LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Malam Ketika Hasan al-Bana Terbunuh

Malam Ketika Hasan al-Bana Terbunuh



SEORANG tua - berusia sembilan puluh tahun, membuka pintu rumahnya, menjelang tengah malam, ketika mendengar ketukan. Seorang pegawai tentera membawa jenazah, yang tak lain, adalah anaknya sendiri yakni Hasan al-Banna.Tanggal 12 Februari 1949, adalah peristiwa pertama bersejarah bagi Jemaah Al-Ikhwanul Al-Muslimin, di mana pemimpin jemaah itu, dibunuh oleh Raja Farouk.
Malam itu, pegawai tentera itu mengatakan kepada orang tua tersebut: “Tidak boleh ada suara, tidak boleh ada tangisan, tidak boleh ada ucapan takziah, dan tidak boleh orang lain yang ikut mengurus jenazah itu, tidak boleh ada yang mengiringi jenazah ke tempat perkuburan. Kecuali, keluarga yang berada di rumah itu, dan jam sembilan pagi, jenazah itu harus dikubur!”
Menjelang pagi hari , pegawai itu datang lagi, dan memberi arahan: “Bawalah anakmu untuk dikubur!”
“Bagaimana cara membawanya. Silakan pegawai yang membawanya?” jawab orang tua tersebut.
Jawab pegawai tersebut  : “Keluargamu yang membawa! Cepat!”
Di pagi hari, orang tua yang sudah lanjut usianya itu mengurus sendiri anaknya. Ia mengusap seluruh tubuh anaknya yang penuh dengan darah akibat tembakan. Orang tua itu menyembahyangkan jenazah Hasan al-Banna bersama anak lelakinya yang masih kecil dan keluarga isterinya. Kemudian, menggali liang dan menguburkan jenazah anaknya dengan bantuan isteri dan anak-anaknya. Tanpa bantuan dari siapapun.
11-12 Februari, l949, di Amerika ,pada waktu yang sama, Raja Farouk mengadakan pesta besar, merayakan ulang tahun kelahirannya ,perpaduan antara ulang tahun raja, dan perayaan atas kematian Hasan al-Banna..
sumber - islampos
Penemuan Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS

Penemuan Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS

Penemuan Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tidak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pandangan anda?




Kemurkaan Allah Terhadap Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS

Allah s.w.t. telah merakamkan dalam al-Qur’an sebuah kisah yang amat mengerikan dan dahsyat pernah berlaku di atas muka bumi ini. Kisah ini juga merupakan mesej untuk memberitahu betapa murkanya Allah s.w.t. terhadap sikap dan tindakkan manusia yang menentang kebenaran dan melampau sehingga menyebabkan kerosakan di muka bumi.

Kaum ‘Aad merupakan kaum yang mahir dalam seni bina sehingga mereka mampu mendirikan bangunan dan gedung-gedung indah di setiap tempat tinggi dengan harapan mereka dapat hidup selama-lamanya.

Allah s.w.t. mengutus kepada kaum ‘Aad seorang Nabi yang dilantik daripada kalangan mereka iaitu Nabi Hud a.s. untuk memberi peringatan. Malangnya kaum ‘Aad menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s.

Allah s.w.t. merakamkan kisah tersebut dalam al-Qur’an :

“Dan (Hud berkata) : ‘Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.’

Kaum ‘Aad membalas : ‘Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagiaan sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu’.”

Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana kaum ‘Aad dibinasakan dalam firman-Nya :

“Adapun ‘Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin rebut yang kencang , yang melampau kencangnya, yang diarahkan menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus menerus. (Kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati , seolah-olah mereka , batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?”  (Surah al-Haaqqah ayat 6-8)

Kajian geografi menunjukkan bahawa tempat tinggal kaum ‘Aad ialah di bumi Ahqaf yang terletak di sebelah utara Hadramaut. Disebelah utaranya terletak Ar Rab’ Khali, manakala timurnya ialah Oman . Mereka ialah kaum yang menyembah berhala, antaranya yang bernama Waddn, Suwa’an, Yaghus, Ya’uq dan Nasran. Kaum ‘Aad yang dibinasakan ialah kaum ‘Aad yang terdahulu (pertama). Adapun kaum ‘Aad yang terkemudian (kedua) mereka menetap di Yaman.

Menurut cerita daripada penduduk Hadramaut . Sesungguhnya Nabi Hud a.s menetap di Hadramaut selepas kaum ‘Aad di binasakan sehingga baginda wafat dan dikebumikan ditimur Hadramaut iaitu dua marhalah daripada bandar Turim berhampiran lembah (Barhut)

Allah s.w.t. telah menyebutkan kehebatan kaum ‘Aad dalam firman-Nya yang bermaksud : “Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap kaum ‘Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya (sesuai dengan penduduknya.)  (Surah al-Fajr ayat 6-7)

Seorang ahli arkeologi bernama Nicholas Clapp telah menemui lokasi lagenda purba itu. Daripada penemuan arkeologi tersebut didapati bahawa menara dan tiang-tiang yang disebutkan dalam al-Qur’an begitu mengagumkan dan mempunyai bentuk-bentuk khas . Catatan sejarah mendapati kaum ‘Aad adalah kaum yang terkaya di dunia. Mereka sangat maju dalam pertanian ‘frankincence’ , salah satu tanaman yang paling berharga pada waktu itu. Manakala hasil daripada penggalian , telah ditemui sisa runtuhan sebuah kota yang amat luar biasa. Kota tersebut dikelilingi dinding memiliki ukuran begitu luas dan istananya merupakan bangunan yang sangat menakjubkan. Tiang-tiangnya memiliki teknologi arkitektual yang tinggi, berbentuk bulat dan disusun dalam serambi yang melengkung, berlapis emas atau perak. Ruang-ruang di antara tiang-tiang tersebut sangat mengagumkan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ.- سورة فصلت﴿١٥﴾
Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: Siapakah yang lebih kuat dari kami? Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya). - Fushshilat – 15

Begitulah sikap kaum ‘Aad sehingga mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t . Akibatnya mereka dibinasakan dengan taufan.  – (Dipetik dari tulisan Ustaz Mohd Wahid Abd. Hanif dari Majalah Solusi 05/2009)

Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.

Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.

Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.

Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?

Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .

Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ‘Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:

      أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ﴿٦﴾ إِرَمَ ذَاتِ ٱلْعِمَادِ ﴿٧﴾ ٱلَّتِى لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِى ٱلْبِلَـٰدِ ﴿٨﴾
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

Hanya Allah s.w.t. yang mengetahuinya dengan tepat.



Sejauh mana kebenaran gambar-gambar ini hanya Allah Ta’ala yang mengetahuinya. Wallahu’alam….

Antara dua Presiden Mesir

Antara dua Presiden Mesir

Sekadar menyingkap kisah antara dua presiden Mesir. Duka dan sukanya pasti ada. Namun tentunya besar harapan umat dunia, ingin sekali melihat negara Mesir dikembalikan kepada Dr Muhammad Mursi selaku Presiden Mesir yang sah.

Moga segera ternokhtah kekejaman junta tentera dan pertumpahan darah di negara yang banyak mengukir seribu satu kisah.

Moga segera Allah Subhanahu Wa Taala datangkan ansorullah (penolong Agama Allah) kepada negara Mesir dan seluruh negara yang sedang dicengkam hebat oleh pemimpin yang zalim, insya-Allah.


1. Mubarak digulingkan setelah majoriti rakyat turun selama 18 hari. Mursi dirampas kuasanya oleh tentera setelah rakyat turun pada malam 30 Julai lalu.

2. Penyingkiran Mubarak setelah 30 tahun menduduki kerusi hasil daripada proses pilihan raya yang penuh kecurangan dan manipulasi. Kudeta terhadap Mursi setelah setahun menduduki kerusi presiden yang merupakan hasil pilihan raya bersih dan adil disaksikan seantero dunia.

3. Penggulingan Mubarak menyaksikan mayat bergelimpangan sebelum pengumuman pengunduran yang dibacakan oleh Omar Sulaiman. Penggulingan Mursi menyaksikan pertumpahan darah terjadi pasca pengumuman oleh tentera.

4. Turunnya Mubarak disambut penuh sukacita oleh majoriti umat Islam dunia. Tersingkirnya Mursi disambut penuh dukacita oleh majoriti umat Islam dunia.

5. Penggulingan Mubarak diikuti kesedihan Israel. Penggulingan Mursi diikuti kesedihan Palestin.

6. Penggulingan Mubarak adalah lambang berakhirnya pemerintahan diktator. Penggulingan Mursi adalah lambang kembalinya pemerintahan diktator.

7. Pasca penggulingan Mubarak, media bebas beraksi. Pasca penggulingan Mursi, banyak media disekat.

8. Penggulingan Mubarak diakui antarabangsa sebagai hasil revolusi rakyat. Penggulingan Mursi dinilai oleh dunia antarabangsa sebagai kudeta tentera.
Cara Pelik Orang Syiah Solat (18 Gambar)

Cara Pelik Orang Syiah Solat (18 Gambar)


Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.

Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:

KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS.


Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.


Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.


Syiah solat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.


Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.


Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.


Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?


Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.


Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. sesat dan amat menyesatkan.

Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)


Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Israel untuk menjatuhkan Islam.


Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.


Ahmad Niejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang terlis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaima yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph ”.


Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.

Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Wallahu’alam….

Lionel Messi dan Zionis Israel

Lionel Messi dan Zionis Israel


Telah tersebar luas foto bintang Barcelona Lionel Messi memakai topi Yahudi iaitu kibah sambil berdiri di depan Tembok Ratapan Jerusalem di laman sosial Facebook.

Kehadiran pasukan kelab gergasi itu ke Israel dan Tebing Barat untuk perlawanan persahabatan pra-musim.

Neymar da Silva
 
Lionel Messi di Tembok Ratapan 



Media Israel berharap dengan memuat naik foto pemain terbaik dunia ini dapat meningkatkan imej positif bangsa Israel di kalangan masyarakat Arab.

Presiden Israel akan mengadakan jamuan dengan beberapa wakil pasukan Barca di kediamannya di Jerusalem sebelum menjalani sesi latihan di lapangan Jaffa.


Ovijaa Adraei, jurucakap tentera Israel bersama rakan-rakannya dari entiti Zionis, mengucapkan (Selamat Datang di Israel) Barcelona.



Dalam perkembangan lain FC Barcelona akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos, iaitu hari ketiga sambutan Aidilfitri.

Ketua pegawai eksekutif FC Barcelona Antoni Rossich berkata 10 Ogos adalah tarikh paling sesuai bagi kelab itu untuk mengadakan perlawanan jelajah pra musimnya kerana kebanyakan pemainnya dijangka dipanggil untuk mewakili negara masing-masing selepas tarikh itu.

Boikot Barcelona ! anda masih mahu menyarung jersey Barca ?

sumber : eramuslim
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close