LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Berpuasa Tidak Menghalang Untuk Hasilkan Gol


LONDON: Pemain bolasepak Muslim yang bermain di liga Eropah begitu gembira dengan kehadiran bulan suci Ramadhan. Sayang, kegembiraan itu tidak dirasakan pengurus ataupun agen pemain yang bersangkutan. Situasi ini memang menjadi dilema. Namun, keyakinan teguh, mengiring mereka pada satu keyakinan, bahawa Ramadhan bukanlah halangan dalam kerjaya sebagai pemain bola sepak. 



Memetik laporan dari BBC Sport, pemain Arsenal Abou Diaby mengatakan Ramadhan merupakan waktu yang penting dan istimewa bagi dirinya.Pemain Muslim lainnya, Demba Ba, mengakui masih bermasalah dengan pengurusnya berkaitan soal Ramadhan. Berulang kali dia meyakinkan pengurusnya itu bahawa dia akan tetap berpuasa selama Ramadhan walaupun musim Premier League telah bermula.

Selain masalah Ramadhan, mereka juga menghadapi dilema dalam soal jersi. Mereka dihadapkan satu masalah berupa pemasangan logo sponsor yang bertentangan dengan keyakinannya. Itulah yang dialami penjaga gol kelab bolasepak Wigan, Ali Al-Habsi.Walaupun tidak berkenan dengan apa yang tertera pada jersi yang dikenakannya, dia mencuba bersikap profesional. Yang terpenting baginya, ia tidak seperti apa yang tertera pada jersi yang dipakainya. 

Sejak tahun 2000-an, semakin banyak pemain bolasepak Muslim yang dikenali di peringkat antarabangsa. Kehadiran mereka menjadi warna baru dalam sukan yang digemari kebanyakan orang di dunia ini. Para pemain Muslim ini selanjutnya memperomosikan Islam dan Muslim dengan cara mereka sendiri.
Breaking News close button
Back to top

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Show EmoticonHide Emoticon

HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close