LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Mufti Brunei: “Syariah Islam Jamin Keadilan Bagi Semua Orang”

MUFTI Brunei Darussalam dalam kenyataannya mengatakan bahawa undang-undang Syariah diciptakan oleh Allah SWT untuk menjamin keadilan dan perlindungan bagi semua orang. Kenyataan itu menyusul berikutan pengumuman dari Sultan Brunei yang menegaskan akan menegakkan Syariah Islam dalam undang-undang jenayah pada bulan April tahun depan.


Dalam kuliah perdana pada Konvensi Pengetahuan Selasa kelmarin (22/10/2013), Mufti kerajaan Hj Awang Abdul Aziz Juned mengatakan baik Muslim dan non-Muslim dilindungi oleh undang-undang jenayah Islam kerana Syariah Islam meliputi semuanya dan memastikan keadilan serta keamanan bagi semua orang.

“Kalangan dzimmi, non-Muslim yang tinggal di wilayah muslim, tidak pernah akan terluka – mereka tidak akan dianiaya oleh sesiapa pun dan mereka akan dilindungi oleh Syariah Islam dan mereka yang melakukan jenayah dan kesalahan tersebut maka pesalah telah melakukan perbuatan dosa,” ujarnya, sambil mengungkap hadis Nabi Muhammad (SAW).

Menjelaskan keunggulan undang-undang Syariah jenayah Islam, Mufti Brunei ini menjelaskan kecenderungan berubah-ubahnya undang-undang buatan manusia kerana ianya harus tunduk pada perubahan,tambahnya lagi hukum Allah tidak pernah berubah sejak Al-Quran turunkan lebih dari 1.400 tahun yang lalu.

Mengulas dengan lebih lanjut Hj Awang Abdul Aziz Juned menjelaskan bahawa undang-undang jenayah Islam “tidak pernah goyah” terutama hukuman mati atau qishas. Dia mengatakan hukuman mati dalam Islam akan terus bertahan dan akan kekal sampai akhir zaman.

Beliau turut mengakui bahawa banyak orang yang mengkritik terlalu banyak penekanan pada qishas dalam undang-undang jenayah Syariah, namun beliau mengatakan bahawa kebijaksanaan hukuman mati telah dijamin oleh Allah SWT.

Pengaruh hukuman ini, jika dilaksanakan, adalah orang akan takut untuk menjadi pembunuh kerana mereka akan dihukum bunuh jika mereka membunuh. Pada akhirnya, rasa takut qishas akan mencegah pembunuhan, Katanya lagi. “Dan jika pembunuhan tidak terjadi, bukankan itu bererti kehidupan masyarakat akan aman? tegasnya, jika hukuman mati tidak dilaksanakan ianya akan mendorong orang untuk membunuh kerana kurangnya rasa takut.

Mengulas mengenai kerisauan dan spekulasi akan undang-undang syariah Islam, terutama untuk pelabur,pelancong yang mungkin menolak untuk datang ke Brunei kerana takut mungkin tangan mereka akan dipotong, Mufti Negara menjelaskan bahawa jika mereka tidak berniat jahat, maka mereka tidak seharusnya risau dan takut. Sebaliknya, mereka bahkan akan menerima perlindungan yang tepat dan keselamatan nyawa mereka.

sumber : THE BRUNEI TIMES
Breaking News close button
Back to top

PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Show EmoticonHide Emoticon

HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close