LIKE kembara hadi di FACEBOOK

Please wait..10 Seconds Cancel
Artikel Terkini :
Loading...

Terkini

Iran -Tahanan wanita diperkosa sebelum dihukum mati

Iran -Tahanan wanita diperkosa sebelum dihukum mati

Anggota Tentera Basij Iran sangat ditakuti kerana dilaporkan kerap melakukan perkosaan terhadap para tahanan wanita yang masih dara sebelum tahanan wanita itu dihukum mati. Mereka yang diperkosa adalah para tahanan wanita yang dijatuhi hukuman mati dan masih dara. Perkosaan ini adalah "ritual" wajib, kata salah seorang anggota tentera Basij tersebut.

Salah seorang anggota tentera yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan bahawa ini adalah sebahagian perintah dari pemimpin tertinggi Iran Ali Khameini. Kepada The Jerusalem Post anggota tentera ini mengatakan bahawa pada masa berumur 18 tahun dia pernah diberi "kehormatan" oleh Khameini untuk sementara waktu "menikahi" tahanan wanita muda sebelum mereka dijatuhkan hukuman.



Di negara penganut Syiah ini, adalah haram melaksanakan hukuman mati terhadap wanita jika tahanan tersebut masih dara, demikian menurut salah seorang bekas anggota Basij.

Memetik laporan dari laman Muslimdaily, kerajaan menetapkan pesta "perkahwinan" semalaman sebelum si tahanan wanita dijatuhkan hukuman,si wanita tersebut akan dipaksa untuk melayani nafsu seksual lelaki, Setelah digauli suami "barunya", maka si tahanan wanita sudah "halal" untuk dilaksanakan.

"Aku sangat menyesal, walaupun perkahwinan itu sah dan halal di sini", kata bekas tentera tersebut kepada Jerusalem Post.

Beberapa tahanan wanita diberi ubat tidur untuk membuat mereka tidak sedar, kerana biasanya mereka melawan semasa diperkosa. Menurut banyak saksi, mereka lebih takut pada "malam pertama" mereka daripada hukuman mati yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

"Aku dengar mereka manangis kuat dan berteriak setelah proses perkosaan itu selesai," jelas bekas tentera tersebut.

"Aku tidak akan lupa bagaimana salah seorang gadis tersebut mencakari wajah dan lehernya sendiri dengan kuku-kukunya setelah dia disetubuhi. Dia mengalami kecederaan akibat cakaran kukunya sendiri. "

Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Keindahan Alam Semulajadi Bumi Palestin

Keindahan Alam Semulajadi Bumi Palestin

Jika disebut tentang Palestin, pasti ramai di antara kita yang akan terbayang imej-imej peperangan, penindasan, penderitaan, runtuhan bangunan, pembunuhan dan sebagainya lagi yang menggambarkan sisi buruk dan kucar-kacir bumi anbiya’ ini. Sekarang, sila buang jauh-jauh gambaran tak elok tersebut.

Apakata kita hayati gambar-gambar bumi Palestin ini dari sisi lain (keindahannya) yang mungkin anda tidak pernah lihat sebelum ini.

Winter in Jerusalem

Northern Palestine
Tabarreya
Naharya
Church of Nativity, Bethlehem
Bisan
Northern Lakes
Al-Naasera
Al-Naqab Negev

Al-Naqab — Negev



Akka Wall



Al-Khalil


Jerusalem



Safad

Tabariyya

HUBUNGI
Press Esc to close
Copyright © 2013 kembara Hadi All Right Reserved
close