tapi beliau diam.

Rupa-rupanya, Roy seorang tukang dusun yang digaji ayah Zaman sejak 4 tahun yang lalu. Kebun ayahnya kini mendapat hasil yang banyak dan disanjung tinggi.Walaupun hanya dikerjakan seorang, tapi keadaan dusun itu dilihat seperti ramai pekerja yang mengendalikannya.Tapi Zaman tidak tahu menahu dengan perkara tersebut. 

“Orang yang Man puji, kutuk, kritik, dan nak pecat tadi hanyalah Roy seorang. Ayah tak gaji ramai, hanya Roy seorang, sebab dia buat kerja dengan niat bahawa dusun ini milik dia. Jadi dia jaga dengan baik.

Man, menegur ini mudah. Menghina ini tak susah. Tapi sebelum menegur dan menghina, tanyalah diri, sebagai anak ayah, apakah Man pernah bantu usahakan dusun ayah. Masa menegur, Man jangan anggap diri betul dan lebih tinggi darjat Man daripada orang lain.

Sebab mata Man hanya ada dua, yang nampak di depan. Tapi Man terlupa ramai lagi mata memandang kat Man dari keliling yang Man tak nampak. Bahkan tadi, Man terlupa mata ayah dan Allah sedang memandang karenah Man. 

Man komen seolah-olah Man sahaja yang tahu jaga dusun ini. Sebenarnya ayah dan Roy juga sama-sama menjaga dusun ini dan sudah berusaha lama sehingga dusun mendapat hasil. Man masuk dusun kali pertama dah pertikai kerja-kerja yang dilakukan Roy dan ayah. Man komen atas perasaan prasangka – dengan mata niat mencari kesalahan selepas termakan timun pahit. Tak baik itu,” tegur ayahnya.

“Ya ayah. Man sedar sekarang. Tak akan buat lagi,” jawab Zaman.

Ayahnya tersenyum dan bertanya, “Sekarang dah tahu keadaan sebenar, nampak tak nilai Roy dari segi usaha dan kerajinannya menjaga dusun ayah seorang diri?”

“Ya. Kerajinan dan kesungguhannya memang luar biasa. Man pun tak dapat tanding kerajinannya,” jawab Zaman.

“Kan bagus pakai cermin mata yang sangka baik, daripada yang sangka buruk?” jawab ayahnya sambil dua-dua tersenyum.

Bila menegur, jangan anggap diri sendiri betul dan seolah-olah pandangan diri sahaja betul dan lebih tinggi daripada orang lain walhal kamu menegur dengan 2 mata di depan, tapi beribu mata di keliling kamu dan Allah sedang memerhatikan kamu.Tanyalah diri – kamu menegur untuk menghukum macam Zaman ke, menegur untuk membimbing? Buatlah teguran mendidik selalu, teguran menghukum meminta seseorang dipecat macam Zaman cuba elakkan.

Senyum.
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close