LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Mursi antara individu paling berpengaruh ke-4 di dunia

Mursi antara individu paling berpengaruh ke-4 di dunia

Kekerasan dan pertembungan yang berlaku antara penyokong dan penentang presiden Mursi terus menjadi tumpuan awam antarabangsa. Majlis tentera Mesir melakukan rampasan kuasa presiden pertama Mesir yang dipilih melalui pilihan raya bersih dan adil ini.

Namun, siapa sangka, pada masa jawatannya sebagai presiden Mesir, Muhammad Mursi dinobatkan sebagai orang yang paling berpengaruh berada di tempay ke empat di dunia dalam Majalah Time.

Majalah Time mendedahkan bahawa Mursi adalah presiden pertama dari kalangan awam yang dipilih oleh rakyat secara demokratik di Mesir. Beliau menghargai kepelbagaian dan kemajmukan sehingga melibatkan tokoh-tokoh bukan muslim dalam pemerintahannya. Mursi juga menolak seruan untuk berlaku represif dan mengekang terhadap kelompok liberal mahu pun sekular.



Time juga menyebutkan keberanian Mursi dan ketegasan dirinya berperanan dalam menghentikan perang antara Israel dan Hamas pada perang lapan hari, November 2012. Mursi juga kerap menyatakan seruan tegas agar presiden Syria, Bashar Assad mengundurkan diri.

Majalah berkelas 'dunia' ini juga menyatakan Mursi tetap menjadi individu yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, meskipun cabaran dalam negara terus menghadangnya dan kemuncaknya adalah ketika ini apabila tentera melakukan rampasan kuasa.

Semoga Mursi selamat dari kekejaman tentera firaun, amin. Syiah dan yahudi melihat kepimpinan khilafah akan mencampakkan mereka ke pintu neraka. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close