LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Pemain Islam Bayern Munich Bengang di simbah Arak Rakan Sepasukan

Pemain Islam Bayern Munich Bengang di simbah Arak Rakan Sepasukan


Munich – Pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery berang dengan tindakan rakan sepasukannya yang mencurahkan arak ke atasnya, ketika pasukan itu meraikan kemenangan dengan menewaskan Augsburg 3-0, sekali gus menjuarai Liga Jerman buat kali ke-23.

Ribery yang beragama Islam itu, nyata tidak suka dengan tindakan Jerome Boateng.

Selama ini Ribery telah memberitahu rakan sepasukannya supaya mereka menjauhi arak daripadanya memandangkan arak adalah haram di sisi agama Islam.

Namun nyata Boateng tidak mendapat mesej berkenaan dan telah mencurahkan arak ke atas kepala Ribery ketika berpesta di tengah padang sewaktu meraikan kejayaan kelab mereka.

“Saya tidak akan bercakap dengan Boateng lagi. Dia tahu bahawa saya seorang Islam,’’ katanya.

Bayern, yang mengesahkan kejuaraan liga pada 6 April lalu, ketika itu masih berbaki enam perlawanan, dianugerahkan trofi Bundesliga selepas mengalahkan Augsburg 3-0.



Kelab itu berpesta dengan kejayaan merangkul semula trofi Bundesliga setelah kali terakhir memenanginya pada 2011.
Bayern Munich Setuju Bina Masjid Di Stadium Kerana Ribery!

Bayern Munich Setuju Bina Masjid Di Stadium Kerana Ribery!

Kelab bola sepak terkemuka dunia, Bayern Munich bersetuju untuk menanggung 85 peratus kos pembinaan masjid dan perpustakaan Islam besar di Stadium Allianz Arena selepas mendapat permintaan daripada pemain utama mereka, Franck Ribery bagi memudahkan pemain serta peminat beragama Islam menunaikan solat lima waktu.

Pihak pengurusan juga akan mencari imam untuk masjid tersebut.
Sebanyak 15 peratus kos selebihnya, akan ditanggung peminat dan pemain.

Sebetulnya Ribery hanya meminta satu ruangan kecil dibina bagi memudahkan beliau dan penyokong untuk bersolat namun Bayern Munich membuat kejutan dengan menyediakan ruangan besar bagi tujuan itu.
Ini bermakna, Bayern Munich menyertai kelab EPL, Newcastle United menyediakan tempat solat untuk umat Islam.





HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close