LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Negara-negara Syiah

Negara-negara Syiah


IRAN merupakan negara Syiah terbesar. Selain Iran, negara manakah lagi yang bersekongkol dengan Yahudi atau Zionis dengan menunjukkan diri mereka sebagai pejuang Islam sedangkan mereka sebenarnya bekerjasama dengan Yahudi atau Zionis?

Lubnan
Lubnan adalah negara syiah ketiga. Hasan Nasrullah yang digambarkan sebagai pejuang Islam disokong habis-habisan. Mereka mengaitkan Hizbullah dengan hizbullah yang disebut di dalam Al-Quran.

Saluran televisyen Lubnan Al-Manar sering memperlihatkan rakaman dimana mereka mengangkat bendera-bendera Khomeini. Apa kaitan Khomeini dengan Lubnan? Nampak jelas mereka berusaha menjadikan Lubnan negara syiah yang ketiga, setelah Iran dan Iraq.

Bahrain
Bahrain hari ini hampir 60% rakyatnya pro-Syiah. Bahrain bersebelahan dengan Saudi. Di Bahrain, keluarga Al-Khalifa telah memerintah sejak 1783. Sekarang monarki Perlembagaan dengan Majlis Perundangan terpilih; Syiah yang majoriti menuntut kekuatan lebih besar daripada penguasa Sunnah. Dan, ini menunjukkan betapa pengaruh Syiah di Bahrain semakin kuat, dan akan menjadi ancaman kestabilan khususnya di negara-negara Teluk.

SYRIA
Siapa pemerintah Syria? Basyar al-Assad. Basyar al-Assad ini akidahnya Syiah Nushairiah. Dahulu kita tidak pernah mendengar istilah Nushairiah, tetapi pada hari ini kita dengar. Ulama terdahulu telah membahas Nushairiah ini secara teliti. Mereka ini akidah Syiah yang lebih ekstrem, dalam kategori Bathiniyyah, agama bagi mereka lebih kepada simbolik, antaranya bagi mereka Ali itu Tuhan. Bahkan mereka sanggup mempertuhankan imam mereka, menabikan, dan merasulkan pemimpin-pemimpin mereka. Sehingga mendakwa malaikat Jibril telah bersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya Jibril menurunkan wahyu kepada Ali.

Perhatikan di Youtube bagaimana orang yang taksub kepada Basyar Al-Assad menyembah gambarnya. Di Syria, Syiah lebih kurang 30% sahaja. 70% adalah ahli sunnah. Dalam waktu tiga tahun kebelakangan ini, sekitar 100.000 muslim Sunnah dibunuh oleh rejim al-Assad. Jumlah ini jauh melebihi kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dalam kurun waktu 64 tahun yang “menghabisi” nyawa rakyat Palestin sebanyak kira-kira 60.000.

Libya
Seterusnya Libya. Libya juga pengaruh Syiah, tokohnya Muammar Ghaddafi cenderung kepada Syiah Fathimiyyah. Sebab itu di dalam ucapannya beberapa tahun lalu (sudah diterjemahkan) secara tegas beliau mengatakan “kita Daulah Fathimiyyah, Mesir tidak boleh lari, mereka juga adalah Daulah Fathimiyyah. Kita akan bangkitkan Daulah Fathimiyyah.” Fathimiyyah ini Syiah, dan ulama-ulama Timur Tengah telah memfatwakan akidah mereka menyeleweng dari akidah ahlus sunnah wal jamaah. Kebangkitan masyarakat Libya adalah atas dasar Rasuah. Jadi unsur-unsur (Syiah) itu ada.

Bagaimana dengan Malaysia? Pada waktu ini, jumlah Syiah di Malaysia masih sedikit, namun mereka tidak pernah berdiam diri menyebarkan ajaran Syiah. Satu yang dianggap bermasalah ketika Syiah menyebarkan agamanya adalah ia selalu mengatasnamakan Islam. Walhal, sudah jelas dan nyata, Syiah dan Islam berbeza secara aqidah. Wallahua’lam.
Terdamparnya Ratusan Ikan Pari Di Gaza

Terdamparnya Ratusan Ikan Pari Di Gaza

Allah turunkan rezeki dengan terdamparnya ratusan ikan pari di Gaza.Ratusan ikan pari jenis Mobula secara misteri terdampar di pantai Gaza, Palestin. Peristiwa ini menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang merana akibat sekatan negara zionis Israel.


Dalam video yang boleh dilihat di Youtube, dilaporkan Daily Mail, seorang nelayan bernama Eyad Almadoun mengaku terkejut melihat pemandangan tersebut. Dia berkata, ikan pari ini terakhir dilihat di pantai Gaza enam tahun lalu.

Dia berkata, biasanya warga Gaza mendapatkan ikan ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Harganya juga sangat mahal.



Dia berkata, ini bukan kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut. Sehari sebelumnya, sebanyak 220 ekor ikan terdampar di pantai dan dia yakin esok ikan yang terdampar akan lebih banyak lagi.

“Hari ini Tuhan menyediakannya untuk kami,” kata dia.

Ikan pari Mobula ini mempunyai ciri sama dengan ikan pari manta. Pari Mobula boleh mencapai panjang hingga lima meter dan berat lebih daripada 76 kilogram. Sekilo ikan jenis ini dijual di Gaza dengan harga enam atau tujuh shekel.



Ramai-ramai warga Gaza memotong ikan-ikan tersebut dan mengangkutnya menggunakan kereta tolak. “Kini baik orang kaya dan miskin boleh memasak ikan ini dan memakannya dengan nasi atau tomato,” kata Almadoun.


“Ialah daripada Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya dengan tiada terkira. -Surah Ali Imran Ayat 37-
Mufti Brunei: “Syariah Islam Jamin Keadilan Bagi Semua Orang”

Mufti Brunei: “Syariah Islam Jamin Keadilan Bagi Semua Orang”

MUFTI Brunei Darussalam dalam kenyataannya mengatakan bahawa undang-undang Syariah diciptakan oleh Allah SWT untuk menjamin keadilan dan perlindungan bagi semua orang. Kenyataan itu menyusul berikutan pengumuman dari Sultan Brunei yang menegaskan akan menegakkan Syariah Islam dalam undang-undang jenayah pada bulan April tahun depan.


Dalam kuliah perdana pada Konvensi Pengetahuan Selasa kelmarin (22/10/2013), Mufti kerajaan Hj Awang Abdul Aziz Juned mengatakan baik Muslim dan non-Muslim dilindungi oleh undang-undang jenayah Islam kerana Syariah Islam meliputi semuanya dan memastikan keadilan serta keamanan bagi semua orang.

“Kalangan dzimmi, non-Muslim yang tinggal di wilayah muslim, tidak pernah akan terluka – mereka tidak akan dianiaya oleh sesiapa pun dan mereka akan dilindungi oleh Syariah Islam dan mereka yang melakukan jenayah dan kesalahan tersebut maka pesalah telah melakukan perbuatan dosa,” ujarnya, sambil mengungkap hadis Nabi Muhammad (SAW).

Menjelaskan keunggulan undang-undang Syariah jenayah Islam, Mufti Brunei ini menjelaskan kecenderungan berubah-ubahnya undang-undang buatan manusia kerana ianya harus tunduk pada perubahan,tambahnya lagi hukum Allah tidak pernah berubah sejak Al-Quran turunkan lebih dari 1.400 tahun yang lalu.

Mengulas dengan lebih lanjut Hj Awang Abdul Aziz Juned menjelaskan bahawa undang-undang jenayah Islam “tidak pernah goyah” terutama hukuman mati atau qishas. Dia mengatakan hukuman mati dalam Islam akan terus bertahan dan akan kekal sampai akhir zaman.

Beliau turut mengakui bahawa banyak orang yang mengkritik terlalu banyak penekanan pada qishas dalam undang-undang jenayah Syariah, namun beliau mengatakan bahawa kebijaksanaan hukuman mati telah dijamin oleh Allah SWT.

Pengaruh hukuman ini, jika dilaksanakan, adalah orang akan takut untuk menjadi pembunuh kerana mereka akan dihukum bunuh jika mereka membunuh. Pada akhirnya, rasa takut qishas akan mencegah pembunuhan, Katanya lagi. “Dan jika pembunuhan tidak terjadi, bukankan itu bererti kehidupan masyarakat akan aman? tegasnya, jika hukuman mati tidak dilaksanakan ianya akan mendorong orang untuk membunuh kerana kurangnya rasa takut.

Mengulas mengenai kerisauan dan spekulasi akan undang-undang syariah Islam, terutama untuk pelabur,pelancong yang mungkin menolak untuk datang ke Brunei kerana takut mungkin tangan mereka akan dipotong, Mufti Negara menjelaskan bahawa jika mereka tidak berniat jahat, maka mereka tidak seharusnya risau dan takut. Sebaliknya, mereka bahkan akan menerima perlindungan yang tepat dan keselamatan nyawa mereka.

sumber : THE BRUNEI TIMES
Brunei Melaksanakan Hukuman Rejam dan Qisas

Brunei Melaksanakan Hukuman Rejam dan Qisas

Diberitakan hari ini, Selasa (22/10), Kesultanan Brunei Darussalam mengumumkan melaksanakan undang-undang Islam kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah,termasuk Qisas (potong anggota badan) sebagai hukuman jenayah dan Rejam bagi mereka yang melakukan zina.

Penerapan dan perlaksanaan hukuman itu menjadi sebahagian dari undang-undang jenyah baru Brunei yang berdasarkan syariah Islam.

Hukuman baru itu termasuk aturan melempari pesalah zina dengan batu, hukuman memotong anggota tubuh bagi pencuri, dan perbuatan lain yang dinilai melanggar undang-undang.

Hari ini Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah mengesahkan perlaksanaan undang-undang yang telah melalui perbahasan bertahun-tahun tersebut. Namun, cara perlaksanaan dan hukuman tersebut akan dimulakan secara berperingkat selama enam bulan.


Atas ridha Allah, dengan berlakunya undang-undang ini, maka tanggung jawab kita kepada Allah telah terpenuhi," kata Sultan seperti dilaporkan dari AFP.

Undang-undang tersebut menyebutkan bahawa hukuman rejam akan dikenakan pada penzina dan hukuman qisas digunakan untuk jenayah kecurian.

Brunei telah mempraktikkan dan melaksanakan undang-undang islam dan menjadi contoh yang harus di ikuti buat negara jirannya di Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Indonesia. Peraturan ketat seperti penjualan dan pengambilan alkohol dilarang di Brunei. Hukuman sebat akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Hampir 70% penduduk Brunei merupakan bangsa Melayu beragama Islam, sementara sekitar 15% lainnya adalah non-Muslim berbangsa Cina, termasuk warga asli Brunei dan bangsa lainnya.

Dengan hasil minyak dan gas milik Brunei di Laut China Selatan, Brunei merupakan salah satu negara dengan taraf hidup yang tinggi.Rakyat diberi kemudahan kesihatan dan pendidikan percuma, bahkan hingga keperingkat pendidikan tinggi.

Kesultanan Brunei telah menerapkan ajaran Islam sejak awal berdirinya enam abad yang lalu. Namun, selama ini penerapan undang-undang syariah di negara kaya dengan minyak itu hanya sebatas urusan sivil dan perkahwinan.Penerapan Islam bermula sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kewajipan pendidikan agama bagi seluruh anak yang beragama Islam.

Pada tahun 1996, Sultan memerintah agar dibuatnya sebuah undang-undang jenayah berdasarkan syariah Islam. Setelah 17 tahun, undang-undang tersebut akhirnya dilaksanakan hari ini.
Jermaine Jackson Mengakui Dirinya Sebagai Muslim Ketika Umrah

Jermaine Jackson Mengakui Dirinya Sebagai Muslim Ketika Umrah

SELAMA ini dunia hanya mengenali Michael dan Janet Jackson. Michael yang terkenal dengan panggilan Jacko sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.Sementara Janet, kebelakangan ini diberitakankan masuk Islam. Satu nama lagi saudara kandung dari Jacko yang sering dilupakan adalah Jermaine. Jermaine adalah seorang mualaf, dan disebut-sebut sebagai orang yang juga mengajak Jacko mengenali Islam semasa hidupnya dulu.

Bersama Michael (kanan) semasa hidup.
Jermaine  mengenali Islam pertama kali ketika berkunjung ke beberapa negara di Timur Tengah. Ketika itu dia  melakukan Jelajah untuk mempromosikan album. Salah satu negara yang dikunjunginya adalah Bahrain. Di Bahrain Jermaine merasa diterima dengan baik oleh masyarakat di sana. “Saya sempat bertemu dan menegur  kanak-kanak Bahrain tentang banyak hal,” katanya.

Satu hal yang tidak pernah dilupakan oleh Jermaine adalah ketika kanak-kanak itu bertanya soal agamanya. “Saya seorang Kristian,” jawabnya begitu saja. Jermain bertanya balik apa agama kanak-kanak itu, dan dengan penuh yakin mereka menjawab: “Islam!”

Jawapan itu membuat Jermaine hairan. Anak-anak tersebut kemudian menceritakan tentang Islam padanya. kanak-kanak itu memberikan informasi tentang Islam sesuai dengan pemahaman yang dimiliki anak seusia mereka. ”Suara mereka memperlihatkan kepada saya bahawa mereka sangat bangga terhadap Islam. Bermula dari sinilah saya tertarik untuk mengenali dengan Islam lebih jauh,” katanya lagi.

Pulang dari Bahrain, Jermaine menemui para cendekiawan dan ulama Muslim. Dia banyak bertanya kepada mereka tentang Islam.

Setelah dialog itu, atas dorongan Qunber Ali, salah seorang yang dia berdiskusi,. Jermaine mengunjungi Riyadh, Saudi. Dari Riyadh, atas undangan pihak keluarga Kerajaan Arab Saudi, Jermaine melanjutkan perjalanan menuju Mekkah untuk melakukan umrah. Dan pada ketika itu dia belum mengucapkan syahadat. ‘Waktu itu saya belum mengetahui banyak mengenai Islam. Tetapi, untuk pertama kalinya saya sampaikan kepada umum bahawa saya telah menjadi Muslim,” ujarnya.

Selama di Saudi, Jermaine semakin banyak mempelajari tentang Islam langsung dari Al-Quran. Akhirnya Jermaine terbuka hati masuk Islam. “ketika itulah, saya merasa seperti dilahirkan kembali. Saya menemukan jawapan atas berbagai pertanyaan yang selama ini tidak akan saya temukan dalam ajaran Kristian,” ujarnya.

Kembali ke Amerika Syarikat, Jermaine menjadi sasaran propaganda media massa yang memang anti-Islam di Amerika. Apa yang dilakukan oleh Jermaine? Pertama sekali, dia memberikan pengertian tentang Islam kepada seluruh anggota keluarganya.

Reaksi ibunya,Catherine Jackson,setelah mengetahui dia memeluk islam, ”Kamu (telah) mengambil keputusan ini secara tiba-tiba, atau telah memikirkannya masak-masak?” Tanya Catherine. Keluarganya percaya bahawa dengan masuk Islam, Jermaine menebarkan permusuhan di kalangan masyarakat Amerika. Namun, Jermaine merasa yakin kalau keluarganya tidak akan bersikap sama dengan orang-orang Amerika pada umumnya, kerana dia hidup dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang terbuka terhadap perbezaan. Lambat laun keluarganya akan faham.

Jermaine mempunyai Sembilan orang anak. Dari bekas isterinya Hazel Gordy dia mempunyai dua anak (Jermaine La Jaune Jackson Jr dan Autumn Jackson). Dari Margaret Maldonado yang tidak dia nikahi, Jermaine memiliki dua anak (Jeremy Maldonado Jackson dan Jourdynn Michael Jackson). Sementara dari bekas isterinya yang kedua, Alejandra Genevieve Oaziaza, dia mempunyai tiga anak (Donte Jackson, Jaffar Jackson, dan Jermajesty Jackson). Dan dari isterinya sekarang, Halima Rashid, dia mempunyai dua orang anak.
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close