LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Iran -Tahanan wanita diperkosa sebelum dihukum mati

Iran -Tahanan wanita diperkosa sebelum dihukum mati

Anggota Tentera Basij Iran sangat ditakuti kerana dilaporkan kerap melakukan perkosaan terhadap para tahanan wanita yang masih dara sebelum tahanan wanita itu dihukum mati. Mereka yang diperkosa adalah para tahanan wanita yang dijatuhi hukuman mati dan masih dara. Perkosaan ini adalah "ritual" wajib, kata salah seorang anggota tentera Basij tersebut.

Salah seorang anggota tentera yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan bahawa ini adalah sebahagian perintah dari pemimpin tertinggi Iran Ali Khameini. Kepada The Jerusalem Post anggota tentera ini mengatakan bahawa pada masa berumur 18 tahun dia pernah diberi "kehormatan" oleh Khameini untuk sementara waktu "menikahi" tahanan wanita muda sebelum mereka dijatuhkan hukuman.



Di negara penganut Syiah ini, adalah haram melaksanakan hukuman mati terhadap wanita jika tahanan tersebut masih dara, demikian menurut salah seorang bekas anggota Basij.

Memetik laporan dari laman Muslimdaily, kerajaan menetapkan pesta "perkahwinan" semalaman sebelum si tahanan wanita dijatuhkan hukuman,si wanita tersebut akan dipaksa untuk melayani nafsu seksual lelaki, Setelah digauli suami "barunya", maka si tahanan wanita sudah "halal" untuk dilaksanakan.

"Aku sangat menyesal, walaupun perkahwinan itu sah dan halal di sini", kata bekas tentera tersebut kepada Jerusalem Post.

Beberapa tahanan wanita diberi ubat tidur untuk membuat mereka tidak sedar, kerana biasanya mereka melawan semasa diperkosa. Menurut banyak saksi, mereka lebih takut pada "malam pertama" mereka daripada hukuman mati yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

"Aku dengar mereka manangis kuat dan berteriak setelah proses perkosaan itu selesai," jelas bekas tentera tersebut.

"Aku tidak akan lupa bagaimana salah seorang gadis tersebut mencakari wajah dan lehernya sendiri dengan kuku-kukunya setelah dia disetubuhi. Dia mengalami kecederaan akibat cakaran kukunya sendiri. "

Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Keindahan Alam Semulajadi Bumi Palestin

Keindahan Alam Semulajadi Bumi Palestin

Jika disebut tentang Palestin, pasti ramai di antara kita yang akan terbayang imej-imej peperangan, penindasan, penderitaan, runtuhan bangunan, pembunuhan dan sebagainya lagi yang menggambarkan sisi buruk dan kucar-kacir bumi anbiya’ ini. Sekarang, sila buang jauh-jauh gambaran tak elok tersebut.

Apakata kita hayati gambar-gambar bumi Palestin ini dari sisi lain (keindahannya) yang mungkin anda tidak pernah lihat sebelum ini.

Winter in Jerusalem

Northern Palestine
Tabarreya
Naharya
Church of Nativity, Bethlehem
Bisan
Northern Lakes
Al-Naasera
Al-Naqab Negev

Al-Naqab — Negev



Akka Wall



Al-Khalil


Jerusalem



Safad

Tabariyya

Ingrid Mattson pemimpin organisasi Islam terbesar di Amerika

Ingrid Mattson pemimpin organisasi Islam terbesar di Amerika


Islamic Society of North America (ISNA) tepat sekali memilih Ingrid Mattson sebagai orang penting dalam organisasi itu.

Ramai yang bersetuju bahawa Ingrid sangat tepat untuk memimpin Komuniti Islam Amerika Utara, yang merupakan salah satu pemimpin agama yang kini cukup berpengaruh di Amerika Syarikat.

Tiada siapa yang menyangka bahawa mualaf ini akan memimpin sebuah organisasi besar dan berpengaruh di Amerika.Siapakah sebenarnya Ingrid dan bagaimana kisah hidupnya sehingga boleh menjadi muslimah tersohor?

Bersama kita telusurinya, insya’Allah.

*****
Ingrid Mattson dilahirkan Kitchener, Waterloo, Ontario, Kanada pada 1964. Beliau lahir daripada keluarga yang mengamalkan fahaman Katolik Roma dan sangat taat. Waktu kecil beliau membesar sebagai anak yang rajin dan sentiasa ke gereja.

“Saya adalah kanak-kanak yang biasa dan sederhana,” ujar Ingrid dalam buku 'Seeking Truth Finding Islam’ (Kisah Empat Mualaf yang Menjadi Duta Islam di Barat) di halaman 44.

Walaupun beliau  membesar dalam lingkungan Kristian di Kitchener, Ontario, Kanada, di usianya yang ke 16 tahun, Ingrid memutuskan berhenti pergi ke gereja. Ketika itu Ingrid sempat menjadi atheis iaitu tidak mempercayai Tuhan.

Ingrid memilih untuk fokus menimba ilmu di Universiti Waterloo dan memilih jurusan Seni dan falsafah. Dan bermula daripada itulah dirinya mengenal cahaya Islam.

Di Jabatan Seni Rupa Universiti Waterloo, beliau berkelana ke pelbagai muzium sejarah dan seni. Tanpa dirancang, di Muzium Louvre yang berada di tengah Kota Paris, Ingrid berkenalan dengan beberapa Muslimah dari Senegal.

Mattson terpesona dengan ketulusan dan martabat yang dilihat daripada diri teman-teman Muslimnya itu.

Namun di saat para muslim tersebut menghadapi prasangka buruk di sekelilingnya. Dan perkara itulah yang kemudian membawanya untuk mempelajari Al-Quran.

“Mereka punya kebijaksanaan yang seimbang,” ujarnya.
Sejak itu, Ingrid mula menggali tentang ketuhanan dan keperibadian Muhammad melalui Al-Quran terjemahan.

Yang membuatkannya semakin tertarik dengan Islam adalah semua umat Muhammad tidak hanya mengikutinya hal beribadah, tetapi juga di dalam semua aspek kehidupan, bermula dengan kebersihan diri hingga cara layanan mereka terhadap anak-anak dan jiran.

Pada tahun 1986, Ingrid telah memutuskan bersyahadah dan menjadi muslimah dan beliau pun menukar pakaiannya dengan pakaian muslimah lengkap dengan bertudung. Waktu  itu, usianya baru mencapai 23 tahun.

Waktu pertama kali solat, Mattson sangat terkejut dengan perasaan yang hadir padanya iaitu rasa kedekatan yang sangat dengan ‘Tuhan yang telah hilang sejak remaja’ dari dalam dirinya.

“Tuhan tidak lagi ada di gereja, tetapi ada di mana-mana. Dia ada di alam, seni dan wajah-wajah muslimah yang ikhlas,” ujar Mattson.Pada tahun 1987, Mattson lalu memutuskan pergi ke Pakistan untuk menjadi sukarelawan kemanusiaan.

Selama berada di Pakistan, Mattson akhirnya bertemu seorang pemuda yang juga menjadi sukarelawan, Aamer Atek, seorang jurutera asal Mesir dan keduanya memutuskan untuk berkahwin.Mattson mendapatkan gelar P.H.D. Pengajian Islam dari Universiti Chicago pada tahun 1999.

Beliau terus menjadi sangat aktif dalam mendidik Muslim Kanada untuk menjadi peserta aktif dalam masyarakat Kanada. Hinggalah pada tahun 2001 Mattson terpilih menjadi Naib Presiden ISNA.

Selama menjadi wakil, Mattson dinyatakan mempunyai reputasi dan nilai yang cemerlang. Hal itulah yang kemudian pada tahun 2006 menobatkannya sebagai presiden wanita pertama dalam organisasi itu.

Nama Ingrid Mattson sempat menjadi topik perbualan hangat di pelbagai media Barat. Hal ini lantaran namanya masuk dalam senarai salah satu tokoh yang diundang pada Pidato Barack Obama, setelah calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat itu menang dalam pilihan raya lalu.

Ketika itu, Mattson masih menjawat jawatan sebagai presiden Komuniti Islam Amerika Utara (ISNA) merupakan salah seorang pemimpin agama yang akan berucap selepas dimulakan dengan doa, di Cathedral Nasional di Washington DC, sehari selepas pelantikan Obama sebagai presiden AS ke-44.

Undangan yang ditujukan kepada Mattson ini menjadi kontroversi awam Amerika kerana organisasi yang beliau pimpin dituduh mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas.

Sebagaimana diketahui, pada Julai 2007, pendakwa persekutuan di Dallas, mengajukan tuntutan kepada ISNA kerana didakwa mempunyai rangkaian dengan Hamas organisasi Islam di Palestin yang dikumpulkan Kerajaan AS sebagai organisasi pengganas. Namun, Mattson mahupun organisasinya tidak pernah dihukum.

Pendakwa hanya menyatakan mempunyai bukti-bukti dan kesaksian yang dapat menghubungkan kumpulan tersebut ke Hamas dan rangkaian radikal lain.
Senarai Pemain Bola Sepak Muslim English Premier League 2012/2013

Senarai Pemain Bola Sepak Muslim English Premier League 2012/2013


Di waktu kita sedang berada di bulan Ramadhan, maka kesempatan kali ini kami akan memberikan nama-nama pemain bola Muslim yang bermain untuk kelab-kelab di English Premier League musim 2012-2013.

Seperti yang diberitakan dari BBC, Liga Inggeris pada awalnya hanya mempunyai seorang pemain muslim, yakni Nayim yang bermain sebagai midfielder di kelab Tottenham Hotspur. Kini, jumlah pemain Muslim meningkat lebih kurang sekitar 40 orang di Liga Perdana Inggeris.

Jika dikira, pemain bolasepak Muslim yang bermain di English Premier League dapat membentuk 3 'team' mereka sendiri. Di antara pemain Muslim yang popular dan dikenali adalah Samir Nasri (Manc. City), Demba Ba (Chelsea), Papiss Cisse (Newcastle United), Marouane Fellaini (Everton), dan masih banyak yang lain.

Berikut senarai pemain yang menganut agama Islam yang bermain di English Premier League. Jika ada nama-nama pemain yang tiada dalam senarai ini, Anda boleh menambahkannya dengan menaip di ruangan komen di bawah.

1. ARSENAL
  • Bacary Sagna - Pemain Pertahanan
  • Vassiriki (Abou) Diaby -  pemain tengah

2. ASTON VILLA
  • Karim El Ahmadi - pemain tengah
  • Yacouba Sylla -  pemain tengah

3. CHELSEA
  • Demba Ba - Penyerang 

4. EVERTON
  • Marouane Fellaini - pemain tengah

5. FULHAM
  • Mahamadou Diarra - pemain tengah
  • Kerim Frei -  pemain tengah
  • Pajtim Kasami -  pemain tengah
  • Philippe Senderos - Pemain Pertahanan 
  • Ashkan Dejagah -Pemain Sayap

6. LIVERPOOL
  • Oussama Assaidi - Penyerang 
  • Samed Yesil - Penyerang

7. MANCHESTER CITY
  • Kolo Toure - Pemain Pertahanan
  • Samir Nasri -  pemain tengah
  • Yaya Toure - pemain tengah
  • Edin Dzeko - Penyerang
  • Abdul Razak -  pemain tengah
  • Abdisalam Ibrahim -  pemain tengah 
  • Mohammed Abu - pemain tengah

8. NEWCASTLE UNITED
  • Massadio Haidara -  Pemain Pertahanan
  • Hatem Ben Arfa - pemain tengah
  • Cheick Tiote -  pemain tengah
  • Mehdi Abeid - pemain tengah
  • Moussa Sissoko -  pemain tengah
  • Papiss Cisse - Penyerang 
  • Mapou Yanga Mbiwa - Pemain Pertahanan
  • Haris Vuckic - pemain tengah

9. QUEENS PARK RANGERS
  • Armand Traore - Pemain Pertahanan
  • Samba Diakite -  pemain tengah
  • Adel Taarabt - pemain tengah

10. READING
  • Jem Karacan - pemain tengah

11. STOKE CITY
  • Asmir Begovic - Penjaga Gol
  • Mamady Sidibe - Penyerang 

12. TOTTENHAM HOTSPUR
  • Younes Kaboul - Pemain Pertahanan
  • Moussa Dembele - Penyerang 

13. WEST BROMWICH ALBION
  • Youssouf Mulumbu -pemain tengah
  • Yassine El Ghanassy - Pemain Sayap 

14. WEST HAM UNITED
  • Mohamed Diame -pemain tengah
  • Alou Diarra - pemain tengah
  • Modibo Maiga - Penyerang 
  • Marouane Chamakh - Penyerang 

15. WIGAN ATHLETIC
  • Arouna Kone - Penyerang 
  • Ali Al Habsi - Penjaga Gol 

Berpuasa Tidak Menghalang Untuk Hasilkan Gol

Berpuasa Tidak Menghalang Untuk Hasilkan Gol


LONDON: Pemain bolasepak Muslim yang bermain di liga Eropah begitu gembira dengan kehadiran bulan suci Ramadhan. Sayang, kegembiraan itu tidak dirasakan pengurus ataupun agen pemain yang bersangkutan. Situasi ini memang menjadi dilema. Namun, keyakinan teguh, mengiring mereka pada satu keyakinan, bahawa Ramadhan bukanlah halangan dalam kerjaya sebagai pemain bola sepak. 



Memetik laporan dari BBC Sport, pemain Arsenal Abou Diaby mengatakan Ramadhan merupakan waktu yang penting dan istimewa bagi dirinya.Pemain Muslim lainnya, Demba Ba, mengakui masih bermasalah dengan pengurusnya berkaitan soal Ramadhan. Berulang kali dia meyakinkan pengurusnya itu bahawa dia akan tetap berpuasa selama Ramadhan walaupun musim Premier League telah bermula.

Selain masalah Ramadhan, mereka juga menghadapi dilema dalam soal jersi. Mereka dihadapkan satu masalah berupa pemasangan logo sponsor yang bertentangan dengan keyakinannya. Itulah yang dialami penjaga gol kelab bolasepak Wigan, Ali Al-Habsi.Walaupun tidak berkenan dengan apa yang tertera pada jersi yang dikenakannya, dia mencuba bersikap profesional. Yang terpenting baginya, ia tidak seperti apa yang tertera pada jersi yang dipakainya. 

Sejak tahun 2000-an, semakin banyak pemain bolasepak Muslim yang dikenali di peringkat antarabangsa. Kehadiran mereka menjadi warna baru dalam sukan yang digemari kebanyakan orang di dunia ini. Para pemain Muslim ini selanjutnya memperomosikan Islam dan Muslim dengan cara mereka sendiri.
Ketika Dalam Penerbangan ,Demba Ba mendengar Surah Al-Waqiah

Ketika Dalam Penerbangan ,Demba Ba mendengar Surah Al-Waqiah

Demba Ba ,pemain Chelsea yang sudah terkenal sebagai seorang Muslim yang taat. Setiap kali beliau berjaya menjaringkan gol,  dia akan melakukan sujud syukur.

Gambar kecil adalah Mario Balotelli

Dalam bulan Ramadhan, dia selalu berpuasa penuh satu bulan, walaupun jadual latihan dan pertandingan begitu padat.

Kolo Toure, pemain Liverpool yang juga beragama Islam mengatakan bahawa Demba Ba selalu menjadi lebih kuat setelah melakukan puasa Ramadhan.

Dalam jelajah pramusim Chelsea ke Bangkok, Thailand,Demba Ba memuatnaik foto aktivitinya ketika dia berada di dalam kapal terbang.



Melalui akaun twitter peribadinya @dembabafoot, dia menulis ”Off to Bangkok. See you in the morning.”Kemudian,Demba Ba kembali men'twitt' gambar Alquran yang menemaninya ketika perjalanan jauh ke Bangkok.

Di gambar tersebut,Demba Ba sedang mendengarkan Surah Al-Waqiah melalui telefonnya. ”With this in my ears , for sure i’ll be relax for the looooong trip,” tulis demba ba di twitter miliknya.

Demba Ba ketika bermain bersama Newcastle
Kolo Toure: “Saya selalu berpuasa penuh setiap tahun”

Kolo Toure: “Saya selalu berpuasa penuh setiap tahun”

Tahun ini Kolo Toure genap berusia 32 tahun. Lebih dari sepuluh tahun dia bermain bola di England. Mula terkenal di Arsenal, dia kemudiannya dibeli oleh Manchester City dengan harga yang tinggi. Tahun ini kontrak Toure bersama City tamat dan kini dia pancing oleh Liverpool.


Toure, berasal Ivory Coast merupakan salah seorang pemain bola sepak Muslim di Liga Perdana. Berbanding dengan liga lain, liga EPL jauh lebih keras dengan corak permainan kick and rush yang memerlukan tahap fizikal yang baik. Bagaimana Toure menyikapi puasanya di bulan Ramadan semasa persiapan musim depan? Berikut petikan wawancaranya:

Bagaimana puasa anda sekarang ini?

Anda pasti memerlukan disiplin. Bagi saya, lima hari pertama puasa itu sukar tetapi selepas itu, badan saya mula menyesuaikan diri dan anda akan merasa benar-benar bahagia,

Mengapa begitu? Mengapa puasa membuat anda bahagia?

Ketika puasa, anda membersihkan tubuh anda dan anda merasa lebih kuat setelah Ramadan. Saya baru saja menonton sebuah program di BBC tentang Demba Ba (penyerang Chelsea). Dia telah menghasilkan banyak gol setelah Ramadan kerana dia jauh lebih cergas. Saya fikir itu menakjubkan bagaimana Ramadan boleh membuat anda benar-benar kuat.

Setiap tahun, khabarnya anda selalu berpuasa ..

Kerjaya saya di England sudah bertahun-tahun. Apa yang penting adalah anda perlu makan dengan baik. Sangat penting bahawa anda makan makanan yang tepat kerana anda boleh mengalami lebihan berat badan atau anda kekurangan makanan dalam tubuh anda. Saya minum sangat banyak pada malam harinya.



Bagaimana dengan keadaan di Liverpool berkenaan dengan ibadah puasa anda?

Semua orang di kelab dan juga doktor sangat membantu serta menyokong saya. Mereka memberi saya banyak perkara yang membantu saya merasa lebih baik.

Anda masih berpuasa selama latihan?

Bagi saya, berlatih ketika berpuasa tiada masalah kerana secara mental saya bersedia untuk itu. Saya tetap memberikan 110 peratus kemampuan saya dalam latihan. Saya tidak akan pernah berkata: 'Tidak, saya tidak mahu melakukan latihan seperti itu.' Saya ingin berlatih sama tahapnya, saya ingin membantu rakan sepasukan saya dan saya mahu memenangi setiap perlawanan.

Apa erti Ramadan buat anda?

Saya akan meraikannya seperti setiap Muslim yang lain di dunia dengan keluarga, isteri dan anak-anak saya. Mereka akan berada di Liverpool sini nanti.

Dan bagaimana dengan lebaran?

Itu hari kemenangan. Semua orang sangat gembira kerana telah menjalani bulan yang sukar sehingga lebaran menjadi sebahagian yang penting. Kami akan makan, meraikan, dan saling memberikan salam. Kami menikmati hari itu.

Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Tujuh Khasiat Kurma yang perlu anda tahu

Tujuh Khasiat Kurma yang perlu anda tahu

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.

“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.



Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.



2)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Mursi antara individu paling berpengaruh ke-4 di dunia

Mursi antara individu paling berpengaruh ke-4 di dunia

Kekerasan dan pertembungan yang berlaku antara penyokong dan penentang presiden Mursi terus menjadi tumpuan awam antarabangsa. Majlis tentera Mesir melakukan rampasan kuasa presiden pertama Mesir yang dipilih melalui pilihan raya bersih dan adil ini.

Namun, siapa sangka, pada masa jawatannya sebagai presiden Mesir, Muhammad Mursi dinobatkan sebagai orang yang paling berpengaruh berada di tempay ke empat di dunia dalam Majalah Time.

Majalah Time mendedahkan bahawa Mursi adalah presiden pertama dari kalangan awam yang dipilih oleh rakyat secara demokratik di Mesir. Beliau menghargai kepelbagaian dan kemajmukan sehingga melibatkan tokoh-tokoh bukan muslim dalam pemerintahannya. Mursi juga menolak seruan untuk berlaku represif dan mengekang terhadap kelompok liberal mahu pun sekular.



Time juga menyebutkan keberanian Mursi dan ketegasan dirinya berperanan dalam menghentikan perang antara Israel dan Hamas pada perang lapan hari, November 2012. Mursi juga kerap menyatakan seruan tegas agar presiden Syria, Bashar Assad mengundurkan diri.

Majalah berkelas 'dunia' ini juga menyatakan Mursi tetap menjadi individu yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, meskipun cabaran dalam negara terus menghadangnya dan kemuncaknya adalah ketika ini apabila tentera melakukan rampasan kuasa.

Semoga Mursi selamat dari kekejaman tentera firaun, amin. Syiah dan yahudi melihat kepimpinan khilafah akan mencampakkan mereka ke pintu neraka. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Demba Ba mengerjakan umrah ,dilihat lebih Islamik

Demba Ba mengerjakan umrah ,dilihat lebih Islamik


Tidak seperti bintang bolasepak lain yang kebanyakan menghabiskan musim cuti dengan bersantai di pantai, Demba Ba memanfaatkan cuti musim panas dengan mengerjakan umrah. Akhir Jun lalu, Demba Ba,bintang bolasepak muslim yang bermain di Liga Primer Inggeris tersebut mengerjakan umrah ke Mekkah dan Madinah.

Melalui akaun Twitter miliknya, Demba Ba memuatnaik foto menara Masjid Nabawi yang berada di Madinah. Di posting-an tersebut, penyerang Senegal yang bermain untuk kelab Chelsea itu mengatakan, Madinah adalah kota yang paling damai di muka bumi.

"Setelah di Masjid Al-Haram, inilah  Masjid Nabawi," tulis Demba Ba selepas memuatnaik foto menara Masjid Nabawi, Rabu, 26 Jun 2013.

"Madinah kota yang paling damai di muka bumi." katanya.

Mungkin setelah mengerjakan umrah , Demba Ba merasakan ada sedikit siraman damai dalam hatinya. Penyerang Chelsea yang baru Januari lalu dibeli dari Newcastle United itu segera mengganti biografi dan avatar akaun Twitter miliknya.


Gambar Kaabah kini terpampang sebagai avatar akaun Twitter Demba Ba. Akaun Twitter Demba Ba @dembabafoot itu juga menarik, dengan mengutip surat Ar-Rahman ayat 60, "Tidak ada balasan kebaikan daripada kebaikan." 

Biografi Demba Ba di akaun Twitter miliknya menegaskan penampilannya yang islamik, selain selalu bersujud atau menadah tangan sambil berdoa di atas padang apabila beliau berjaya menghasilkan gol.
Janet Jackson tinggalkan dunia nyanyian setelah peluk Islam

Janet Jackson tinggalkan dunia nyanyian setelah peluk Islam

Media dnaindia.com melaporkan pada 26/6/2013 bahawa Janet Jackson telah berpindah ke timur tengah dan menukarkan namanya kepada Jannat setelah beliau memeluk agama Islam. Janet Jackson melangsungkan perkahwinan mewah disambut secara besar-besaran dengan jutawan Wissam Al Mana beberapa bulan yang lalu dan sejak itu Janet meninggalkan dunia nyanyian.


Janet berkata, dia memilih untuk meninggalkan dunia muzik dengan alasan dia dapat bersama dengan suaminya tanpa gangguan dari pihak media. Janet kini berusia 47 tahun, berehat panjang setelah mengeluarkan album sejak 1982 lagi.

Alhamdulillah, semoga Jannat menjadi muslimah yang taat. Amin, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close